webnovel

BAB 10

Amira memarkir kereta di tempat letak kereta. Ya hari ini dia akan memulakan pekerjaannya sebagai seorang guru sekolah rendah di SK Subang Jaya. Hanya guru praktikal.

Macam mana agaknya murid-murid di sekolah itu. Apa reaction diorang bila nampak aku?

Biasalah kan budak sekolah nampak cikgu baru je macam kecoh satu sekolah. Lagi-lagi yang cantik tak pun praktikal. Lagi-lagi yang darjah enam. Nanti ada yang siap puji-puji lagi.

Haih macam tak pernah nampak cikgu cantik. Eh!

Teringat waktu darjah enam ada cikgu praktikal ni datang. Lelaki, hensem tu bolehlah. Ada seorang kawan aku ni suka sangat kat cikgu tu. Kecoh jugak lah. Sebelum ni senyap je bila cikgu tu ada tiba-tiba pulak dia jadi famous.

Amira tergelak seorang diri lalu berjalan menuju ke pejabat sekolah itu. Tidak aku nafikan sekolah ini begitu cantik. Sekolah ini juga apabila menghantar wakil untuk bertanding merekalah yang akan menjadi juaranya. Contohnya ada pada pasukan Choral Speaking. Macam mana aku tahu. Sebab aku pernah bersekolah di sini. Ho ho ho.

Ok ok... Stop bercakap dengan bangga sangat. Aku menemui kerani.

* * *

" Adik,pergi lah sekolah."kata Raziq sambil menolak adik perempuannya yang tidak mahu melepaskannya.

"Tak nak adik takut. Bang cik cerita kat sini ada hantu." kata Eliesya memegang erat tangan abangnya.

Raziq meluku kepala Razin sambil menjelingnya. Razin sudah menelan air liurnya.

Razin berumur 11 tahun manakala Eliesya berumur 8 tahun. Jadi Razin baru pulang dari sesi pagi.

Raziq sudah berasa malu dengan perangai adiknya. Sudahlah berada di hadapan pagar sekolah. Semua ibu bapa melihat mereka berkeadaan begitu.

Dua orang cikgu datang bagi membantu Raziq.

Raziq memarahi Razin kerana menceritakan perkara sebegitu kepada Eliesya.

"Alah sorrylah. Nak marah aku sampai macam tu sekali apahal." kata Razin.

"Wei , Sya panggil cikgu tu datang sini."kata Cikgu Ira sambil memegang erat tangan Eiesya yang meronta-ronta ingin dilepaskan.

"Cikgu !" Panggil Cikgu Sya yang ternampak Amira

Amira yang sedang berjalan menuju ke kereta untuk mengambil barang berhenti seketika apabila Cikgu Sya memanggilnya.

Cikgu Sya segera menarik tangan Amira ke arah Cikgu Ira yang sudah bergelut dengan Eliesya.

Sampai sahaja di sana Amira tergamam. Begitu juga dengan Raziq.

" Raziq."

" Amira."

Razin memandang abangnya. Dah kenapa abang ni tiba-tiba cakap seorang diri.

Amira berhenti dari lamunan lalu menolong cikgu-cikgu itu.

* * *

"Betul ke apa yang aku nampak ni." Raziq berkata sendirian.

Raziq berbaring di atas katil sambil bermain phone. Dia melihat nombor itu. Ya nombor itulah satu-satunya yang dia ada sekarang ini.

Tapi mungkin Amira sudah menukar nombornya. Siapa tahu?

Dia bergolek kekiri dan kekanan di atas katil. Razin yang melihat abangnya hanya menggeleng. Razin cepat-cepat menukar pakaian nya lalu duduk di atas katil sambil melihat abangnya yang tak tentu arah.

" Bang Cik tak gi sekolah agama tau." kata Razin.

"Eh kenapa pulak? " kata Raziq bangun dari pembaringan.

" Bang Cik tengok abang macam tak sihat je. Gila eh." kata Razin. Eleh nak sindir orang lah tu sebab bergolek atas katil.

Raziq menjeling adik lelakinya. Adik dia yang seorang ni kalau tak menyakatnya tak sah.

" Hmm... Yelah tak yah gi sekolah."kata Raziq lalu baring semula di atas katil sambil memeluk bantal.

Razin menuju ke arah meja belajarnya lalu menyiapkan homework yang cikgu berikan kepadanya.

" Abang ni macam mana?" tanya Razin mengejutkan abangnya sambil menunjukkan soalan matematik.

" Buat sendiri ." kata Raziq.

" Abang ni ! Abang... Abang dah solat Zuhur ke belum ?" tanya Razin tiba-tiba.

Raziq terus bangun secara mengejut lalu berlari menuju ke bilik air. Razin yang terkejut dengan tindakannya hanya menggeleng.

"Astagfirullahaladzim."

* * *

KRING!

