webnovel

PERHITUNGAN TERAKHIR

Encik Ikmal yang melihat anaknya yang kelihatan seperti sudah putus asa dengan apa yang sudah berlaku mencuba untuk berbual dengannya."Maafkan ayah Rykal..disebabkan ayah keluarga kita jadi macam ni".ujar encik Ikmal dengan perasaan bersalah.Puan Zia yang mendengar encik Ikmal menyalahkan dirinya hanya mampu mendiamkan diri."Tapi setidaknya kita semua dapat berjumpa lagikan walaupun tak seperti yang diharapkan".Kata encik Ikmal sambil ketawa.Rykal mula merasa kesal dengan ayahnya kerana diwaktu sebegini dia masih lagi mampu ketawa."Dah jadi sampai macam ni pun masih boleh gelak lagi ke".Ujar Rykal dengan perasaan marah.Encik Ikmal menghembuskan nafasnya dan berkata "maafkan ayah..ayah cuma nak hiburkan kamu".

Di sisi lain,Syafiqah sedang duduk termenung.Encik Ismail menghampirinya dan berkata "tengah fikir apa tu?".Tanya encik Ismail"."Eh ayah..erm tkde apalah cuma bosan je"."Ni ayah nak keluar sekejap nak ikut tak?".Tanya encik Ismail."Takpela lagipun Sya nak tolong jaga diorang tu".Balas Syafiqah.Encik Ismail pun berlalu pergi dari tempat itu.Encik Hamid yang dari tadi tidak sedarkan diri mula sedar.Encik Hamid meronta dan meminta agar dirinya dibebaskan.Puan Zia yang merasa rimas segera menyuruh suaminya itu untuk diam kerana tiada guna untuk mereka menjerit meminta untuk dilepaskan.Mendengar hal itu encik Hamid mula memarahi puan Zia kerana dia begitu cepat putus asa.Tidak terima melihat ibunya dimarahi,Rykal mula memarahi encik Hamid.Encik Hamid tidak terima dirinya dimarahi oleh seorang budak mentah dan dia langsung membalasnya semula.

Salah seorang pengawal encik Ismail yang mendengar kekecohan yang berlaku itu menghampiri mereka dan menyuruh mereka untuk diam.Encik Hamid cuba untuk berdiri walaupun tangannya masih terikat lalu dia mencuba untuk melawan pengawal encik Ismail itu namun malangnya dia tidak berjaya dan mengalami luka berat.Pengawal encik Ismail mengingati mereka semua agar tidak melakukan sebarang kekecohan lagi atau mereka akan jadi seperti encik Hamid.Selepas itu,Syafiqah tiba dan melepaskan ikatan Putra dan mereka berdua pergi dari situ.Puan Zia dan encik Ikmal kelihatan kebinggungan manakala Rykal hanya menatap wajah Putra lalu dia menghembuskan nafasnya.

Tidak lama kemudian,Encik Ismail kembali lalu Syafiqah menghampirinya dan berkata bahawa kawan Rykal iaitu Putra telah berjaya melarikan diri.Encik Ismail memarahi pengawalnya kerana cuai dalam menjalankan perintah yang diberi olehnya.Kemudian,encik Ismail menyuruh semua pengawalnya untuk pergi mencari Putra.Encik Ismail bimbang sekiranya Putra akan melaporkan perbuatannya pada pihak polis dan itu semestinya akan merosakkan rancangan yang sudah lama ia rancangkan.Puan Zia mencuba untuk memujuk encik Ismail untuk melepaskan mereka namun encik Ismail membalas "Kau Diam!aku takkan pernah maafkan kau!".Ujar encik Ismail dengan nada menengking."Kalau macam tu aku minta kau untuk lepaskan Ikmal dan anak aku..diorang tak bersalah!".

Hahahahaha..kau terlalu naif Zia..kau ingat aku akan tunaikan permintaan kau?.Ismail tolonglah lepaskan kami..kau kena terima kenyataan.Kata encik Ikmal.Mendengar hal itu encik Ismail menghampiri encik Ikmal lalu dia mencekik lehernya dan berkata "kau takkan faham betapa merananya hidup aku selama ni! bertahun-tahun aku cuba untuk lupakan semua kenangan aku dengan dia tapi semua yang aku buat cuma buat aku bertambah benci dengan apa yang dah berlaku.Encik Ismail melepaskan encik Ikmal lalu dia terduduk.Aku tahu tak mudah untuk kita lupakan orang yang kita sayang tapi tak semua benda yang kita sayang akan jadi milik kita selamanya.Ujar encik Ikmal.Encik Ismail memandang encik Ikmal lalu dia pergi meninggalkan mereka.

