webnovel

BAB 11

Amira duduk di bilik kaunseling sambil menunggu lima orang murid yang ingin membuat perjumpaan dengannya.

Tujuannya adalah untuk menganalisis kecenderungan dan sikap sesetengah pelajar yang bersekolah di situ.

Selalunya inilah yang ditunggu pelajar kerana mereka ingin ponteng kelas.Ha ha ha tu bukan salah cikgu. Salah diorang sebab nak sangat ponteng kelas dan buat kaunseling.

Habislah kena marah lagi-lagi darjah enam yang nak ambik UPSR.

Lima orang pelajar tersebut datang.Kelima-lima mereka lelaki dari darjah lima.

Sesi dimulakan dengan perkenalkan diri masing-masing.

"Nama saya Ariff."

" Razin."

"Badrul."

" Syafiq."

" Danial."

" Okay,sebenarnya saya ada aktiviti untuk kamu semua. Saya beri masa lima minit." Amira memberikan kertas yang mempunyai pelbagai soalan.

Dalam soalan itu terdapat:

Haiwan kegemaran

Apa yang anda suka buat pada waktu lapang

Apa yang anda suka orang panggil dengan gelaran

Warna kegemaran.

Selepas mereka menyiapkannya Amira melihat satu-persatu kertas mereka.

" Hey Danial... Kamu suka orang panggil kamu gajah?" kata Amira kepada Danial.

" Tengoklah badan dia cikgu." kata Ariff tergelak diikuti yang lain.

" Eleh kau tu acah jer. Dah lah tak hensem." Danial menyindir Ariff.

" Eleh kau." Siapa je tak kenal Ariff. Hensem, pandai dan merupakan atlet sekolah. Pakej lengkap disukai ramai perempuan. Anak murid kesayangan cikgu-cikgu.

" Sudah-sudah tak payah acah sangat Ariff . Semua sama nanti bila besar semua kacak." Amira berkata.

Amira melihat kertas Razin.

" Razin ... Pada waktu lapang kamu suka kacau abang kamu?" tanya Amira.

Mereka sudah mula ketawa. Gelakkan Razin nampak. Orang waktu lapang baca buku ke main bola ke. Ni dia kacau abang dia.

" Alamak korang pun suka kacau Abang Raziq juga kan?" kata Razin.

Mereka masih ketawa.

" Badut tu tak habis-habis nak buat lawak." kata Syafiq.

' Raziq ? ' Amira bersuara di dalam hati.

Sesi hari itu pun tamat dan mereka pun pulang.

" Razin..." panggil Amira.

" Ya, cikgu." Razin memandang cikgu yang berada di belakang.

" Cikgu nak jumpa abang kamu." kata Amira.

" Boleh jer." Razin sudah tersengih-sengih.

Amira duduk bersebelahan dengan Razin menunggu Raziq datang mengambil Razin.

Razin seperti tidak senang duduk. Amira pula berpanas di luar menunggu.

" Mana abang kamu ni?" tanya Amira.

" Selalunya tak lambat macam ni."

Jam sudah menunjukkan angka 2.

" Cikgu hantar kamu balik ya." kata Amira.

" Cikgu tahu ke rumah saya?" tanya Razin.

" Kamu ada kan alamat rumah... Cikgu hantarlah." kata Amira.

"Ok." Razin sudah menayangkan giginya yang putih bersih.

* * *

" Assalamualaikum." Razin memberi salam.

"Waalaikumussalam. Eh Razin. Siapa hantar kamu?" tanya Puan Maria.

" Cikgu hantar." Razin tersengih.

" Bawalah masuk cikgu kamu itu." Kata Puan Maria.

Amira masuk ke dalam rumah teres itu. Hiasan rumah itu biasa-biasa aja. Inilah rumah Raziq. Dia tidak pernah menjejakkan kaki di rumah itu.

" Buat apa tercegat di situ? Mailah duduk kat sofa tu. Mak cik pergi buat kan air ya." kata Puan Maria.

" Eh takpalah Mak cik. Saya datang sini pun nak hantar Razin je." Amira menolak pelawaan Puan Maria.

" Ibu... Cikgu kata nak jumpa abang." Razin keluar dari biliknya dengan berpakaian t-shirt. Razin sengih semacam.

Habislah Ibu dia dah pandang lain macam. Puan Maria duduk berhadapan dengannya. Puan Maria tersenyum memandang Amira.

" Bila mak cik pandang kamu. Makcik teringat dekat seseorang ni. Dia serupa dengan kamu." Puan Maria berkata.

Amira memandang Puan Maria. Pasti orang yang dikatakan Puan Maria amat penting baginya.

" Razin ! Panggil abang kamu tu." arah Puan Maria apabila terlihat Razin ingin masuk ke dalam bilik.

