webnovel

Lukisan Cinta Kita

I dont know how to write synopsis?. So just read it okey? Cerita ini mengisahkan tentang seorang pelajar baru iaitu Lyrine yang dicabar oleh rakannya untuk membuat pelajar lelaki senior mereka yang merupakan seorang ketua samseng, yang sering terlibat dalam pergaduhan dengan pelajar samseng sekolah lain yang datang menyerang pelajar sekolah mereka. Ketika menyahut cabara rakannya, Lyrine tidak menyangka yang dia akan jatuh cinta pandang pertama kepada pelajar samseng itu setelah menatap matanya yang begitu tajam. Menusuk terus ke lubuk hatinya. Dia sering tertanya. Kenapa dia boleh jatuh cinta dengan Jaha yang penampilan dahlah selekeh. Kemas lagi rasanya pengemis tepi jalan!. Rambut panjang hampir sama panjang dengan rambutnya...tsk...tsk...what a weird taste Lyrine Jaha pula ialah seorang pelajar samseng yang hebat dalam seni pertahanan diri. Yatim piatu dan tinggal sendiri. Dia amat panas baran, mudah marah dan kaki tumbuk. Dia tidak pernah peduli sama ada orang yang dibelasahnya itu tua, budak atau perempuan. Baginya semua itu sama sahaja. Hidupnya berjalan egitu lancar dengan melakukan benda yang sama sahaja selama beberapa tahun ini, namun berubah dengan kehadiran gadis comel yang begitu obses sekali memgekorinya dan mengintipnya... Namun yang dia hairan. Walau semarah manapun dia dengan pelajar baru yang mengaku jatuh cinta pandang pertama dengannya itu, dia tidak sampai hati untuk memukulnya. Cukup sekadar menengking... ( Perhatian: Cerita ini ada angst yang akan berlanjutan dalam tempoh yang panjang dalam hidup watak utama)

Ghost_Sinker · Sports, voyage et activités
Pas assez d’évaluations
21 Chs

Chapter 2

"Awak tadi saya ada bagi salam kat awakkan?. Tak baik tak balas salam orang tahu. Berdosa."

Ujar Lyrine sambil menggaru kepalanya. Berasa malu apabila luahan cintanya yang spontan tadi mendapat tengkingan malah ugutan dari pelajar samseng di depannya ini.

'Its scary! Tapi kenapa dia comel sangat? oh my god! Romantiknya tinggi saya dan tinggi dia! Hehehe.'

Kalau Jaha tahu apa yang tengah dikatakan oleh hati gadis comel di depannya ini memang dia akan mencampak gadis ini tanpa banyak fikir dan segan silu lagi di dalam sungai yang berada dekat dengan mereka sekarang.

Adakah patut wajah hodoh yang semua orang kata babun kat hutan itu lagi kacak dari dia, budak ni kata comel?!.

"Waalaikumsalam! Dah blah kau sana!"

Jaha dengan hati yang panas membalas dengan kuat salam gadis itu. Okey. Wahai hati! Bertenanglah! Jangan kau bunuh orang pula hari ni! Kelmarin kau baru keluar lokap, hari ini jangan buat hal lagi!. Dia dengan bersusah payah menenangkan hatinya.

"Okey saya akan pergi dari sini lepas ni. Tapi dengan satu syarat..."

"Budak jembalang! Kau dengar tak apa aku kata tadi?!"

Lyrine buat kali ke tiga tersentak lagi setelah ditengking oleh Jaha. Malah matanya membulat tidak percaya ketika digelar 'Budak Jembalang' oleh Jaha.

Muka comel dan cantik macam ni dia samakan dengan jembalang?! Boy! Kau dah sakitkan hati bakal isteri kau tanpa sedar!. Jerit hati Lyrine. Namun hanya dalam hati saja. Takut dia benar-benar membuat lelaki di depan itu hilang kawalan. Mampus dia nanti balik rumah dengan mata benjol. Kalau mata saja okey jugalah, ni dengan gigi sekali patah? Nayah!.

"Saya dengar! Tapi saya nak awak dengar juga apa yang saya nak katakan kat awak! Kali ini jujur dari hati saya!"

Lyrine tidak mahu mengalah dia turut mulai menjerit. Sebab dari tadi lelaki ini menengkingnya buat telinga dia sakit terus. Terasa seperti dah nak pekak!. Tak pernah dia nampak lelaki yang mampu menjerit dengan kuat sekali seperti pelajar samseng ini. Kalah komander menjerit ketika memberi arahan ke atas anak buahnya. Malah lagi kuat dari jeritan ibunya di rumah tu ketika dia malas bangun tidur!.😑

Jaha ganti terkedu apabila ditengking ganti oleh Lyrine. Bukan tengking okey tetapi dijerit. Namun bagi Jaha yang suka menengking orang itu, itu ialah tengkingan!. Dia mengetap kuat sekali giginya, tangan digenggam kuat. Sabar! Sabar! Budak jembalang ini bukan musuh kau!. Sekali kau tumbuk dia ni, masuk ICU terus! Baik kau campak je dia dalam sungai, senang cerita!.

