webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantaisie
Pas assez d’évaluations
1241 Chs

Adakah Saya Lepaskan Kamu?

Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Adakah saya lepaskan kamu?"

Sebelum dua orang itu sempat keluar dari pintu, satu suara jahat terdengar dan membuat mereka kaku kerana ketakutan dan tidak mampu bergerak melangkah.

Wajah Tian Ke jadi pucat, tetapi matanya tetap angkuh. Dia menoleh ke arah Yun Luofeng, "Apa yang kamu mahu?"

"Kamu mahu bunuh saya, bukan?" Yun Luofeng mengangkat keningnya dan tersenyum licik.

"Jadi apa?" Tian Ke mendengus dan bertanya dengan angkuh.

"Ringkas dan mudah." Mendengar kata-kata itu, Yun Luofeng menguap malas lalu bersandar pada rangka pintu, matanya yang tersenyum itu menoleh ke arah Tian Ke. "Saya ada peraturan. Sesiapa yang ingin bunuh saya, mesti serahkan nyawa mereka terlebih dahulu." Kata-katanya itu tidak terkawal dan dominan, seolah-olah dia menganggap orang-orang Keluarga Tian itu seperti ikan di atas papan potong!

Wajah Tian Ke berubah lagi. "Yun Luofeng, jangan desak saya!"

Swoosh!

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com