Flashbacks
"Apa ini Ricardo?"liontin dalam tangannya dipandang Puan Agnes dengan tangan menggeletar hebat.
"Mana saya tahu...bukan ke ia kepunyaan ibu?Ibu la yang beritahu saya?Apa maksud liontin tu?"beritahu Ricardo dengan wajah menahan marah.
Terketar-ketar Puan Agnes angkat mata lantas bertentang renungan dengan Ricardo. "Dari mana kamu dapat rantai ni?"
"Ibu....rasanya la kan rantai ini hanya boleh dimiliki siapa aje?"Ricardo kepal penumbuk dengan erat. "Boleh tak hentikan kepura-puraan ibu...saya dah tahu semuanya..."
Apa ! Ricardo dah tahu?Tahu tentang apa!?Puan Agnes menggigil seluruh badan, mulutnya terbuka tutup tidak dapat bersuara.
"Sampai hati ibu buat keputusan sekejam ni semata mengejar dunia?"beritahu Ricardo sambil aju tangan ke arah pintu. "Anak kandung sendiri dibuang oleh ibunya kerana harta....layak ke ibu digelar sebagai seorang Wanita!?"
Puan Agnes cepat-cepat menggeleng. "Tak Ricardo...ianya bukan begitu!"
"Ibu membencikan satu-satunya lelaki yang mencintai ibu hanya kerana hidup dalam keadaan daif...hanya kerana lelaki itu gagal dalam hidupnya sekali...ibu meninggalkan suami terkontang kanting membesarkan anak perempuan kalian berdua hingga buatkan anak perempuan ibu itu hidup sebagai lelaki kerana dendam yang ibu cipta!"air mata mengalir di pipi Ricardo apabila lelaki itu begitu kecewa.
"Ricardo dengar penjelasan ibu dahulu..."
"Penjelasan apa lagi!Ibu tahu tak... disebabkan Duke Elijah sayangkan ibu, dia sanggup ceraikan ibu dan suruh ayah saya...iaitu kawan baiknya sendiri untuk mengahwini supaya nasib ibu terbela.sebenci mana sekalipun Duke Elijah terhadap ibu, beliau tetap berfikir ibu sebab apa?Sebab ibu adalah Wanita yang telah melahirkan Darra Emerson. Anak perempuan kalian!Dan sementara ibu?Apa ibu buat!Tak buat apa-apa!" Ricard meninggikan suara.
Terkedu hingga hampir hendak terduduk dengan kenyataan itu, Puan Agnes menahan nafas bersama mata terbutang kaku. Adakah dia salah dengar!??Apa yang baru diberitahu Ricardo tadi!?Duke Elijha lakukan apa!
"Ibu tahu tak...disebabkan keputusan ibu itu jugalah..Ricardo telah jatuh cinta pada adik sendiri...sakit ibu tahu tak bila tahu yang Ricardo tidak akan dapat bersama dengan Darra walaupun kami bukan sedarah!Sebab apa!?Sebab kesilapan ibu sendiri!"nangis Ricardo menepuk dada dengan kuat berkali-kali.
Puan Agnes tidak dengar semua itu, dia mahu Ricardo mengulang semula apa yang diberitahu tadi. "Apa maksud kamu Duke Elijah suruh Ayah kamu kahwini ibu...?"di cengkam kedua belah lengan itu.
Untuk sesaat Ricardo pandang Puan Agnes. Air mata berjuraian turun ke pipi kerana begitu sedih kerana Darra telah pergi dari sini dan kenyataan yang mereka berdua adik beradik tiri menambahkan lagi rasa sakit dihatinya.
"Ya...demi melindungi Wanita yang mementingkan diri seperti ibu ini, Duke Elijah dan ayah saya sanggup berkorban perasaan masing-masing...."
"Tak...semua ni tak mungkin.."geleng Puan Agnes. Semua ini tidak benar...! Air mata mula bertakung kerana begitu sebak kerananya. "Di mana Darra kalau begitu?"
Ricardo ketawa buat-buat sebaik saja mendengar soalan Puan Agnes.
"Baru sekarang nak tanya?Tak payahlah...Darra dah pergi...mereka takkan kembali lagi ke sini"beritahu Ricardo. "Puas hati ibu sekarang...berpura-pura tidak kenal anak sendiri sedangkan ada di depan mata...sampai bila-bila saya tidak akan menerima ibu sebagai keluarga saya!"