Amira hanya mendengar Eliesya bergaduh dengan Razin. Dah kenapa tu.

" Isya cakap abang demam. Dia tak nak keluar." kata Razin.

" Haih... Biasalah tu Raziq. Kalau sakit tak nak beritahu saya." kata Puan Maria.

Amira hanya mendengar lalu menggeleng.

" Mak cik izinkan saya pulang ya. Banyak lagi yang saya tak setel dekat sekolah. Nanti lain kali kalau ada masa saya datang ya." kata Amira.

"Hmm... yelah." kata Puan Maria.

* * *

Razin menarik-narik Raziq yang hanya berbaring berselubung dengan selimut itu.

Eliesya pula memarahi Razin kerana berbuat begitu.

" Cikgu tu dah nak balik lah." kata Razin.

" Bang Cik ni takyah lah paksa. Abang kan demam." Marah Eliesya. Sayang sungguh dia dekat Raziq.

Raziq pula pasrah dengan perangai adik-adiknya. Sibuk sungguh.

Tiba-tiba dia mendapat satu mesej dari orang yang dikenalinya.

Awak taknak jumpa saya kan? Saya merajuk dengan awak. Awak yang cari saya... sekarang saya nak jumpa. Awak tak nak jumpa ye.😠

Amira mesej nya. Bukannya dia tidak mahu. Keadaan sekarang tidak mengizinkannya untuk berjumpa dengan wanita itu.

Haih apalah nasib.

* * *

Sampai hati Raziq tak nak jumpa dia. Amira memaki-maki diri kerana selama ini dia menjauhkan diri dari Raziq. Bukan dia tidak dengar dari Zakwan yang Raziq ingin mencarinya. Sekarang ini dia tak nak jumpa.

Aku melalui pagar utama kelihatan Zikri sudah berada di situ. Awalnya. Baru pukul 4 petang.

Di situ juga kelihatan dua pelajar perempuan membeli ais-krim. Oh... ponteng sekolah ya.

Amira berhenti depan mereka lalu menuju ke arah mereka berdua.

" Hah kamu berdua ponteng sekolah ya." Amira menyergah dua orang pelajar sekolah yang berpakaian sukan itu.

Zikri sudah tergelak. Dua orang pelajar itu juga tergelak.

Eh gelakkan aku pulak.

" Diorang dua ni anak cikgu lah. Dua-dua darjah enam." kata Zikri. Kenal sangat dengan mereka berdua kerana merekalah pengunjung setia ais - krim dia.

" Saya anak Puan Aslinawati. Cikgu kenal?" kata Ain.

" Saya cousin dia je sebenarnya." Afrina pula bersuara.

" Muka diorang ni macam budak darjah tiga ke." Zikri galak berketawa. Dia tak sangka sebodoh ini Amira.

Amira menayangkan wajah cemberut.

"Lagi-lagi si Ain. Ada orang kata muka dah macam tingkatan 5. Awak pula kata dia darjah tiga." Zikri ketawa lagi sambil memegang perutnya. Senak.

Afrina pula ketawakan Ain. Ain sudah mula menunjukkan muka masamnya.

Zikri ni kalau tak mengangjing tak sah.

Amira menyepak kaki Zikri bagi senyap sikit dia. Asyik gelakkan orang sahaja.

" Sakit lah. Gangsternya Cikgu ni." kata Zikri.

" Gangster- gangster ni pun ada orang suka jugak." Amira menyilangkan tangan sambil memandang Zikri. Zikri pula tersengih.

" Wooo..." Afrina dengan Ain buat bunyi.

" Eh korang sibuk je hal orang tua. Pergi belajarlah dah nak UPSR. Tak dapat 6A aku kahwinkan dengan atuk karang." kata Amira ingin menakutkan mereka.

" Baik cikgu. Ain siapa sampai surau dulu dia menang." Afrina lari meninggalkan Ain tanpa memberi amaran dulu.

"Woi  tunggulah ! Jahanam punya cousin pergi tinggalkan aku." kata Ain sambil berlari mengikuti Afrina.

" Macam-macam." Zikri menggelengkan kepalanya.

Amira pergi ke kereta nya.

" Nak pergi mana tu?" tanya Zikri.

" Nak pergi masuk keretalah takkan nak pergi ke hati awak pulak." Amira berkata.

" Boleh jer kalau nak masuk hati saya." kata Zikri.

" Penjual ais-krim memang sweet ea? Patut lah jual ais-krim." kata Amira.

" Cikgu pun apa kurangnya. Pandai susun ayat." kata Zikri.

" Sudah-sudah lah bersweet-sweet di luar tu." Pak cik guard bersuara apabila melihat mereka.

Mereka ketawa.

TO BE CONTINUED ✨