Encik Chu sangka itu akan membuatkan mereka beredar.
Walau bagaimanapun, sama ada Mubai ataupun Xinghe, kedua-dua mereka langsung tidak bergerak. Mereka seolah-olah tidak risau dengan penglibatan pihak polis…
"Apabila polis datang ke sini, salah seorang dari kamu akan ditahan!" Encik Chu mengugut mereka dengan nada yang menekan.
Tianxin tiba-tiba menuding jari ke arah Xinghe dan memberi amaran, "Walaupun kamu lari, saya tidak akan memaafkan kamu! Xia Xinghe, berani kamu menuduh saya! Siaplah kamu, saya beritahu kamu!"
"Menuduh kamu? Chu Tianxin, kamu fikir saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana tiada bukti?" Xinghe menyangkal dengan dingin.
Ketenangan terpancar sekilas di mata Tuanxin. "Ia bukan salah saya jika kamu tiada bukti. Xia Xinghe, jika kamu tidak boleh kemukan bukti sekarang, semua ini hanyalah tuduhan tidak berasas. Jangan fikir kamu boleh terlepas. Saya akan mengejar kamu dengan tuntutan mahkamah walau hingga ke hujung dunia sekalipun!"
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com