webnovel

Hikayat 6 wira bersaudara

Sofian umur 24 tahun masih lagi bujang dia ialah seorang peon disebuah syarikat terkemuka di negeri sembilan, lama dia berkhidmat disitu tapi tidak diberi peluang untuk merasa kenaikan pangkat mahupun gaji, dalam masa cuti rehat dia menghabiskan masa mengikuti kelas silat hanya itu yang dia minati sejak kecil selepas mendengar cerita dari arwah datuknya tentang lagenda 5 bersaudara membuat dia tertarik mempelajari ilmu seni mempertahankan diri tersebut. Nak dijadikan cerita dia mendapat arahan dari pegawai atasan untuk menghantar dokumen ke sebuah bank, setibanya di destinasi berlaku sesuatu yang tidak dingini, sekumpulan lelaki bertopeng cuba untuk melakukan rompakan dibank tersebut dan memegang seorang tebusan yang juga kanak-kanak, dengan bersenjatakan parang dan pistol mereka mengugut pihak keselamatan untuk membukakan laluan tanpa halangan untuk mereka melarikan diri, Sofian tanpa berfikir panjang masuk campur dalam pergelutan itu demi membebaskan kanak-kanak tersebut dalam masa yang sama terdengar beberapa das tembakan dilepaskan..bang*....bang*.......bang*...... perompak berjaya ditahan pihak berkuasa, tetapi Sofian terkulai layu dihadapan lantai bank berkenaan, dia dimasukkan ke hospital dengan pendarahan teruk diperut, rusuk kanan dan paru-paru kiri doktor pembedahan hanya menggelengkan kepala menunjukkan tanda yang Sofian tidak mungkin dapat hidup lama dengan kehilangan darah yang banyak Sofian jatuh koma...ikuti pengembaraan roh Sofian kembali ke zaman lampau melalui masa ke era 13 kurun mengambil alih tubuh seorang kanak-kanak yang mati akibat dipatuk ular berbisa. saya translate dibawah menggunakan google translate maaf. Sofian was a peon in a leading company in the state of nine, where he served a long time but was not given the opportunity to feel a promotion or salary, during his rest period he spent the course of silat only that he had been interested since childhood after hearing the story of his grandfather about his grandfather The 5 legendary siblings make him interested in learning the martial arts science. He made the story he received instructions from his superior to send a document to a bank, upon arrival at a destination of something unusual, a group of masked men tried to commit the robbery and held a ransom as well as a child, armed with their machetes and pistols threatening security forces to open their path without hindrance to escape them, Sofian without long thought to intervene in the struggle to free the child at the same time sounded several shots fired. .... bang * ...... the robbers have been arrested by the authorities, but Sofian was dropped in front of the bank's floor bleeding heavily, he was admitted to the hospital with severe critical bleeding, on the right ribs and left lung the surgeon just shook his head showing signs that Sofian could not possibly live long that was the time Sofian's were fallen coma ... follow the journey Sofian's soul went back past through the 13th century takes over the body of a dead child that has died because of venomous snake bite. I translate it under google translate sorry. TAGS: HISTORICAL FICTION, MARTIAL ARTS, WAR&MILITARY, BROTHERHOOD, FAN FICTION.

linchufeng · Action
Pas assez d’évaluations
16 Chs

Dilantik menjadi datuk panglima

Hang Nadim berjalan ke arah Tengku Said Saifuddin sambil membuat isyarat untuk menyahaktifkan pertukarannya kembali kepada wajah asalnya, lalu dia melutut dihadapan Tengku Said, " maafkan hamba", "Tengku", "hamba tidak dapat menahan rasa amarah hamba, sehingga hamba,, mengambil keputusan untuk menghapus kesemua penyamun durjana ini dengan tangan hamba sendiri, ampunkanlah tindakan tanpa berfikir panjang hamba ini membuat hajat Tengku tidak tecapai untuk menangkap hidup-hidup semutar dengkil".

Tengku Said tersenyum lebar apabila melihat betapa mudanya Hang Nadim dengan keupayaan luar biasanya. "Boleh aku bertanya pada kamu Hang Nadim, dari mana datangnya kuasa pahlawan bertopeng ini"? tanya Tengku Said.

