webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantaisie
Pas assez d’évaluations
1241 Chs

Yun Qingya daripada Keluarga Yun (1)

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Pada ketika itu gadis itu keluar, sida-sida palsu itu terkejut, matanya bersinar dengan nikmat. Walaupun dia telah lama hidup, dia tidak pernah melihat seorang wanita yang sebegitu cantik sebelum ini. Gadis ini benar-benar berhak mendapat gelaran wanita cantik pertama di dunia! Patutlah ramai lelaki tergila-gilakan dia. Sama ada Gao Shaochen atau lelaki yang dipanggil Yun Xiao yang Si Xuan suka itu... mereka berdua telah jatuh cinta padanya.

"Yun Luofeng, kamu pilih untuk ikut saya secara sukarela atau diikat dan dibawa secara paksa?" Sida-sida palsu itu tersedar dari lamunannya lalu merenung Yun Luofeng dengan dingin, cahaya jahat berkilau pada matanya.

Yun Luofeng mengecilkan matanya dan memandang sida-sida palsu itu. "Kamu saja? Saya tidak rasa kamu mampu bawa saya pergi dengan kekerasan."

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com