Akibat dipengaruhi oleh perasaan separa sedarnya, He Bin menggelengkan kepala. "Itu sahaja…"
Dia telah mengatakan segalanya yang wajib dia katakan. Dia tidak berani untuk mengatakan perkara yang tidak sepatutnya dia katakan.
He Lan Chang merenung tajam ke arahnya dan menekan, "Betul ke itu sahaja? Fikir betul-betul."
"Memang itu sahaja!"
"Memandangkan mereka tahu tentang identiti sebenar kamu, kenapa mereka izinkan kamu pulang begitu sahaja? Kenapa perkara ini tak dinyatakan di dalam kertas pengusiran rasmi kamu?"
He Bin membuka mulut tetapi tidak ada kata-kata yang keluar. 'Tak mungkin saya boleh dedahkan yang maklumat tentang pembabitan Ayah dalam kematian Ibu, betul tak? Saya tak boleh kata saya dilepaskan dengan mudah kerana rancangan Xinghe adalah untuk memujuk saya berpaling tadah ke pihaknya.'
Reaksi pertama He Bin adalah untuk mengelak. Dia khuatir jika dia mendedahkan segala-galanya, hubungannya dengan keluarganya akan rosak.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com