webnovel

Hentikan!!

Ning Yi Shuang menggunakan nama palsunya (Scarlet) demi tidak mengalami sebarang masalah besar ke hadapan, namun bagaimana pun ia tidak dapat mengelak apa yang terjadi di hadapannya,selain kisahnya terdapat kisah silam yang lain selain dirinya...

PyschoGirl2146 · Sports, voyage et activités
Pas assez d’évaluations
22 Chs

Bertemu di klub *last part*

Lelaki itu banyak bicara kosong.

Ning Yi Shuang seperti tidak mengingati ia berada di klub malam.

"Erda mari kita pergi ke dalam,ada yang menunggu kita disana."

Huh!

Wei Yong nampak seperti terkejut.Masuk di dalam klub itu,hanya mereka yang memiliki duit banyak sahaja boleh masuk.Siapa perempuan ini memiliki duit untuk tempat seperti ini,ditambah lagi layanan mahal yang diberi oleh mereka.

*Ia maksud kan pelayanan istimewa dari klub.*

Sewaktu Ning Yi Shuang dan Erda memasuki tempat itu,mereka terus masuk ke tempat alam lain.

Nampaknya laluan tadi telah mengubah haluan ke untuk ke alam ini.

"Ini tempat apa?Mengapa banyak barang aneh dan orang-orang berpakaian aneh."

"Tempat ini?Ini adalah Alam Bersekutu Jalan Simpang."

Erda tidak memahami apa yang cuba disampaikan Ning Yi Shuang.

"Maksud aku tempat yang mereka guna untuk menjual barang berharga dan bertukar barang disini,kerana ia adalah alam yang menghubungkan semua alam yang lain."

Erda mulai rasa senang apabila Ning Yi Shuang tahu tentang tempat itu.

"Tapi mengapa kau membawa aku kesini,aku cuma manusia biasa."

"Kau tidak takut kalau aku bukan manusia."

"Yah kau kan sudah merawat ayah aku tanpa aku mengetahuinya,sudah aku tahu kau bukan orang biasa."jelas Erda dengan tulus.

"Bagaimana kau pasti,aku yang merawatnya?"

Sejak kecil tubuh aku sensitif dengan aura dari orang seperti kamu,ada yang aura mereka berbau wangi,warna berapungan dan setiap kali aura mereka terlihat pasti akan ada bunga aneh tubuh pada setiap laluan mereka,anehnya aku tidak dapat mengesan apa dari kamu,mungkin kamu terlalu kuat untuk aku melihat aura milik kamu,Ning Yi Shuang."

Sensitif akan aura kau kata.

'Da Da bangkit.'ia memanggilnya dari fikiran lalu keluar sebuah awan kecil lalu bertukar menjadi manusia lelaki sempurna dihadapan Ning Yi Shuang.

"Agh!!"jerit Erda melihat seorang lelaki tiba-tiba muncul dihadapannya.Ditambah lagi ia tidak menutupi badannya dengan apa-apa kain.

"Oh ya,pakaian kamu!."Ning Yi Shuang berkata seperti melihat lelaki bogel adalah perkara biasa.

"Ning Yi Shuang kamu harus menutup mata kamu,ia tidak elok untuk melihat bahagian lelaki yang tidak di tutup sempurna."

Ning Yi Shuang terkejut dengan kata Erda.

"Dia tidak ada alat sulitlah."setelah Ning Yi Shuang berkata sebegitu,ia dengan malu melihat bahagian sulit lelaki itu dan terkejut,ia tidak memilikinya,apa ia cacat.

"Ini patung buatan aku,jadi tidak memilikinya pun tidak apa yang penting kualitinya."

Kualiti...

"Lagipun,tidak ada yang terkejut pun dengan penampilan bogel patung aku ni,bukan ia terlihat sempurna sebagai lelaki aku siap tambah otot enam diperut biar nampak seksi."

"Ning..Ning Yi Shuang..boleh tak kamu jangan bermain lagi,ia terlihat memalukan.Terlebih lagi dengan wajah lurusnya ia langsung tidak nampak kesah dengan penampilannya sebegitu."

Ning Yi Shuang berasa kesal dengan ucapan Erda.Ini merupakan karya seni jadi pastilah ia harus menghargainya.

"Kamu ini..."Ning Yi Shuang pun memetik jari dan Bum....ia telah memakaikan pakaian yang terlihat seperti butler dalam drama Black Butler.

Baju yang terlihat ketat dan menampakkan bentu badan lelaki patung itu membuatkan Erda berasa tidak selesa melihatnya.

"Sudah pakai baju.Jadi mari kita jumpa orangnya."

Tak lama mereka berjalan akhirnya mereka tiba di sebuah kedai yang tertutup.Tidak dengan pintu tapi kayu,nama kedai itu Iyama Ramen.

