webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantaisie
Pas assez d’évaluations
1241 Chs

Satu Jemputan dan Menerima Jemputan Itu (1)

Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Apa kamu kata?"

Di dalam sebuah rumah pelacuran, ada gadis-gadis sedang menyanyi dan menari.

Di dalam sebuah ruang menonton, seorang lelaki tampan yang dikelilingi gadis-gadis, mengecilkan matanya lalu merenung orang bawahannya yang setia yang berdiri di hadapannya. Cahaya kejam berkilau pada matanya, "Adinda Ketiga Beta memang cerewet tentang wanita. Benarkah ada wanita yang menetap di Kediaman Putera Ketiga?"

"Benar, Tuanku. Patik telah melihat seorang wanita cantik berpakaian putih, masuk ke dalam Kediaman Putera Ketiga. Wanita itu sangat cantik, lebih cantik daripada gadis paling popular di Rumah Bunga Merah."

Orang bawahannya itu membuat bunyi klik dengan lidahnya, memikirkan wajah cantik yang dia lihat semalam. Jika dia mampu mendapatkan wanita seperti itu, walaupun hanya untuk satu malam, dia akan berpuas hati...

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com