webnovel

BAB 2

Masih lagi terasa sakit di hati Aira apabila teringat pesanan ringkas yang di hantar oleh lelaki yang bernama Amir itu. 'Boyfirend kau kata dekat aku, dia nak break dengan kau!' Ya Allah semakin perih hati nya menanggung rasa sakit ini. Izwan kini semakin menyepi tanpa khabar berita. Dahulu dia lah Yang sentiasa mencari nya. Ke mana pergi janji indah yang sering dikotakan oleh lelaki itu. Adakah Izwan lebih bahagia melihat Aira menderita sendirian seperti ini. Ya, tidak dinafikan Aira sering gagal dalam percintaan seperti yang sebelumnya.

Sedang leka dihanyut oleh perasaan, tiba-tiba telefon nya berbunyi menunjukkan ada pesanan mesej yang baru masuk. "hi awak. Buat apa tu? Masih ingat tentang saya?" Aira masih lagi terkulat-kulat membaca mesej tersebut. 'hm macam kenal tapi macam. Eh! mamat belon tu lah!' Aira memang malas nak balas mesej itu kerana meluat dengan perangai lelaki itu. Masih terngiang-ngiang ayat yang lelaki itu ungkapkan 3 hari lepas. Tetapi jauh disudut hati Aira, dia merasakan satu getaran halus apabila membaca mesej daripada lelaki itu.

Hari demi hari, Izwan semakin menghilang dan tidak ada sebarang berita yang di khabarkan. Aira nekad untuk Cuba menelefon Izwan namun masih gagal untuk menghubungi lelaki itu. Terdetik satu idea yang agak kelihatan terdesak dan menjengkelkan. Aira menghantar pesanan ringkas kepada kawan nya Laila. Dia meminta Laila untuk menghubungi Izwan Dan bertanyakan tentang status mereka kini.

Betapa hancurnya hati Aira apabila menerima pesanan daripada kawannya yang memberitahunua bahawa Izwan bukan sahaja mendiamkan diri kerana kesibukan bekerja. Tetapi lelaki itu sudah memutuskan untuk tidak lagi berhubungan dengan Aira. "Izwan cakap dekat aku, dia dah tiada hati untuk kau. And he said he just want to be your friend that's all. Aira, aku tahu Susah untuk kau terima semua ni. Tapi kau kena kuat." ujar Laila kepada Aira. Aira sedaya upaya cuba untuk berbicara dan mengatakan bahawa dia tidak kisah namun dek kerana hati Yang sangat terluka dia hanya berdiam sahaja. "Kalau kau dah okay then you call me later okay babe!" sebelum menamatkan panggilan , Laila sempat memberikan kata-kata semangat untuk kawannya itu.

Seharian Aira cuba untuk menghadam semua yang disampaikan oleh Laila petang tadi. Semasa sedang leka dibuai perasaan kecewa Aira dikejutkan dengan panggilan telefon daripada seseorang. And yes! Lelaki belon itu lagi. Namun, Aira hanya membiarkan sahaja deringan itu sehingga ia berhenti sendiri. Tidak lama kemudian, Aira membuka WhatsApp lalu melihat banyak pesanan ringkas daripada rakannya. Mata nya terbuntang apabila melihat Amir juga menghantar pesanan kepada nya. "Aira, awak okay ke tak sebenarnya? kalau awak perlukan seseorang untuk jadi pendengar , saya sudi jadi pendengar setia untuk awak." ayat yang ringkas namun tetap dapat menarik perhatian Aira. Bukan sahaja itu, Amir juga menghantar sekeping gambarnya kepada Aira. 'Comel!' detik hati Aira.

Lama kelamaan hubungan mereka semakin akrab. Walaupun mereka masih tidak meluahkan isi hati mereka namun cara layanan Amir terhadap Aira, membuatkan Aira merasakan diri nya adalah perempuan yang paling bahagia walaupun sebelum ini dia pernah dikecewakan. Hadirnya Amir dalam hidup Aira banyak mengubah sikap Dan tingkah laku Aira. "Saya tak suka awak layan lelaki lain and saya tak nak tengok awak keluar dengan kawan lelaki awak, boleh?" ujar Amir kepada Aira sewaktu mereka sedang membuat panggilan pada petang tadi. "Baiklah, kalau itu yang awak nak. saya pun nak awak buat benda yang Sama boleh,mir?" Mereka saling berpendapat yang Sama.

Betul lah kata orang, jangan terlalu bencikan seseorang itu kelak dia juga Akan jadi sebahagian dalam hidup Kita. semakin lama mengenali Amir, Aira merasakan getaran halus yang hadir dalam dirinya. Semasa mereka bertemu di Pantai Teluk Chempedak, Amir menyatakan hasrat hatinya untuk menjadikan Aira sebagai kekasihnya. "Aira, awak sudi tak jadi sebahagian daripada hidup saya?" Amir membuka bicafa setelah beberapa minit mereka mendiamkan diri. Aira kelihatan sangat terkejut dengan soalan yang ditujukan oleh Amir itu. "Mir, awak okay ke tak ni? Jangan buat lawak lah petang-petang begini." Balas Aira dengan selamba menepuk bahu Amir. "please Aira, saya serius sekarang ni boleh tak janga