webnovel

Ruobing Telah Menyiapkan Rekaan

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Puan Besar Tua Xi tidak menjawab tetapi menantunya menyampuk, "Tak ada sebab tertentu. Sama seperti kamu menghalau Ruobing tanpa sebab, kami halau kamu sekarang! Buang masa dan wang saja biarkan kamu terus berada di makmal itu. Oleh itu, jangan fikir nak menjejakkan kaki di makmal lagi; kamu diharamkan masuk seumur hidup!"

Puan Tua Xi telah lama menunggu peluang untuk memberikan pengajaran kepada Xinghe, jadi dia tidak memberi sebarang belas kasihan sewaktu memarahinya.

Sepasang mata hitam Xinghe merenung tepat ke arah Puan Besar Tua Xi. "Hanya sebab itu?"

Puan Besar Tua Xi memandang tepat mata Xinghe juga. "Ruobing telah menyiapkan rekaan yang terbaik, jadi kamu tidak diperlukan lagi."

Pandangan Xinghe beralih pada Ruobing…

Ruobing tersenyum gembira, "Betul itu, saya telah menyiapkan rekaan. Sekarang, saya hanya menunggu untuk ia dibina. Jadi, kamu tidak diperlukan lagi."

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com