webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantaisie
Pas assez d’évaluations
1241 Chs

Menjadi Terkenal dengan Hanya Satu Rawatan (1)

Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Kamu..." Mu Xingchou terlalu marah sehingga matanya seakan meluahkan api. Dia mendengus dingin sebelum berpaling pada Mu Wushuang, lalu mengarahkan dengan kasar, "Wushuang, memandangkan Keluarga Yun mencari masalah, kamu patut beri apa yang mereka mahu! Datuk tidak percaya Yun Luofeng mampu bergantung dengan kekuatannya sendiri, dan menang menentang kamu!"

Mu Wushuang teragak-agak sedikit, dan keningnya sedikit berkerut. Pandangannya terarah pada lelaki tua yang sedang duduk di tengah dewan utama itu, matanya berkilau kehairanan.

Lelaki tua ini pernah pengsan di atas kapal di Sungai Qin, tetapi dia tidak dapat mengesan penyakit apa yang orang tua ini hidapi. Namun Yun Luofeng dapat membuatkan lelaki tua itu bangun di depan matanya, dan sebab inilah Mu Wushuang sekarang tidak tahu sama ada dia patut terima cabaran ini.

"Wushuang."

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com