webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantaisie
Pas assez d’évaluations
1241 Chs

Orang Tua Terpegun (4)

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Melihat gadis itu telah membuka pintu ke laluan bawah tanah, Yun Luo kembali tenang. Lalu tanpa keraguan, dia mengikut Yun Luofeng turun tangga.

Sepanjang enam bulan lalu, demi tidak mengganggu Yun Luofeng, dia tidak pernah datang ke tapak latihan bawah tanah itu. Tetapi sekarang, melihat saiz tapak latihan bawah tanah itu, dia sangat terpegun.

Tapak latihan yang luas itu terbahagi kepada beberapa kawasan, semuanya hebat dan cukup lengkap. Melihatnya dari jauh, ia nampak sungguh agung dan megah.

Selain itu terdapat banyak kawasan kediaman untuk orang tinggal di dalamnya. Kediaman itu hangat ketika musim sejuk dan dingin ketika musim panas, jadi orang akan rasa selesa tinggal di dalamnya.

"Cucuku, berapa besar lubang yang kamu gali? Kenapa Datuk tidak rasa apa-apa ketika kamu menggali lubang yang sangat besar ini?" Orang tua itu berpaling pada Yun Luofeng lalu bertanya dengan rasa tidak percaya.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com