Hang Nadim cuma tersenyum sahaja kerana dia tahu perkara ini akan berlaku juga dimana kuasa kamen rider ini menjadi persoalan pada semua orang yang ada disekelilingnya tetapi dia sudah lama bersedia untuk menjawab soalan seperti ini, lalu dia menjawab, " ampun Tengku, kuasa ini datang secara tiba-tiba dari langit, membawa 6 cahaya berbeza lalu menuju kepada hamba sambil suatu suara dari langit berkata kepada hamba, bahawasanya hamba adalah perwira terpilih olehnya tiada satu pun mampu menggunakan kuasa ini melainkan yang terpilih dan hamba juga diberi tugasan untuk mencari baki perwira terpilih untuk menggunakan 5 lagi kuasa sakti dari langit", ampun Tengku", jawab Hang Nadim.

Tengku Said menggaru dagunya yang tidak gatal dengan dahi berkerut memikirkan perkara tersebut, lalu dia berkata," kalau begitu kamu mesti mengikut aku ke rumah Temenggung Ibrahim kerana aku perlu melaporkan apa yang terjadi dan kamu juga terlibat dengan perkara penting ini kepadanya dan juga kerana kamu telah mengalahkan dan menghukum dengan seadil-adilnya penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak istana, oleh itu kamu musti menghadap duli yang maha mulia Sultan Sariffuddin Shah", bagaimana Hang Nadim?

Hang Nadim bingkas bangun dari melutut lalu menganggukkan kepalanya tanda setuju, " tetapi sebelum itu, izinkan hamba mengucapkan selamat tinggal kepada ibu bapa hamba, ampun Tengku".

"Baiklah, aku memberi kamu masa satu malam sebelum kita semua berangkat ke rumah Temenggung Ibrahim dan Sultan oleh kerana jasa kamu menghapuskan keseluruh penyamun gunung dengkil, kamu punya waktu untuk satu malam, luangkan masamu bersama ibu dan bapa kamu dan sampaikan khabar ini kepada ibumu agar usah khuatir kerana pemergian mu hanya untuk mendapatkan ganjaran hasil usaha kamu menumpaskan penjenayah seperti Semutar Dengkil dari Yang Amat Mulia Sultan Sariffuddin Shah".

Hang Nadim meluangkan masanya bersama ibu dan bapanya sambil memujuk ibunya supaya bertenang dengan arahan yang diberikan oleh Tengku Said. Pada keesokan harinya, Tengku Said memaklumkan bahawa bapa Hang Nadim iaitu Pak Busu yang juga orang yang lebih tua dari kalangan penduduk kampung yang terselamat dari ancaman Semutar Dengkil dia dilantik sendiri oleh Tengku Said menjadi penghulu kampung durian kembar, yang mana kesemua penduduk bersetuju Pak Busu menjadi Dato' Penghulu, Hang Nadim hanya mampu tersenyum gembira apabila mendengar perkhabaran itu.

Perjalanan menuju ke rumah Temenggung Ibrahim mengambil masa 3 hari 3 malam, setelah lama berjalan menyusuri denai, tasik dan gunung akhirnya sampailah Hang Nadim di Bandar Seri Dahlia tempat dimana duduknya teratak Temenggung Ibrahim, Tengku Said mula mengorak langkah menuju kerumahnya dengan menjadi ketua dihadapan sambil diiringi oleh hulubalang istana. Hang Nadim hanya mengekori tanpa sebarang bunyi.

Setibanya Tengku Said di perkarangan teratak Temenggung Ibrahim dia mengucapkan salam, " assalammualaikum, ayahanda, anakanda sudah selamat pulang dari memburu penjenayah durjana dan anakanda pulang membawa khabar berita gembira buat ayahanda".

Tidak lama kemudian terdengar salam dijawab dari dalam rumah dan semakin menghampiri pintu utama teratak, " waalaikummussalam, baguslah kau sudah pulang dengan selamat wahai anakku", "apakah khabar berita gembira yang kamu bawa untukku wahai anakku"? terlihat seorang lelaki berumur dalam lingkungan 60 'an menjenguk keluar dipintu utama rumah.