Loceng berbunyi menandakan sesi persekolahan sudah tamat.

Amira keluar menggunakan pintu pagar belakang. Khas untuk pelajar pulang ke rumah masing-masing. Biasanya akan ada penjual jajan kat depan ni.

Dia membawa keluar Eliesya bersama. Amira menemani Eliesya sementara menunggu Raziq untuk mengambilnya pulang.

" Cikgu-cikgu." Eliesya menarik-narik tangan Amira.

" Ya , Eliesya nak apa?" tanya Amira.

" Isya nak beli ais-krim." Eliesya sudah buat muka comelnya. Jangan comel sangat nanyi aku cubit pipi dia. Dah lah tembam.

Amira menuju ke arah motor ais-krim yang berdekatan. Tiba-tiba Eliesya menarik tangan.

"Tak nak yang ni.... Nak yang Uncle Zik punya." dia menunjukkan seseorang yang sedang duduk dengan kotak polisterina yang berisi ais-krim.

Eliesya sudah menarik tangan Amira menuju ke arah Uncle Zik.

" Uncle nak ais-krim Marshmallow. Cikgu ni belanja." Eliesya sudah menayangkan gigi ke arah Amira.Eh budak ni.

Selesai Elisya mengambil ais-krim nya Amira mengeluarkan wang seringgit lslu diberikan kepada dia.

Mereka berdua tergamam sebentar.

"Hai, Amira." Zikri tersenyum.

.

.

.

"Kerja cikgu lah sekarang ni."kata Zikri kepada Amira sambil melayan kerenah budak-budak yang ingin membeli ais-krim.

" Pembetulan... Cikgu praktikal."

" Jadi penjual ais-krim ke ni?" Tanya Amira.

"Taklah jadi pekerja restoran. Tolong mak." kata Zikri.

" Kenapa jadi penjual ais-krim pulak?" tanya Amira.

" Kerja part-time jer. Sekali-sekala kumpul duit.Dan sebenarnya aku jadi penjual ais-krim sebab..." Zikri berhenti berkata-kata.

" Sebab?"

" Aku harap bila jual ais krim ni dapat berjumpa dengan kau." kata Zikri sambil tersenyum.

Amira hanya diam. Tiba-tiba Eliesya bersuara.

" Cikgu suka Uncle Zik ea?"

" Eh... Ehh." Amira sudah tidak tentu arah. Budak ni bijak sangat.

" Adik !" panggil Razin.

" Isya... Abang dah panggil nak balik tu." kata Amira senyum ke arah Eliesya.

Eliesya melambai kepada Amira lalu menuju ke arah keretanya.

* * *

Raziq memegang stereng kereta kuat.Bukannya dia tidak nampak. Dia nampak. Sebab itu dia tidak mahu keluar dari kereta dan menyuruh Razin.

"Kau dah berubah."

" Abang ." Eliesya menyalam tangan abangnya lalu duduk di kerusi belakang.

Razin pula memandang abangnya.

" Kau okay tak ni." tanya Razin.

" Aku okay." jawab Raziq.

Razin memandang ke tempat belakang lalu menegur adiknya.

" Adik... cikgu cun tadi tu sape?"tanya Razin.

" Bang Cik tak perasan ke dia dah ada pagi tadi."kata Eliesya.

"Ha ha ha. Bang cik tertidur masa perhimpunan." Razin memegang belakang lehernya.

"Nama cikgu tu Cikgu Amira."

"Single ke taken." Tanya Razin. En boleh pulak tanya soalan macam tu.

" Nampak cam single tapi...dia dengan uncle Zik macam dah lama kenal."

"Serius lah."

"Haah ... Mesra gila."

"Diamlah korang!" marah Raziq dia hampir terlanggar sebuah kereta.

Tiba-tiba kereta tidak dapat dikawal. Raziq cuba mengawal semula kereta itu lalu memarkir di tepi jalan.

"Woi tak reti bawak kereta ke hah!" marah pemandu-pemandu.

" Abang ni dah kenapa."marah Razin.

Eliesya pula seperti ingin mengeluarkan air mata. Takut dia.

" A- abang minta maaf." kata Raziq sambil tertunduk.Dia kesian melihat adik perempuan nya itu hampir nenangis kerana terkejut.

Dia menenangkan fikiran nya lalu memulakan perjalanan untuk pulang ke rumah nya.

TO BE CONTINUED ✨

HAHAHAHA

Jangan kecam sebab guna nama sekolah sendiri. Dah alumni dah pun 😂.

Aku buat cerita ini sebenarnya rindu waktu sekolah rendah.

Sekolah menengah?

Jangan tanya😑

By the way aku nak dedikasikan cerita ini kepada semua cikgu-cikgu.

Kerana merekalah aku dapat buat karangan yang bagus dan mengenal huruf.

Hari Guru dah lepas.

Tak apa

Selamat Hari Guru

💕✨🎶