webnovel

BAB 6

Fathin masuk ke dalam bilik Ain. Niatnya untuk tidur di dalam bilik itu dengan Ain namun sejak balik kerja tadi dia tak nampak Ain langsung.

"Aih? Kereta dia ada dekat depan" Fathin berkerut. Mana pula pergi si pemilik bilik tersebut?

__________________________

Ain membuka matanya. Dalam kesamaran, dia cuba untuk melihat dengan betul. Berkali-Kali dia cuba untuk lihat dengan jelas, tapi matanya kabur.

PAP! PAP!

Ain dapat rasa dan lihat seseorang di hadapannya sedang mengelap matanya dengan tuala kecil.

Matanya tertutup apabila orang itu mengelap matanya kerana air yang mengalir.

"Hm"

Ain dapat mendengar dengusan suara orang itu sebelum dia mengelap pula mata Ain dengan kain bersih.

Ain membuka matanya. Dia dah selesai Lap mata.

"Aku terlepas pandang bahan dalam jarum tu. Itu yang mata kau kabur. Nasib baik aku jumpa sebelum kau sedar" Ujarku.

Ain mengetap bibirnya. Eyya?

Ain tahu kakinya telah digari dengan dinding. Tali gari itu pula panjang jadi dia boleh berjalan-jalan di sekitar bilik itu namun takkan sampai pintu bilik pun.

"Eyya... Kenapa... "

Aku senyum. Aku duduk di kerusi roda itu. Kemudian aku menyilangkan kaki.

"Kau lupa?"

"Lupa?"

"Ahh Ain. Kau lupa" Aku pura-pura kecewa.

Aku mengambil pisau di atas meja kemudian sengaja diteliti dan memeriksa.

"Umur baru 25 dah nyanyuk. Banyak makan semutlah ni" Sindir aku. Sengaja aku meletakkan bucu pisau itu di kepala.

Ain tunduk. Dia cuba mengingati sesuatu. Dia betul-betul mahu ingat balik. Semua ni melibatkan nyawanya.

"Ain,"

Ain mengangkat mukanya. Matanya tepat memandang buku coklat tebal yang dipegang aku.

"Buku tu... Ah! Plan tu... "

"Dah ingat? Sikit je masa lagi. Aku rasa kau tahu siapa lepas ni"

"Eyya! Eyya please... Jangan buat macam ni! Nak bunuh, bunuh Ain sorang je! Please lepaskan balik Nadrah yang Eyya culik tu!"

"Ain... " Aku menongkat dagu. Mulut aku masih mengukirkan senyuman sinis kepadanya.

"Aku cakap, aku buat."

Ain kaku. Badannya menggigil dan matanya berair.

"Sudah terlambat, itulah. Siapa suruh bodoh sangat"

Ain diam. Dia tahu kalau dia menjerit pun, tiada apa lagi yang akan berlaku.

____________________

"Nadrah!"

Aku masuk ke dalam bilik Nadrah. Keadaanya langsung tidak terurus. Hanya memakai seluar pendek dan T-shirt biru gelap.

Dia merapatkan diri ke dinding. Badannya menggigil sangat-sangat dan matanya berair serta mukanya sangat comot.

"Kenapa ni? Ada orang buat kau ke?" Aku tunduk. Aku cuba membelai rambutnya namun tangan aku ditepis.

PANG!

Aku menampar mukanya dengan kuat.

"What are you?"

Trauma. Dia dah mula trauma. Mana tidak, aku telah memberinya dadah hingga dia sawan dan kejang seluruh badan. Cuma tak mati je.

"Aku takde mood nak pukul kau hari ni. Aku penat" Ujarku perlahan. Aku melihat sekeliling. Makanan banyak lagi terutama mee segera.

"Kita sambung esok. Esok kita makan Maggie sama-sama dan aku akan order donut untuk kau" Aku senyum manis kemudian melangkah keluar dari bilik.

Keluar dari bilik Nadrah, aku terus keluar dari bilik itu. Keluar dari bilik saja, Fathin terus berlari ke arah aku.

"Eyya! Nampak Ain?"

Aku menggeleng.

"Seriuslah? Ain takde dhoo. Aku call dia, henpon dia dalam bilik. Kereta dia ada je kat luar tu dan hanya Farah seorang je yang keluar dari rumah! Aku dah risau"

"Dah cari dekat atas? Mana tahu dia tidur ke apa tak sedar"

"Dah, Annie dan Elle tengah cari." Ujar Fathin perlahan. Dia nampak sangat risau. Mukanya jelas menggambarkan emosinya sekarang. Kawan baik dia hilang. Siapa tak risau?

Annie dan Elle berlari ke arah kami berdua.

"Ain takde. Dia pergi kedai tak bawa phone kot?" Agak Elle.

"Selipar dia ada kat luar tuhh"

"Maybe dia pakai kasut?"

Fathin berkerut. Aduh, buntunya.

"Maybe dia akan hilang macam Nadrah juga? Aaaa jom cek CCTV. Maybe ada petunjuk!"

Annie memeluk tubuhnya.

Dia memandang aku tajam.

"Apa kau buat dalam rumah tadi dengan Ain?"

"Aku jumpa dia masa tengah tengok tv tadi lepastu masuk bilik. Tu je. Lepas tu tak jumpa dah,"

"Hm. Harapnya betul. Kalau CCTV tak nampak petunjuk juga, esok pagi kita report polis je"

"Kenapa esok pagi? Kenapa bukan sekarang? " Fathin menarik lengan baju Annie.

Annie masih tenang.

"Selepas 24 Jam baru boleh report. Dia tu dah besar, bukan budak kecil lagi. Malam-malam macam ni bila ada anak dara hilang, polis takkan buat kerja. Dia tunggu esok pagi juga"

"Ah! Apa-apalah! CCTV!"

"Hwaa!" rose keluar dalam bilik sambil menguap.

"Apa jadi..."

"Diam. Masuk bilik" Tegas Annie.

"Eleh. Tanya sikit pun tak boleh" Rose masuk ke dalam bilik semula. Kemudian dia menutup pintu biliknya dengan rapat.

By Eyya Dhyna