End of flashbacks
"Agnes.."lembut saja suara itu memanggilnya.
Mahu tak mahu Puan Agnes alihkan perhatian membacanya kepada Duke Brett di depan pintu biliknya.
"Tetamu hendak sampai ni...awak enggan turun sekali ke?"pelawa Duke Brett.
Dia tiada mood hendak berjumpa dengan sesiapa buat masa ini. "Ricardo ada bersama?"
Senyuman nipis terukir di bibir Duke Brett mendengar soalan tersebut. Beliau tahu mengenai pertengkaran Puan Agnes bersama Ricardo. Namun walaupun sudah tiga tahun berlalu hubungan dua orang ini masih dingin tidak ada baiknya. "Ya...."
"Kalau saya tidak sertai sekali tidak boleh ke?"Puan Agnes tutup buku lalu di letakkan ke tepi sebelum bingkas bangun dari kerusi dan atur langkah ke arah pintu mendekati Duke Brett.
"Tiga tahun Agnes...awak masih belum melupakan pertengkaran kalian berdua lagi ke..."tanya Duke Brett.
"Saya dah lupakan tapi sikap Ricardo masih dingin dengan saya.."beritahu Puan Agnes sambil bergerak keluar dari situ sambil disamping Duke Brett. "Nak saya apakan lagi..."
Duke Brett diam memandang ke depan selepas mereka berdua mula berjalan sambil bergandingan.
Setibanya di ruang tamu Utama, Duke Brett dan Puan Agnes di sapa dengan pemandangan dimana dua lelaki sedang berdiri sambil berjabat tangan.
"Kamu dah sampai Alfa..."sapa Duke Brett dengan senyuman lebar di bibir. Gembira dapat berjumpa dengan bekas ketua komando ketenteraan Cameron.
Berpaling terus Alfareeze dan Ricardo waktu itu.
"Selamat siang tuan.."sambut Alfareeze dengan hormat.
Tanpa menunggu lama, Duke Brett terus menarik Alfareeze ke dalam pelukan. Melihat Alfareeze yang merupakan bekas pelajar Duke Elijah, mengingatkan dia kepada sahabat baiknya itu. "Apa khabar Alfareeze...."
Ricardo mengerling ke Puan Agnes dengan riak dingin seketika sebelum kembali memandang Alfareeze dan ayahnya.
"Taniah saya ucapkan kepada tuan. Saya dengar berita Ricardo telah dilantik sebagai ketua komando ketenteraan..."beritahu Alfareeze membalas pelukan tersebut.
"Ah...ya...hahaha...terima kasih."Duke Brett melepaskan pelukan mereka sebelum dorong Alfareeze ke set sofa di tengah ruang. "Semuanya atas kegigihan Ricardo sendiri untuk mendapatkan posisi tersebut. Saya sebagai bapa hanya beri sokongan saja. Selebihnya tanggungjawab Ricardo untuk selesaikannya."
Puan Agnes kekok-kekok ambil tempat di samping Duke Brett apabila Ricardo duduk berhadapan dengannya tanpa diduga.
"Terima kasih kerana menerima permintaan saya untuk berjumpa pada hari ini tuan."ucap Alfareeze memandang ke Tolan supaya lelaki itu serahkan skrol kepada Duke Brett.
"Sudah tentu saya terima. Bukan selalu dapat menemui kamu. Apa khabar keluarga kamu?Mereka baik-baik saja bukan?"
"Ya. Semuanya baik-baik saja.."angguk Alfareeze setelah Tolan berdiri di hadapan Duke Brett menyerahkan gulungan skrol yang sama.
Terangkat kening Duke Brett selepas pandang skrol yang disuakan kepadanya. "Apa ni?"senyumannya lagi dengan lebar. "Adakah kamu berniat hendak menakluk negeri lain?"selorohnya sambil mencapai skrol tersebut.
"Bukan tuan. ianya adalah jemputan perkahwinan saya bersama Darra."
Terangkat wajah kekok Puan Agnes sebaik dengar.
Sementara Ricardo pandang ke tepi muka Alfareeze dengan kening mencerun terkejut.
"Apa dia?Berkahwin?Bersama dengan Darra?Anak Duke Elijah...kalau begitu kamu telah menemui beliau.."senyum Duke Brett perlahan-lahan melebar sebelum keningnya kemerahan. "Dimana Elijah sekarang?Adakah dia baik-baik saja?Sihat ke dia?"bertubi-tubi soalan diajukan.
