webnovel

1.2

And...

Saat dia menoleh, dilihatnya seorang lelaki berpakaian kasual memandangnya dari suatu penjuru sudut bilik itu.

Fuhh lega. Nasib bukan hantu bisik hati kecilnya. Hmmm lucu jugak ya aku. Mana ada hantu weh siang-siang macam ni. Hati nya terus berbisik-bisik kecil.

Litany memerhatikan ke arah lelaki itu. Dahinya berkerut. Dia gagal melihat wajah lelaki yang menegurnya kerana disurami cahaya malap di bilik itu. Lelaki itu menggunakan bahasa melayu, bermakna lelaki itu pastinya dari Malaysia. Begitulah andaian yang terbit di fikiran Litany saat itu.

"Awak siapa?"Litany memberanikan diri untuk bertanya. 

Lelaki itu tidak menjawab. Sebaliknya dia bergerak ke hadapan, menampakkan wajahnya. Lelaki itu berusia dalam lingkungan awal 40-an. Wajahnya serius dengan sorotan mata yang agak tajam.

"Saya Ketua Inspektor Hassan dari Interpol. Pihak kedutaan minta saya jumpa dengan Cik Litany." Lelaki itu memperkenalkan dirinya sebelum menarik sebuah kerusi lalu duduk di hadapannya.

Litany tergamam apabila mendengar kata-kata lelaki itu. Ooouh bermakna sekarang ni dia tengah bercakap nga polis berjawatan tinggi eh😱.

"Can you help me Sir? Dapatkan semula adik saya, please Sir," rayu Litany, memohon pengertian agar lelaki itu memahami masalahnya.

Respon lelaki itu biasa-biasa sahaja sebaik sahaja mendengar kata-katanya.

"Saya dah diberitahu oleh pihak polis Filipina tentang apa yang berlaku pada adik Cik Litany tu. Tapi saya nak ingatkan Cik Litany, di sini Filipina not Malaysia so prosedur siasatan kat sini agak berbeza berbanding di negara kita. Kami akan cari adik Cik Litany tu, tapi Cik Litany tak boleh berada di sini lagi selagi kes ni belum selesai. Esok pihak kedutaan akan iringi Cik Litany ke lapangan terbang. Cik akan pulang ke Malaysia esok," putus lelaki itu.

Arina tersentak. Dia memandang lelaki itu dengan mulut separuh ternganga.

"Saya tak mahu! Selagi adik saya tak kena jumpa, saya tak mahu pulang ke Malaysia!" Keras suara Litany.

"Kami dah call your father girlz,"beritahu ketua inspektor polis itu, tenang.

Litany terkedu.

"Tuan Arsen sendiri yang minta pihak Kedutaan bawa Cik Litany keluar dari Filipina secepat mungkin. Kami mengesyaki kehilangan Al Khairy Ikhal mungkin ada kaitan dengan kerjasama business yang dijalankan ayah Cik Litany dengan sebuah industri di sini."

Litany terpempan.

"Maksud Sir, adik saya diculik, macam tu?"

Lelaki itu menjongketkan bahunya.

"Kemungkinan besar. Tapi kami tak ada bukti yang cukup. Kami akan mulakan siasatan selepas Cik Litany selamat sampai ke Malaysia,"ujar ketua inspektor polis itu.

"Apa maksud tuan bila saya selamat sampai ke Malaysia? Kan saya dah kata yang saya tak nak balik selagi Al tak jumpa! Lagipun saya tak percaya Al diculik hanya semata-mata kerana urusan daddy kat sini. Kami langsung tak ada kena mengena dengan apa yang daddy kami lakukan,"ujar Litany tetap berdegil.

Kerutan di wajah lelaki itu berganda sebaik sahaja mendengar kata-katanya. Litany sudah tidak peduli. Dia akan tetap dengan pendiriannya. Metro Manila ini takkan ditinggalkan nya walau apapun yang terjadi. Apa nak jadi jadilah! Saya tetap akan cari Al.

"Kalau macam tu, Cik Litany tak beri kami pilihan lain. I'm so sorry," ujar ketua inspektor polis itu lalu bingkas bangun.

Litany terpegun.

______________________________________________________

Kata-kata lelaki itu kedengaran aneh. Dia merenung ke arah lelaki itu apabila lelaki itu mengetuk daun pintu di hadapannya sebanyak dua kali. Daun pintu dijual dari luar. Beberapa anggota polis Filipina menjengah masuk.

"Bawa dia pergi,"arah lelaki dalam bahasa Tagalog.

Litany terkejut besar. Dia kandang lelaki itu dengan wajah berang apabila pegawai-pegawai polis itu mula mengheretnya pergi.

"Apa semua ni?! Kenapa buat macam ni kat saya ?!" Jerit Litany.

"Seperti yang saya katakan tadi. Cik Litany tak beri kami pilihan lain. Malam ni Cik Litany akan kami kurung. Esok akan ada pegawai kedutaan yang mengiringi Cik Litany ke lapangan terbang. Cik Litany akan naik penerbangan terawal Cebu Pacific Air, terus ke Kuala Lumpur baru ke Singapore," putus lelaki itu, tegas.

"NO YOU CAN'T!!! SAYA ADA HAK UNTUK STAY KAT SINI!!! ARE U HEAR WHAT I'VE SAY!!!" herdik Litany.

Litany meronta-ronta minta dilepaskan namun tenaga pegawai-pegawai polis itu lebih kuat berbanding tenaga kecil nya. Tanpa mempedulikan teriakan gadis itu, tubuhnya terus diheret ke arah sebuah lokap di balai polis itu.

Terasa dirinya seperti dihenyak dengan sebiji batu besar. Apa sebenarnya yang terjadi dengan Al? Dan kenapa dia dilarang untuk terus berada lebih lama di Manila ini?

.

.

.

.

.