webnovel

Bawa Rahsia Kamu Sehingga ke Neraka

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Xinghe mengangguk faham. "Memandangkan kamu tak berbuat baik terhadap anak kamu, kematian saya telah dimeteraikan sebaik sahaja saya berjalan masuk ke sini."

"Bagus jika kamu faham."

"Memandangkan saya seperti seorang wanita yang sudah mati, apa kata kamu beritahu saya perkara ini? Saya telah mencari Mak saya seumur hidup saya, jadi saya cuma nak tahu dia ada di mana," tanya Xinghe sambil merenung ke arah He Lan Chang. Dia dipenuhi dengan ketenangan. Ini adalah jawapan yang perlu dia dapatkan.

He Lan Chang mencemuh dengan penghinaan. "Kenapa kamu tanya pada saya soalan sebegitu? Rumah-rumah yatim keluarga He Lan bukan agensi perisikan, kami hanya bertanggungjawab untuk membesarkan dia. Kami tak jejak apa yang berlaku kepada dia selepas dia mencapai usia matang."

"He Lan Chang, kamu boleh berpura-pura di depan saya," Xinghe mencelah. "Dia pasti berada di tangan kamu dan apakah itu Projek Galaksi?"

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com