Mendengar soalan tersebut menerbitkan rasa serba salah di dalam dada Alfareeze. Duke Brett adalah lelaki yang banyak berkorban demi Cameron sejak pemergian Duke Elijah. Disebabkan dulu Duke Elijah yang bertanggungjawab menguruskan sistem pemerintahan negeri disamping Duke Wendell, sekarang Duke Brett yang perlu hadapinya sendirian tanpa orang kuatnya iaitu Duke Elijah sendiri. Kalau bukan kerana ayahnya dan Raja Salas punya keputusan pasti Duke Brett tidak berada dalam posisi yang sukar ini.
"Ya tuan. Duke Elijah sihat sejahtera... dan sedikit berisi dari sebelumnya.."ceritanya.
"Hahahah...baguslah kalau begitu. Saya lega mendengarnya. Saya tidak sangka rancangan kamu telah berakhir dengan jayanya Taniah Alfareeze. Saya amat bangga dan berterima kasih kepada kamu. Sekiranya bukan kamu, mungkin Cameron dalam bahaya sekarang. Kalau bukan kerana idea kamu menakluk Cameron untuk dijaga oleh raja sebaik Raja Kayan, saya mungkin tiada di depan kamu lagi.."cerita Duke Brett dengan mata kemerahan hendak menangis Namun dia masih juga tersenyum.
Sementara Ricardo diam termenung memandang karpet di bawah kakinya. Sentap hati kecilnya selepas dengar yang Darra bakal berkahwin dengan Alfareeze. Ya...dia tahu. Sudah tiga tahun berlalu, tapi perasaan terkilannya masih lagi bersisa.
"Bilakah majlis itu?"tanya Puan Agnes teragak-agak.
Perhatian Alfareeze pun serta merta beralih ke Puan Agnes. Sekali pandang Nampak seperti Darra versi dewasa tapi bila dipandang beberapa kali dia juga rasa serba salah. Senang cerita semua orang yang dia temui ini adalah orang yang ayah dia telah lakukan kesalahan dengan. Jadi dia perlu tebus semua itu demi kebahagiaan Darra.
"Bulan hadapan. Di Coravia. Majlis resepsi akan diadakan di kampung halaman saya itu."beritahu Alfareeze.
"Adakah kamu menjemput kami sekeluarga?"soal Duke Brett seusai membaca butiran dalam skrol tersebut.
"Ya saya....."
"Darra tahu tentang hal ni?"Ricardo berpaling. Dia pandang tidak percaya ke Alfareeze. "Yang tuan menjemput kami ke majlis perkahwinan kalian?"
"Tidak. Darra sama sekali tidak mengetahui hal ni."geleng Alfareeze perlahan.
"Kalau dia tak jemput kami, kenapa tuan yang beria mahu kami hadirkan diri?Tak ke Nampak yang Darra enggan melihat kami di situ?"sentap Ricardo marah.
"Ricardo..."tegas Puan Agnes berasa jengkel dengan perangai menyentap anak tirinya itu.
Dengan laju Ricardo palingkan muka ke Puan Agnes. Membuat muka kebengangan. "Dah memang betul kan?Anak mana yang nak jemput ibu kandung yang telah membuang anak mereka sejak kecil lagi ke majlis perkahwinan mereka!"getusnya dengan geram.
"Cukup Ricardo!"marah Duke Brett berasa kesal dibuat kelancangan bahasa Ricardo itu.
"Bawa bertenang semua. Saya ke sini bukan untuk lihat kalian bertengkar. Saya cuma ingin sampai niat saya ingin perbaiki semula kesilapan ayah saya terhadap Puan Agnes dan Duke Brett..."tegas Alfareeze memandang akan mereka silih ganti. "Jadi saya mohon supaya kalian hadirkan diri ke majlis itu dalam keadaan baik."tenungnya ke Puan Agnes.
Ricardo melepaskan dengusan mengejeknya sebelum bangun sebelum berjalan keluar dari ruang tamu dalam keadaan marah.
Sementara Puan Agnes yang dengar sudah terketap bibir menahan rasa serba salahnya.
Duke Brett pula sudah terbayangkan yang dia bakal menemui rakan baiknya yang hilang selama tiga tahun ini. Lihat muka pun dah cukup. Janji dia dapat pastikan sahabat baiknya masih hidup.