"Kau siapa aku nak dengar apa yang kau nak kata?!"

Jangan tanya kenapa dia menengking budak jembalang kat depan dia yang lengkap memakai baju seragam sekolah itu, sebab dia sendiri sekarang hairan, tekak diapun sudah sakit tahu!. Budak jembalang ini sanggup betul nak sertai dia ponteng sekolah demi nak kenakan dia?!.

"I am your future wife!"

Marah Lyrine. Dia turut mulai tidak puas hati dan bengang dengan pelajar samseng yang sangat comot dengan pakaian seragam sekolah yang koyak siap butang yang lain hilang lagi. Mujur guna singlet kat dalam. Rambut pula dibiar terurai dibelakang. Beza panjang rambut mereka dah hampir nak serupa?. Lyrine.....ni mamat kau jatuh cinta pandang pertama beberapa minit yang lalu?. So hardcore!. Dia mulai mengasihani dirinya sendiri.

"Ah?!"

Jaha, pelajar samseng yang ketika sudah berusia 12 tahun itu baru lepas menghafal ABC, dan ketika berusia 15 tahun baru mulai membaca dengan lancar dan menulis sejam sebaris ayat. Ayat English pula jangan katalah. Sepatah haram mangkuk pun dia tidak tahu. Jadi apa yang Lyrine jerit tadi itu langsung tidak difahaminya. Malah dia merasa seperti dia mendengar bahasa Alien tadi...😤

"Bahasa Japan mana yang kau sebut tu?!" Demi melindungi dirinya yang tidak tahu bahasa apa yang diguna oleh Lyrine itu menghentam sahaja nama negara yang dia sempat terfikir.

"Japan?...."

Lyrine terasa mahu ketawa dengan hati yang panas. Ini lelaki kau suka Lyrine?! Memang kalau kau bawa jumpa mak bapak kau ni, jadi cinta tak direstu! Kahwin lari sahaja baru dapat bersama!. Bukan main lagi hati Lyrine bermonolog sendiri.

"Saya cakap saya suka awak! Tadi masa saya datang tu memang niat saya nak sahut cabaran kawan-kawan saya nak buat awak jatuh cinta kat saya. Tapi bila saya nampak mata cantik awak tadi dan ditambah dengan muka kacak awak, saya betul-betul jatuh cinta pandang pertama kat awak!"

"..." Jaha mahu memeriksa tahap kerosakan mata budak kat depannya ini yang tengah meluah perasaannya dengan muka garang sekali. Tak pernah dia nampak awek dan crush geng-geng dia meluah dengan muka seperti nak belasah orang yang tempat mereka meluah. Kau paksa dia seribu kali pun dia tak akan percaya apa budak jembalang ini katakan!.

Terutama sekali semasa dia kata muka dia kacak. Kacak? Haktui!!! Pui!!! Pui!!!....muka dia yang seperti penagih dadah tahap kronik ini dikatanya kacak?. Kalau dia perempuan pun, walau dunia sudah pupus lelaki dia tidak akan jatuh cinta dengan lelaki seperti dirinya sendiri ah! Muka dahlah kalah dengan orang utan di zoo itu! Penampilan kalah pengemis jalanan. Perangai pula kalah samseng tahi kucing!. Jaha tanpa sedar telah menghina dirinya sendiri. Begitu sedar diri betapa teruknya penampilan dia, perangai dan wajahnya....

Kejadian ditengah hari di bawah pokok rendang yang melindungi dua remaja itudari panas terik yang memanggang kepala itu berakhir dengan Jaha buat pertama kalinya melarikan diri meninggalkan budak jembalang itu. Namun dia sempat memandang Lyrine dari bawah sampai atas dan berkata.

"Budak jembalang. Kau muka je comel cam barbie tapi masa kau kata muka aku kacak tu, aku nampak muka kau dah sebijik seperti barbie Annabelle!. Aku nasihatkan kau pergi hospital sekarang! Check mata kau yang dah nak buta tu. Kalau boleh dengan kepala kau sekali. Mana tahu ada wayar kau lebih putus dari wayar aku!"

Lyrine : "....!!!!"

Seumur hidupnya tiada yang menyamakan dia seperti barbie Annabelle! dan melarikan diri darinya seperti dia ini orang tidak siuman!.