" Semutar Dengkil sudah dihapuskan sama sekali oleh seorang perwira terpilih", jawab Tengku Said lalu menceritakan sepenuhnya apa yang berlaku di kampung durian kembar dan akhir sekali dia memperkenalkan Hang Nadim dengan bapanya iaitu Temenggung Ibrahim.

Temenggung Ibrahim mula meneliti Hang Nadim dari atas ke bawah dan akhirnya dia mengangguk, lalu dia turun dari beranda rumahnya berjalan menuju ke Hang Nadim lalu menghulurkan tangannya untuk bersalam, Hang Nadim terkejut dengan keramahan Temenggung Ibrahim untuk orang kebanyakan seperti dia lalu dia membalas dengan menyahut salaman Temenggung Ibrahim.

"Siapakah nama kamu wahai pemuda berani"? tanya Temenggung Ibrahim dengan nada bersahaja. " Nama hamba ialah Hang Nadim anak kepada Busu bin Buang", "anak kepada seorang pemburu hutan", jawab Hang Nadim dengan teliti, takut menyinggung orang besar istana seperti Temenggung Ibrahim.

" Sungguh besar jasamu pada negeri melaka, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sariffuddin Shah pasti gembira mendengar perkhabaran gembira ini yang sudah sekian lama menghantui seluruh rakyat negeri melaka". Hang Nadim terkejut apabila mendengar nama negeri Melaka disebut, "(sungguh aku tidak sangka dunia yang lagi satu ini juga mempunyai nama yang sama seperti didunia aku)"

Setelah perbualan kecil antara Hang Nadim dengan Temenggung Ibrahim, Temenggung menjemput Hang Nadim naik kerumahnya, sambil menjamunya dengan bermacam kuih muih, Hang Nadim cukup senang dengan layanan dan sikap rendah diri Temenggung Ibrahim, setelah beberapa ketika waktu suasana diluar teratak sudah menunjukkan menjelangnya waktu senja, Temenggung dan Tengku Said terus bersedia untuk solat maghrib sambil menjemput Hang Nadim solat bersama-sama mereka, Hang Nadim tidak menolak pelawaan mesra mereka itu.

Setelah selesai solat barulah mereka memberitahu Hang Nadim yang Duli Yang Maha Mulia Sultan Sarifuddin Shah menjemput Hang Nadim menghadapnya di balai rong Seri Istana Raja Melewar.

Perjalanan dari rumah Temenggung menuju ke istana hanya mengambil masa tidak sampai dari setengah jam perjalanan, setibanya diistana, Temenggung mengiringi Hang Nadim menuju ke balai rong seri.

Setibanya mereka di pintu utama balai rong seri, Temenggung berkata kepada Hang Nadim, " Nadim, kamu tunggu disini dahulu sehingga pengawal istana memanggil kamu masuk menghadap Sultan", Hang Nadim hanya mengangguk dalam diam sambil matanya menuruti langkah Temenggung yang mula memasuki pintu utama Balai rong seri.

Setelah beberapa ketika sedang Hang Nadim berdiri, dia sempat menoleh ke sekelilingnya sambil mengamati keindahan taman didalam istana tetapi tidak semena-mena dia terdengar hilai ketawa gembira sekumpulan gadis membuat Hang Nadim menoleh kearah bunyi ketawa tersebut, Hang Nadim terkejut dan bingung apabila melihat kecantikan seorang gadis dikalangan perempuan perempuan yang mengiringinya sehingga tiba-tiba dia mendengar suara orang berdehem dari hadapannya lalu memaling wajahnya kearah suara orang yang berdehem itu.

Hang Nadim terkejut melihat kehadiran Tengku Said yang secara tiba-tiba muncul dihadapannya, " Hang Nadim, kamu tidak mendengar bahawasanya nama kamu sudah dipanggil masuk menghadap sultan"? tanya Tengku Said sambil melihat Hang Nadim menggelengkan kepalanya menandakan dia tidak mendengar panggilan namanya, lalu Tengku Said berbisik ditelinga Hang Nadim berhati-hati dengan mata jikalau tidak mahu menjadi buta, kerana gadis yang Hang Nadim tenung itu ialah puteri sulung Sultan Sariffuddin iaitu Puteri Faridah Sarifuddin Shah membuat Hang Nadim kaget apabila mengetahui kebenaran sebenarnya.

