webnovel

Nafkah yang Ditolak

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Sambil tersenyum Tianxin berkata, "Baguslah kalau begitu. Ianya sudah lewat Mubai, nanti pergilah tidur."

"Baiklah."

"Selamat malam," ucap Tianxin.

Kemudian, Mubai menyimpan telefonnya dan memberhentikan kereta di sisi jalan lalu menyalakan rokoknya.

Kereta-kereta lain berlumba-lumba melepasinya. Dia ketawa sendirian.

Jadi apa masalahnya kalau Xia Xinghe telah menghilangkan diri? Kenapalah dia yang bertanggungjawab untuk mencarinya?

Dia ialah wanita yang sudah dewasa dan boleh mencari jalannya sendiri untuk pulang.

Mubai lalu memusingkan keretanya dan memandu pulang. Sebagai langkah keselamatan, dia telah mengarahkan beberapa orang untuk menyiasat keadaan Xinghe sekarang. Dengan ini dia dapat mengetahui samada Xinghe masih hidup atau tidak dan apa telah terjadi kepadanya selama beberapa tahun yang lepas.

Mubai berminat untuk mengetahui bagaimana seorang wanita yang mempunyai jumlah nafkah yang besar boleh menjadi sedemikian.

Keesokan paginya, Mubai menerima berita terkini tentang Xinghe selama tiga tahun yang lepas.

Selepas penceraian tersebut, Xinghe telah dijemput oleh bapa saudaranya.

Melalui sanak saudaranya, beliau difahamkan bahawa bapa saudaranya mempunyai seorang anak lelaki dan ketiga-tiga mereka menjaga satu sama lain. Kehidupan mereka menjadi parah apabila Xia Chengwu didiagnosis dengan penyakit buah pinggang.

Untuk mendapatkan wang, Xinghe terpaksa mengambil pelbagai kerja-kerja renyah.

Tukang sapu, pembasuh pinggan mangkuk, pelayan… Dia telah menghabiskan masanya melakukan pelbagai kerja buruh.

Walau bagaimanapun, dia sering dibuli dan diasingkan di tempat kerjanya oleh sebab sikapnya yang pendiam dan keengganan untuk bercampur. Ini menyebabkan tidak ada satu pun daripada kerjanya boleh bertahan lebih sebulan.

Tiga tahun melompat dari satu kerja ke kerja yang lain telah membawa perubahan drastik terhadapnya.

Mubai masih terkejut apabila dia terkenang kembali pada pertemuan mereka semalam. Dia kelihatan seperti dia telah menjadi tua dengan pantas semenjak penceraian mereka.

Dia hampir tidak boleh mengenalinya lagi.

Jika tidak kerana pertemuan mereka semalam, Mubai tidak akan tahu tentang betapa banyaknya kesakitan dan kekejaman yang telah dia lalui…

Walau bagaimanapun, satu sahaja perkara yang merunsingkan beliau.

Mengapa dia tidak menggunakan nafkah yang diberikan kepadanya?

Mubai tahu bahawa Xinghe bukanlah seorang belanjawan yang boros. Tetapi, walaupun dia seorang yang boros, mustahil dia dapat menghabiskan sejumlah wang yang diberikan kepadanya dalam masa yang singkat.

Mubai bersandar kembali di kerusinya dengan reaksi yang serius. Dia merasakan bahawa terdapat beberapa butiran yang telah disembunyikan daripada pengetahuannya…

….

Apabila Mubai melangkah ke ruang makan, keluarganya telah pun berada di tempat duduk mereka dan sedang bersarapan pagi.

Xi Lin ialah orang yang pertama bangun kerana dia tidur awal semalam. Dia sudah selesai bersarapan pagi sewaktu Mubai duduk.

"Hantarkan Lin Lin ke sekolah untuk saya," Mubai mengarahkan salah seoarang pembantu rumahnya.

"Ya tuan," jawab pembantu rumah tersebut lalu mengambil tangan Xi Lin dan membawanya keluar dari bilik.

Puan Xi yang tua mengambil suapan kecil daripada bubur barlinya dengan sudu porselin sebelum bertanya, "Kenapa kamu pergi dengan tiba tiba semalam? Kamu adalah sebab kenapa kita berkumpul di sana, tahu? Kamu tahu betapa janggalnya apabila kamu tinggalkan ibu dan ayah kamu di situ?"

"Bukankah saya sudah menelefon untuk memberitahu bahawa Lin Lin tidak sihat? Walau bagaimanapun, mak…" Mubai memandang ke arah ibunya sambil menahan soalan yang ingin disoalnya.

Puan Xi yang tua memberi galakan kepadanya untuk meneruskan soalan dan tersenyum sambil berkata, "Ya?"

Mubai menyambung, " Adakah Xinghe menerima sebarang nafkah selepas penceraian kami?"

Sudu Puan Xi terhenti di tengah suapan dan air mukanya kaku...

Melihatkan reaksi ibunya, Mubai tahu serta merta bahawa jawapan kepada soalan itu ialah tidak.

"Mengapa mak tidak beritahu pada saya yang mak tidak beri nafkah itu?" Dia menyangkakan Xinghe hidup senang lenang dengan wang tersebut. Itulah sebabnya beliau tidak terfikir untuk bertanyakan keadaan Xinghe.

Jika tidak kerana pertemuan mereka semalam, dia masih tidak akan tahu mengenai kesengsaraan Xinghe.

Wajah Puan Xi yang tua jelas kaku. Dia berkata, "Bukannya mak tidak berikan nafkah itu. Dia yang tidak mahu menerimanya."

"Tapi, bukankah mak boleh beritahu pada saya?"

"Kenapa perlu mak beritahu kamu? Dia tidak punya apa-apa hubungan dengan keluarga Xi. Ini lebih baik jika hubungan ini terputus terus. Lagi elok jika dia tak mahu sebarang bantuan dari kita."