webnovel

Hentikan!!

Ning Yi Shuang menggunakan nama palsunya (Scarlet) demi tidak mengalami sebarang masalah besar ke hadapan, namun bagaimana pun ia tidak dapat mengelak apa yang terjadi di hadapannya,selain kisahnya terdapat kisah silam yang lain selain dirinya...

PyschoGirl2146 · Sports, voyage et activités
Pas assez d’évaluations
22 Chs

Penyakit lama yang kembali menyerang

Dari hujung jalan persimpangan itu terlihat dua gadis kecil sedang mencari sesuatu.Mata mereka sentiasa bergerak melihat keadaan sekelilingnya.

Oleh disebabkan ramai orang ditempat yang mereka duduki menyebabkan mereka sudah untuk bergerak bebas.Lagipun tempat stesen keretapi bawah tanah ni memang tempat awam yang sentiasa sibuk jalannya.

Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan sapaan lembut dari belakang.

"Kamu berdua cari abang ka!" ucapnya sambil mendepakan kedua lengannya ke arah mereka berdua itu.

Pada waktu yang sama, Scarlet dan Rina bersamaan memalingkan badan mereka ke arah suara itu.Dengan spontan Rina menjerit "Abang Dhani!!".

Ia terus memeluk abang Dhani sedangkan Scarlet hanya berdiri menatap mereka lalu berbicara,"Cepatlah,aku sudah lelah menunggumu".Lalu ia terus berpaling badan kearah berlawanan dan pergi.

Di fikiran Rina dan abang Dhani...."Dia ni memang tak boleh nak jadi seperti orang lain yang seumum dengannya"...

Akhirnya mereka pun pulang kerumah milik keluarga Scarlet.

Rumahnya luas,boleh kata keluarganya merupakan keluarga yang terkaya cuma tak terlalu menonjol,tidak aktif dengan media sosial dan politik hanya tahu berbisnes sahaja.

Boleh kata kurang nak bersosial dengan ramai orang seperti mereka yang lain.

Setelah mereka masuk rumah itu,mereka terus disambut mesra oleh pembantu rumah.

"Selamat pulang,Cik Muda,Cik Rina dan Tuan Muda Dhani."ucap para pembantu yang berdiri di sepanjang jalan masuk rumah itu.

Dhani pula merupakan anak orang terkaya di kota X sama seperti Scarlet cuma ia merupakan anak angkat walaubagaimanapun orang tua yang mengambilnya sebagai anak angkat menjaganya dengan menganggap ia merupakan anak kandung sebenar mereka.

Dhani kenal dengan Scarlet sewaktu acara keluarga terkaya diadakan sewaktu tahun pertama ia menjadi sebahagian daripada keluarga itu.

Scarlet hanya mengangkat tangan,dengan pantas mereka mengambil bagasi Dhani lalu dibawa ke bilik tetamu yang telah disediakan khas untuknya.

Sebenarnya bilik itu,Rina sendiri yang dekorasi bilik itu.Gadis itu memang benar-benar sudah keterlaluan.

Setelah itu ia pun menurunkan tangannya dan terus menuju ke biliknya,ia sama sekali tidak bertanyakan khabar,bagaimana situasinya semasa berada di luar sana atau bertanyakan tentang apa yang telah ia belajar disana.

Dhani kenal sangat Scarlet dan mengerti mengapa ia begitu sayangkan dirinya sendiri sampai keberadaan orang sekelilingnya pun ia bersikap prajudis dan tidak pernah berbicara dengan ramah dengan sesiapa pun yang ia tidak kenali.

"Scarlet...." Rina hanya mampu melihat sikap teman baiknya itu yang suka bersikap tidak peduli dengan persekitarannya.

"Abang Dhani mari kita bersarapan dulu, setelah itu baru kita buat hal masing-masing" ucapnya padahal ia ingin sekali meluangkan masanya untuk bersuka-ria dengan abang Dhani dan sekarang Scarlet dengan sengaja merosakkannya.

