"Bertenang, biar saya periksa dulu… " Selepas Lu Qi memeriksa Xinghe, dia berkata, "Badan dia panas, saya rasa ini disebabkan tekanan yang terpendam terkeluar serentak pada waktu paling lemah dia. Jadi, itu yang sebabkan dia jadi begini."
"Kamu betul, kakak saya mengalami tekanan besar baru-baru ini." Xia Zhi mengangguk.
Mubai tidak memberi sebarang komen. Dia hanya memandang Xinghe.
Dia mengerti perubahan yang dialami Xinghe.
Dia juga tahu satu atau dua perkara tentang peristiwa yang telah terjadi pada malam sebelumnya.
Dia tidak mengerti bagaimana wanita yang bertubuh lemah sepertinya mampu memiliki kekuatan dan kecerdasan yang begitu mengagumkan sehingga dia dapat menewaskan kesemua musuhnya dalam tempoh satu malam sahaja.
Walaupun dia telah menghulurkan bantuan, Mubai percaya Xinghe tetap mampu menyelesaikan semua masalah seorang diri tanpa pertolongan darinya.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com