Setiap manusia memiliki bakat yang terpendam dalam diri mereka. Mereka belum menyadari potensi sebenar dalam diri mereka. Setiap manusia memiliki potensi dalam diri mereka melalui pengalaman baru, rasa ingin tahu dan sebagainya. Potensi tersebut perlu di tengah kan melalui tindakan bukan hanya menunggu potensi itu muncul dalam diri kita. Mari kita lihat bagaimana mana potensi atau bakat itu muncul dalam watak Zack atau aku dengan mencuba hal baru dengan menjadi seorang seniman yang mana dulu nya beliau seorang hamba Syarikat AKMA.
Aku sebagai Zack memulakan bidang baru dengan menjadi seorang perkarya novel dan tidak di sangka aku juga mempunyai bakat dalam bidang tersebut sehingga membuatkan nama ku sebaris dengan nama-nama besar pengiat seni tanah air. Aku juga terkejut kerana aku mempunyai bakat di mana, bakat tersebut amat penting untuk ku bagi merealisasikan impian ku untuk setara dengan Siti Syahirah. Percapaian aku dalam menulis novel telah membuat aku lebih bersemangat membuat karya baru. Setelah beberapa bulan kemudian aku di jemput untuk hadir ke hotel lima bintang di mana aku di jemput kerana novel aku tercalon dalam kategori karya novel baru meletop. Hotel lima bintang tersebut merupakan tempat untuk memberi hadiah kepada calon-calon novelis Malaysia dengan nama singkatan PNMA . PNMA adalah persatuan novelis Malaysia antarabangsa yang mengalakkan dan menarik minat masyarakat tentang novel. Hadiah ini di sumbangkan oleh PNMA bagi meriahkan dan persaingan sihat antara para novelis junior dan senior.
Dalam hal ini, banyak kategori yang dipertandingkan seperti novel terbaik, karya novel baru meletop, novel kegemaran, karya pilihan pembaca, novel terlaris pasaran dan karya pilihan penulis. Karya ku Kisah hidup seorang pemuda telah tercalon dalam kategori karya novel baru meletop bersama empat pencabar terdekat iaitu Hasin dengan novel si ratu rimba, Hasan novel aku berjanji, Manaf novel tunggu aku di syurga dan terakhir menanti mati karya Mustafa . Mereka berempat merupakan pencabar terkuat melalui novel yang menjadi pilihan pembaca. Pencapaian mereka juga tidak perlu di ragukan seperti novel tunggu aku di syurga menjadi calon anugerah novel kegemaran pembaca, selain itu, novel menanti mati tercalon dalam kategori karya pilihan penulis. Keempat dari mereka mempunyai latar belakang yang hebat walaupun baru muncul menerbitkan sebuah novel yang hebat. Keempat mereka berasal dari keluarga seniman selain itu mereka memulakan pengiat seni adalah dengan menjadi asisten novelis. Di sini letaknya kebangaan ku sebagai pengiat seni kerana aku tidak mempunyai ilmu dan latar belakang seperti mereka hanya aku bertaruh akan kepada bakat yang aku miliki dan pengalaman hidup ku.
Sesungguhnya penulis novel merupakan perkerjaan yang terberat kerana ia memerlukan fantasi penulis untuk di bukukan di dalam kertas. Bakat dalam penulisan aku mempunyai tapi pengalaman dalam membuat novel tidak ada hanya bergantung dengan perjalanan hidup ku.