Jam 1430 sudah berlalu dan Scarlet masih di biliknya sejak dari tiga jam yang lalu,hal ini membuat Dhani serta Rina risau dengan keadaan Scarlet.

Mengapa ia tidak keluar lagi padahal waktu makan ubatnya sudah lewat,sepatutnya ia harus keluar dari biliknya untuk makan ubat agar sakitnya tidak melarat dengan lebih teruk.

Akhirnya Rina memutuskan untuk masuk ke bilik Scarlet.

Ia memegang tombol pintu dan membukanya, ia terkejut pintunya tidak dikunci.

Setelah masuk sekali lagi ia mengalami kejutan.

"Abang...ABANG DHANIII!!!!!".

Dhani yang sedang menonton berita terkini, tiba-tiba mendengar Rina menjerit dari arah bilik Scarlet.Dengan terkejut dan khawatir ia pun berlari,menaiki tangga dan terus menuju ke arah bilik Scarlet.

Ia melihat Rina yang terlihat sangat khawatir dengan kedudukan Scarlet.Scarlet pada masa itu ia sedang baring di atas lantai jubin yang sejuk.

Ia terus mendekati,dua gadis itu dan bertanya "Dia kenapa,bukankah tadi elok-elok sahaja".

"Aku rasa,Scarlet diserang oleh penyakit lamanya sekali lagi mungkin ia tak ingin memakan ubat pahit itu lagi" ucap Rina dengan sedu air mata.

"Penyakit,apa penyakitnya?" tanya Dhani.

"Aku tak pasti cuma,katanya ia perlu makan ubat yang diberikan oleh doktor dan perlu dicek kesihatannya setiap sekali dua minggu, ia tak boleh miss makan obatnya".ucap Rina dengan serius berdasarkan memori yang ia ingat.

Scarlet! sebenarnya apa yang kamu lalui selama ini? mengapa ia terdengar terlalu menyedihkan? apa aku tak rela melihat kamu terlantar sakit seperti ini.

"Rina, tolong telifon ambulans untuk Scarlet, sementara saya bawa dia ke atas tilam." arah Dhani.

Rina menggangguk setuju,akhirnya ia pun keluar dari bilik itu dan mengambil telifon milik untuk menelpon doktor.

20 minit kemudian,sebuah kereta Lamborghini berwarna putih memasuki perkarangan rumahnya keluarga milik Scarlet sedangkan pada saat ini Scarlet masih tidak sedarkan diri dan kini cuma tinggal mereka berdua.

Siapa yang mengendali kenderaan itu? apakah dia saudara Scarlet atau sepupunya kerana setau mereka ahli keluarga Scarlet keluar negeri dan kini hanya tinggal saudara yang terdekatnya sahaja yang ada untuk menjaganya.

"Bibi,mana Scarlet?" tanya ia.Dia ialah doktor perubatan yang paling terkenal di kota X.Ia ialah Calf,pakar pembedahan yang popular,walaupun ia doktor pembedahan tapi ia mempunyai kemahiran lain dalam merawat pesakit yang berpenyakit seperti Scarlet.

"Arah sini" bibi itu pun menunjukkan arah biliknya Scarlet.Bibi ini sudah kenal dengan doktor Calf,oleh disebabkan hampir setiap kali Scarlet terkena penyakit lamanya ia mesti datang untuk merawatnya.

Pada saat ia masuk,ia terlebih dahulu terserempak dengan seorang gadis berusia 16 tahun.Namun ia mengabaikan pandangannya itu.

Di benaknya ia berfikir ia harus cepat merawat Scarlet atau penyakitnya akan lebih parah.

Di benak Rina,"Oh tidak!Siapa lelaki tadi?Ia terlihat sangat tampan dan mempunyai badannya yang tegap serta tinggi lampai!Oh, aku boleh cemburu dengan Scarlet kerana boleh bertemu dengan lelaki yang setampan ini".