webnovel

Kisahku

Cerita ini berkisarkan kisah kehidupan seorang lelaki yang tabah dan sabar dengan pelbagai dugaan.Namun jika aku menceritakan kisah ini mungkin kalian berfikir bahawa dia seakan keanak-anakan.Tetapi bagi dia ia adalah sesuatu yang memberikan tekanan buat dirinya.Sebelum aku memulakan cerita,aku ingin memberikan sedikit biodata tentang dirinya.Dia seorang yang pemalu, mungkin kalian fikir baguslah dia seorang yang pemalu kerana dia tidak akan melakukan perkara yang memalukan.Namun tahap malu dia itu hanya dia dan tuhan yang memahami sejujurnya.Dia juga seorang yang rendah diri dan tidak pandai bergaul dengan ramai orang.Namun jika ada yang berkawan dengannya dia amat menghargai setiap rakan-rakannya.Walaupun dia tidak pandai menunjukkan kasih sayangnya itu kepada orang lain namun bila dia sedang sendiri dia sering mengucapkan rasa syukurnya kepada tuhan kerana memberikan rakan yang sangat baik.Setiap kali dia berdoa dia cuba ingat untuk berdua kepada semua rakan dan juga orang yang pernah melakukan kebaikan mahupun keburukan terhadap dirinya.Suatu yang unik tentang dirinya walaupun apapun terjadi sama ada sesuatu itu buruk sekalipun dia akan sentiasa berfikir positif.Dan apabila dia melakukan sesuatu,dia akan memikirkan akibatnya.Namun bukanlah setiap yang dia lakukan dia akan memikirkan akibatnya tetapi apabila melakukan sesuatu hal tertentu.Dan dia sentiasa berfikiran positif dan cuba mendoakan semua orang yang dia kenal atau tidak kenal.Aku bagi contoh kalau dia hadiri suatu perbincangan dan dia diminta untuk diberikan idea,lalu dia memberikan idea tersebut,akan terlintas di fikirannya,'Ya Allah jika ada yang memujiku di dalam hatinya dek kerana idea ku maka engkau kurniakanlah limpah dan rahmatmu ke atas dirinya dan jika ada tidak berpuas hati dek kerana idea ku dan mereka mengutukku maka engkau ampunilah dirinya.Inilah keunikan dirinya yang jarang diketahui orang walaupun orang yang dia sayang pun tidak tahu akan sifatnya yang sebegitu rupa. Dan hal yang agak mustahil dipercayai jika diceritakan tentang dirinya kepada kaum wanita adalah dia tidak pernah bercinta atau cuba untuk bercinta.