Keesokkan harinya,puan Zia menyedari bahawa anaknya Rykal sudah tidak ada disitu.Puan Zia merasa cemas lalu dia memberitahu encik Ikmal tentang Rykal yang sudah tiada.Encik Ikmal menjerit menjerit memanggil encik Ismail kerana dia bimbang jika encik Ismail menyakiti anaknya itu.Tak lama kemudian encik Ismail tiba untuk melihat apa yang sedang berlaku.Setibanya encik Ismail,dia melihat encik Ikmal dan puan Zia memandangnya dengan raut wajah marah.Mereka bertanya dimana Rykal lalu encik Ismail berkata dia tidak tahu.Encik Ikmal yang sudah emosi berupaya melepaskan ikatan di tangannya.Puan Zia memarahi encik Ismail dan bersumpah sekiranya berlaku apa apa pada anaknya dia tidak akan terlepas.Encik Ismail kemudian memanggil Syafiqah namun Syafiqah tidak kunjung tiba.Hal itu membuatkan encik Ismail bertambah marah lalu mengeluarkan pistol miliknya.

sabar ismail sabar letakkan pistol tu.Kata encik Ikmal kepada encik Ismail.Namun begitu,encik Ismail hanya terdiam lalu dia melihat encik Hamid yang sedang mengerang kesakitan akibat luka yang diterimanya sewaktu cuba melawan pengawal encik Ismail.Encik Ismail menghampiri encik Hamid lalu tanpa belas kasihan encik Ismail melepas lima tembakan pada encik Hamid yang membuatkan encik Hamid meninggal dunia.Hal itu membuat puan Zia menangis.lalu tiba tiba dari belakang dia dihajar oleh encik Ikmal yang sudah berjaya membuka ikatan pada tangannya.Hal itu membuatkan pistol yang dipegang oleh encik Ismail terjatuh.Encik Ismail mencuba untuk mengambil kembali pistolnya tetapi dengan cepat encik Ikmal menariknya lalu menghajarnya habis habisan.

Tak lama kemudian encik Ismail berjaya menjatuhkan encik Ikmal lalu dia bergegas untuk mendapatkan pistolnya kembali.Ketika encik Ismail hendak menembak encik Ikmal tiba- tiba Rykal memukul encik Ismail dari belakang.Tak hanya itu,Putra juga tiba disana.Encik Ismail agak terkejut.lalu tiba-tiba Rykal mengatakan bahawa dia sudah merancang semuanya bersama Syafiqah sebelum mereka datang ke sini.Encik Ismail tidak mempercayai kata-kata Rykal namun tiba-tiba Syafiqah tiba dan berkata bahawa apa yang dikatakan oleh Rykal adalah benar.Syafiqah sudah menceritakan segalanya kepada Rykal sebelum mereka datang ke mari termasuk memberitahunya bahawa dia merupaak anak angkat encik Ismail.

Selepas Rykal mengetahui fakta itu,dia terus merancang sebuah rancangan yang hanya diketahui oleh dia dan juga Syafiqah sahaja pada ketika itu.Encik Ismail yang merasa dikhianati buat kali kedua mencuba untuk membunuh Syafiqah namun Rykal dan Putra menghalangnya.Putra berjaya merampas pistol dari encik Ismail lalu dia membuangnya.Encik Ismail menendang perut Rykal lalu dia menumbuk wajah Putra sehingga berdarah.Encik Ikmal tidak berdiam diri,dia cuba untuk melawan dan pada akhirnya encik Ismail tersungkur kerana tidak mampu melawan tiga orang sekaligus.Tiba-tiba kedengaran suara siren polis.Rupa-rupanya sebelum Putra pergi meninggal tempat itu,Syafiqah memberitahu Putra tentang rancangan Rykal itu lalu dia menyuruh Putra untuk segera pergi ke balai polis untuk mendapatkan bantuan.

Encik Ismail yang sedar bahawa dirinya telah gagal terus terbaring sambil menunggu polis tiba untuk menahannya.Tak lama kemudian,polis tiba dan menahan encik Ismail lalu tiba tiba Putra menyedari bahawa Rykal telah tiada.Mereka semua pergi mencari Rykal yang hilang entah kemana.Putra menyedari bahawa Rykal sedang memandangnya dari kejauhan lalu Rykal pun pergi meninggalkan mereka.Putra tidak tahu kemana Rykal mahu pergi tetapi Putra percaya bahawa mereka pasti akan berjumpa lagi suatu hari nanti.

𝘛𝘈𝘔𝘈𝘛