webnovel

MEDAN KHODAM S1

Medan Khodam ialah sebuah pertarungan antara Pahlawan Khodam terkuat dari 14 buah Desa Khodam untuk merebut gelar pemimpin Negri Khodam yang baru setelah 50 tahun.

ZafrulZakaria · Action
Pas assez d’évaluations
4 Chs

Pencabar Terkuat (Nobar Anma lwn Seri Sandra)

'Saka Tua' memanggil pahlawan Desa Mawar Seragam dan pahlawan Desa Ratna Dewa dengan penuh gahnya.

Pemimpin Negri Khodam diberi panggilan 'Saka Tua' dikeranakan pemimpin Negri Khodam ketika itu mempunyai Khodam Kura Lama iaitu Khodam Tertua di negri itu.

Setelah dipersembah dengan penuh gahnya dua pahlawan itu bersua muka.

Tak lama setelah mereka bersua, Saka Tua pun memberi isyarat untuk memulakan pertarungan.

Lantas Nobar Anma melakukan serangan pertama sambil meminta maaf.

'Maafkan hamba (sambil menjerit Cengkam Seksa)'

Seri Sandra pun mengelak serangan yang dilakukan terhadap dirinya.

Setelah diserang dengan bertubi-tubi, Seri Sandra mula berasa tidak selesa dan membalas serangan Nobar Anma dengan 'Rempuh Pembara'.

Namun Nobar Anma tidak berdiam diri lantas dia mengeluar tenaga pertahanannya.

'Parisai Baduri'.

Serangan dan pertahan itu telah menyebab kedua-dua tertolak kebelakang.

Kedua-dua mereka tercedera parah semasa menyerang satu sama lain.

Pada masa yang sama mereka berkata,

'Kau la pencabar terkuatku ayuh kita habiskan pertarungan ini'.

Tanpa berfikir panjang mereka berdua mengeluarkan serangan terakhir mereka.

Serentak mereka berkata 'Jiwa Raksasa' lalu mereka pun merubah diri mereka menjadi khodam mereka.

Serentak lagi mereka melulu kedepan dan menyerang satu sama lain dengan rempuhan yang dapat mengeluarkan impak yang kuat sehinggakan tanah di Medan Khodam meninggalkan lubang yang luas.

Setelah serangan itu, mereka berpaling dari melihat satu sama lain.

Seri Sandra dapat luka yang parah dari seluruh tubuhnya namun Nobar Anma yang masih berdiri perlahan menjatuhkan kaca matanya lalu keluar darah yang banyak dari dalam tubuhnya melalui mulutnya.

Nobar Anma pun melutut dan mengingat kembali masa lalunya yang amat menyedihkan.

Nobar Anma telah dibuang sejak lahir oleh keluarganya ke dalam hutan yang menyebabkan dia dikutip dan dijaga oleh segerombolan penyamun.

Setelah sekian lama akhirnya Nobar Anma mencecah umur 17 tahun dimana ia telah diberikan Khodam Kura Buaya yang menjadi keunggulan gerombolan penyamun itu.

Tak lama setelah mendapatkan Khodam Kura Buaya penyamun-penyamun itu dan Nobar Anma telah ditangkap oleh penduduk Desa Mawar Seragam untuk dihukum.

Kesemua penyamun itu telah diseksa hidup-hidup kerana melakukan perbuatan jahat mereka selama berada di Desa Mawar Seragam.

Akan tetapi pemimpin desa itu telah memerintahkan peduduk Desa Mawar Seragam untuk melepaskan Nobar Anma di sebabkan dia mempunyai Khodam Kura Buaya andalan gerombolan penyamun-penyamun itu.

Namun Nobar Anma diberi syarat untuk dibebaskan sepenuhnya.

Nobar Anma harus bertarung dan menang dalam pertarungan Medan Khodam untuk Desa Mawar Seragam.

Nobar Anma setuju dan meminta agar penyamun-penyamun itu di bebaskan dari seksaan.

Namun yang dilakukan oleh penduduk Desa Mawar Seragam ialah membunuh kesemua penyamun itu.

Nobar Anma terkejut dengan tindakan bunuh itu, lalu merancang berontak akan tindakan penduduk desa.

Dengan itu, tempuhlah Nobar Anma, menyerang penduduk desa dengan penuh amarah.

Nobar Anma pun membuat sumpah untuk membalas dendam ke atas kematian penyamun-penyamun yang menjaganya setelah dibuang ke dalam hutan.

Nobar Anma kembali sedar sementara dan mengatakan.

'Maaf'.

Lalu Nobar Anma pun mati dalam keadaan melutut di hadapan Seri Sandra.

Seri Sandra melihat wajah Nobar Anma yang sudah mati mengeluarkan air mata.

Seri Sandra tunduk sebagai penghormatan kepada Nobar Anma.

Saka Tua pun menamatkan perlawanan dengan kemenangan kepada Seri Sandra dari Desa Ratna Dewa

...