Sudah beberapa minit aku menunggu di dalam hotel lima bintang, aku semakin ingin tahu tentang rezab dalam kategori karya novel baru meletop, setelah muncul pengacara membuat aku semakin ingin tahu dan aku kecewa kerana beliau mengumumkan kategori yang aku tidak termasuk iaitu novel pilihan penulis. Dalam hal ini, pengundi dalam kategori ini adalah merupakan orang hebat yang telah berjaya mencapai peringkat tertinggi. Dalam kategori ini, tiga karya yang terpilih iaitu menanti mati karya Mustafa, Tidak ada akhir karya Anis dan konflik dunia bawah karya Akma Zaid. Tiga karya ini mempunyai kekuatan masing-masing seperti karya konflik dunia bawah yang mempunyai kekuatan dalam segi actionnya yang epik, bagi karya menanti mati jalan cerita nya cukup menarik perhatian sehingga membuat novel ini tercalon dalam tiga kategori dan terakhir karya tidak ada akhir yang mempunyai kekuatan di watak utama yang terserlah sehingga para pembaca tertarik. Setelah beberapa minit mereka mengumumkan siapa yang terpilih dalam kategori ini ialah novel konflik dunia bawah karya Akma Zaid dengan majoriti point iaitu sebanyak lima puluh lima point manakala kedua di menangi oleh menanti mati karya Mustafa dan yang di urutan terakhir karya Anis iaitu tidak ada akhir. Seterusnya pengacara membuka kategori seterusnya iaitu novel kegemaran pembaca. Kategori ini mempunyai lima pencabar iaitu novel isteri raja, janji Allah, kesempatan terakhir, adikku teman ku dan syurga tanpa hisab. Kategori ini terpilih menerusi undian para pembaca melalui laman web online iaitu anugerah novelis Malaysia PNMA sehingga pengumuman pemenang dan akhirnya tiba masa yang di tunggu kan iaitu siapa kah pilihan kegemaran pembaca iaitu mendapat undian sebanyak lima belas ribu meninggalkan pencabar terdekat dengan lima ribu undian. Pemenang nya ialah novel syurga tanpa hisab dan di ikuti oleh kesempatan terakhir dengan sepuluh ribu undian dan di tempat ketiga , keempat dan terakhir iaitu janji Allah, isteri raja dan adikku teman ku. Seterusnya berehat sebentar dengan lagu klasik yang di dendangkan. Aku merasa tidak sabar untuk menantikan kategori yang aku bertanding. Setelah penantian selama lebih 20 minit akhirnya yang aku tunggu terwujud iaitu kategori yang aku iaitu kategori karya novel baru meletop bersama empat pencabar terdekat iaitu Hasin dengan novel si ratu rimba, Hasan novel aku berjanji, Manaf novel tunggu aku di syurga dan terakhir menanti mati karya Mustafa dan pemenang di umumkan iaitu karya Mustafa menanti mati yang terpilih. Seterusnya kategori novel terbaik tiada percalonan tapi secara pilihan dan di menangi oleh kesempatan terakhir karya Afiq Muiz. Akhirnya kategori terakhir iaitu novel terlaris pasaran. Dalam kategori ini mempunyai enam karya pencabar terkuat iaitu menanti mati, sembah seorang hamba, keris hitam, malam menjelma , merenung neraka ,dan terakhir siapa tuhan mu. Kategori ini mempunyai banyak pergemar mereka dan mereka juga mempunyai sebuah kelab masing-masing. Akhirnya pengumuman telah di umumkan iaitu siapa yang layak memenangi kategori novel terlaris pasaran iaitu keris hitam dengan jualan tertinggi sebanyak tiga ribu dalam masa satu minggu.
Dalam hal ini, aku cukup kecewa, kerana tidak berjaya memenangi kategori tersebut tapi getus hati ku tak apa la, peluang masih terbuka untuk memenangi kejuaraan tersebut, aku sudah banyak mendapat pengalaman baru , aku tahu aku seorang pemula setelah aku melihat novel-novel yang tercalon aku merasa diri ini tidak layak untuk tercalon tapi kerana aku tercalon, aku merasai aku harus menang. Aku pulang dan memikirkan cara untuk membuat novel yang hebat dan di terima oleh pembaca.
Setelah kembali ke rumah ku, aku membuat sesuatu yang baru yang terlahir dari imaginasi ku. Karya ini merupakan karya pertama yang berdasarkan pemikiran dan imaginasi ku sebagai seniman baru. Novel yang pertama berjaya tercalon dalam kategori karya novel baru meletop itu hasil dari garapan dalam hidup ku yang banyak penderitaan, halangan, kegembiraan , kesedihan dan hubungan. Dalam hal ini, karya yang baru ini lebih kepada konflik dunia. Karya ini memaparkan semua tentang konflik dunia seperti perebutan kuasa, pembuangan bayi, penyeludupan dan sebagainya.