Ini namanya macam makan ramen buatan manusia pikir Erda.

"Jangan baca namanya,orangnya suka makanan manusia jadi ia pun menggunakannya untuk menarik perhatian manusia kalau mereka membacanya."

"Um.."Erda pun menutup mulut secara tiba-tiba,ia terkejut Ning Yi Shuang boleh membaca fikirannya.

"Jangan salah faham,aku bukan dewi boleh baca fikiran kamu."

Dewi,kalau difikirkan wajah kamu sahaja sudah macam dewi,buat apa kamu menyoroknya.

Saat mereka berdua masuk,seorang pemuda tinggi menyambut mereka berdua dengan ramah.

"Oh,pelanggan.Mari jemput masuk."

Ning Yi Shuang memilih satu sudut untuk duduk dengan diikuti Erda yang duduk dihadapannya.

"Mahu makan apa?"tanya pelayan itu.

"Satu ramen hangus,aku ingin bekas bunga dandelia."

Pelayan itu tidak berkata apa-apa.Dalam seketika seluruh ruangan itu dilitupi sesuatu, ia seperti kaca lut sinar dari dalam tapi diluar mereka berdua tidak terlihat.

"Sudah kami laksanakan bekas bunga dandelia."

"..."Ning Yi Shuang kelihatan tidak berpuas hati.

"Kenapa kamu yang melaporkan padaku,mana orang tua itu."Tangan Ning Yi Shuang pemukul meja itu dengan sedikit tenaganya namun dengan kekuatannya itu meja itu tetap hancur dengan hanya sedikit pukulan.

"...ini dari dunia manusia juga?..."Ning Yi Shuang melirik lelaki itu setelah habis berkata.

Ia tidak menyangka mereka terlalu tamak dengan barangan manusia.

"Panggil orang tua itu sekarang!!"

Tanpaknya ia terlalu berlembut setelah meninggalkan sektor itu.

Pelayan itu hanya boleh menggelatar mendengar suara dari Ning Yi Shuang.Ia pun pergi mendapatkan orang yang dimaksudkan itu dengan segera.

1 jam kemudian.

"Apa maksud kamu ketua sektor ada disini. Bukankah ia sudah mati...?"Orang tua yang dimaksudkan adalah lelaki yang berwajah muda seperti seorang artis,tidak lebih baik dari mana-mana artis.

"Ke..keke..ketua sektor.Masih hidup!!..beritahu aku ini palsu bukan!?"

Ning Yi Shuang jadi tertekan dengan orang tua satu ini,boleh pula ia bermalasan saat roh jiwanya mati seketika.

"Bing Yan.!"Ning Yi Shuang memanggil namanya dengan suara yang sangat dingin. Dengan seketika ia tertunduk.Tubuhnya bergerak dengan sendiri oleh kerana auranya sangat familiar dan dekat.Benarlah ia adalah ketua sektor.

Bukan hanya ia datang dengan tubuh dan wajah seperti manusia malah suaranya juga tapi ia tidak berubah cara ia menggunakan auranya sendiri ia itu tenaga kekuatannya.

"Maafkan aku,kerana tidak mengenalimu ketua Sektor Mu Jin."

Sektor Mu Jin adalah sektor yang dibuat olehnya secara khas sebelum ia mati 300 tahun lalu.

"Apa hukuman seseorang yang lewat menyambut ketua sektornya,Bing Yan beritahu aku?"

Bing Yan hanya terdiam seketika tidak lama kemudian Ning Yi Shuang bangun dan mendekatinya.

Semakin dekat,semakin rasa aura dari Ning Yi Shuang yang sudah lama mereka tidak merasainya.

"...ke..ketua..hentikan langkah...mu..."Bing Yan merayu Ning Yi Shuang untuk menjauhinya kerana tenaga kekuatan Ning Yi Shuang miliki sangat kuat memberikan tekanan udara padanya.

"Ning Yi Shuang,mengapa mereka tiba-tiba jadi berpeluh-peluh sedangkan disini tidak panas?"tanya Erda yang tidak nampak apa yang baru sahaja ia lakukan pada mereka.

Tidak bukan tidak lihat cuma ia terlalu kuat untuk dilihat biarpun ada mata istimewa.

"Aku cuma mengajar budak untuk mengenal tempat mereka sahaja"

"Siapa kamu yang tidak tunduk hormat pada ketua,memanggil namanya dengan bersahaja apa kamu cari mati."kata itu membuat Erda berasa rendah diri kerana tegurannya mungkin benar,Ning Yi Shuang adalah orang yang kuat sedangkan ia cuma orang biasa yang tiba dapat mendekatinya sahaja.