Apabila Mubai kembali ke vila kecil, dia menerima berita tentang Xinghe yang sudah menyedarkan diri. Sewaktu orang gaji memberitahunya, dia menyangka dia sedang bermimpi. Selepas disahkan sekali lagi oleh orang gaji tersebut, dia akhirnya percaya sepenuhnya yang Xinghe memang sudah sedar!
Dia segera bergegas untuk berjumpa dengan Xinghe, langkahnya sangat laju. Di saat dia semakin menghampiri bilik Xinghe, jantungnya berdegup kencang. Sudah lama dia tidak berasa gementar sebegini…
Dia berasa seperti seorang kanak-kanak yang mahu berjumpa dengan buah hatinya.
Dia membuka pintu bilik itu dan apabila dia melihat Xinghe sedang duduk diam di hadapan komputer, dia menghembuskan nafas yang dia tidak sedari sedang ditahannya selama ini. Dia menatapnya dengan tajam, tidak sanggup untuk mengalihkan matanya ketika dia semakin hampir dengannya. Ia seolah-olah dia takut Xinghe akan hilang dari pandangannya jika dia tidak menumpukan sepenuh perhatian.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com