webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantaisie
Pas assez d’évaluations
1241 Chs

Ye Jingxuan yang Tragik (1)

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Semua orang langsung memandang Ye Jingxuan…

Ye Jingxuan bangun dengan wajah yang bingung, seolah-olah tidak tahu tentang apa yang sedang berlaku.

Melihat wajah bingung itu, senyuman di bibir Yun Luofeng bertambah lebar dan licik sambil dia perlahan mendekati Ye Jingxuan.

"Kamu bersubahat dengan Gundik Shu, berkomplot untuk membunuh Permaisuri dan sekarang kamu berpura-pura tidak tahu apa-apa?"

Mulut Ye Jingxuan menggerenyet lalu senyuman licik terukir. "Kamu anak saudara saya dan saya pak cik kamu, tidak sepatutnya kamu perangkap saya begini! Memang benar saya tidak tahu apa-apa dan Gundik Shu yang datang meminta tolong kepada saya. Saya mengaku memang saya benci kamu, jadi saya setuju dengan permintaan Gundik Shu. Tapi siapa sangka orang yang dia rancang hendak bunuh adalah Permaisuri?"

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com