Lalu Tengku Said menunjukkan isyarat agar Hang Nadim mengikutinya memasuki Balai Rong Seri, Hang Nadim cuma menuruti langkahnya sambil menuju ke tengah balai rong seri tanpa dia sedar yang dia sedang berdiri ditengah balai rong seri dihadapan beberapa para pembesar istana dan juga Sultan Sariffuddin Shah.

"Hahahahaha...sungguh tidak Beta sangka perwira terpilih ini masih muda dan sungguh tidak Beta sangka bahawasanya pemuda ini bukan sebarangan pemuda dan juga bukan calang-calang pendekar", kata Sultan Sariffuddin lalu baginda menyambung lagi, " kemari dekat dengan Beta biar beta lihat kamu dari dekat".

Hang Nadim melangkah tanpa rasa takut setelah 5 langkah dia berhenti lalu menyembah hormat Sultan Sariffuddin, " ampun tuanku beribu-ribu ampun sembah hamba harap diampun, ampun tuanku hamba pacal yang hina ini datang menghadap", kata Hang Nadim tanpa mendongakkan kepalanya memandang Sultan Sariffuddin tanda hormat kepada sultan Melaka.

Sultan Sariffuddin tersenyum lalu berkata," jangan gelarkan diri kamu hamba yang hina, kamu bukannya hamba, perkataan mengganti nama diri hamba sudah lama tidak digunakan, sudah hampir 100 tahun lamanya tidak ada yang menggunakan perkataan ini lagi, sudah mulai dari hari ini kamu harus menggelarkan diri kamu sebagai Patik apabila berbicara dengan Beta", jawab Sultan Sariffuddin, dijawab secara spontan oleh Hang Nadim, " menjunjung perintah Tuanku, ampun Tuanku".

"Baiklah, Beta telah mendengar sepenuhnya perkara yang berlaku dikampung durian kembar dengan kenyataan daripada saksi-saksi yang hadir bersama Tengku Said, dengan ini Beta menitahkan bahwasanya, Beta telah melantik kamu Hang Nadim menjadi Dato' Panglima kelas kedua yang membawa gelaran Dato' Panglima Raja Alam Hang Nadim dan kamu akan mengetuai pasukan tentera seramai 5000 orang, kamu boleh memilih anggota tentera dari kalangan para hulubalang istana mahupun dari kalangan rakyat dan kamu juga bertanggungjawab untuk melatih mereka sehingga mereka menjadi antara pasukan tentera Beta yang digeruni lawan mahupun kawan, bagaimana Hang Nadim adakah kamu sedia menerima titah muktamad Beta"? Hang Nadim hanya mampu mengeluh didalam hati dimana dia menjawab dengan gagah dan tegas, " patik menurut perintah dan titah Tuanku!".

"Hahaha...bagus..bagus..kini kamu adalah sebahagian pembesar Beta, ganjaran hasil dari pertarungan kamu dengan penjenayah paling dikehendaki ialah kamu menjadi panglima, kedua beta melantik bapa kamu secara rasmi menjadi ketua penghulu kampung durian kembar dan ketiga beta menghadiahkan 500 keping wang emas, 50 ela kain sutera, 50 kati beras, 50 kati garam dan 50 kati gula sebagai tanda penghargaan dari beta".

" Patik mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dengan ganjaran yang Tuanku kurniakan". "Ah, dan satu lagi Beta mengurniakan sebuah mahligai berdekatan dengan mahligai Temenggung Ibrahim sebagai tempat tinggal rasmi kamu seorang pegawai istana".

" Menjunjung kasih Tuanku", jawab Hang Nadim.

"Hang Nadim, jangan mengecewakan Beta, pangkat panglima kelas kedua bukan sebarangan kerana ia mempunyai kuasa sama seperti ahli nujum negara dan juga penasihat diraja", pastikan kamu jaga tata susila kamu sebagai seorang Panglima, sudah kamu sudah boleh mengundurkan diri Beta mahu beristirehat".