webnovel

Bab 15_Kepercayaan

Pagi subuh aku kali ini buat aku betul-betul trauma utk mendekati Hazama lagi. Sebelum dia bangun, aku telah keluar utk mencari ketenangan diri sambil berjalan membeli sarapan utk kami. Aku tahu harus banyak berfikir dan bersedia sebelum bertemu dengan dia kali ini. Sekali lagi, dia telah hancurkan kepercayaan aku padanya. Aku takut utk meneruskan lagi, jadi aku telah membuat keputusan dan aku harap kali ini keputusan aku dapat di terima dan dia jauhi aku. Selepas hampir 5 jam berada di luar rumah, tiba utk aku pulang. Sampai di hadapan pintu rumah sendiri, buat kali pertamanya juga aku takut mahu membuka pintu rumahku sendiri. Dengan menarik nafas panjang, aku membuka sedikit pintu dan menutup pintu grill. Aku mengambil kasut dan Hazama masih di dalam rumah. Dia sedang duduk menunggu ku di sofa ruang tamu sambil menonton tv ketika aku masuk ke dalam. Dia terus menutup tv dan meluru ke arah aku. Dia mengambil kedua tangan ku dan berkali-kali dia cuba meminta maaf. Dia juga ada bertanya kemana aku pergi menghilangkan diri selama beberapa jam ini. Namun aku hanya terdiam. Menahan utk tidak mengeluarkan air mata kali ini kerana aku tekad. Tekad utk melupakan lelaki itu. Tanpa menjawab soalan-soalan yg diajukan, aku terus melangkah masuk ke dapur dan menyediakan sarapan yg sudah pun hampir makan tengahari. Dia mengikutiku di dapur dan berkali-kali menarik aku utk aku memandang ke arahnya. Sesekali aku tidak dapat membendung lagi kesakitan di hatiku. Air mataku terus mengalir. Dia menarik ku memandang ke arahnya sekali lagi dan dia terus memelukku. Tanpa teragak, aku terus menolak pelukkan itu walaupun sudah dua kali berlaku perkara yg sama. Aku tidak mahu dia fikir mudah utk mengambil kesempatan ke atasku kali ini lagi. Dia memandang aku yg sudah jatuh terduduk ke lantai sambil menangis. Dia pula seakan takut utk mendekatiku lagi.

Aku: Kenapa?? kenapa kau buat aku macam ni ha?

Apa salah aku?

Hazama: Aku minta maaf. Aku tahu aku dah jauh

terlanjur. Tapi aku betul-betul sayangkan

kau. Aku tak boleh lupa keadaan kita

waktu kali pertama. Aku janji kali ni kita

akan bersama semula.

Aku: Sudah la,Hazama! Aku dah tak boleh

percayakan kau lagi! Kau ni memang jenis

suka ambil kesempatan atas kelemahan

orang lain. Dulu, bila kau seronok dan senang

kat sana. Kau tinggalkan aku. Bila kau dah

tak nak yg kat sana, kau tinggalkan yg di

sana, kau nak rasa yg di sini plak. Lelaki jenis

apa kau ni ha!? Memang dasar jantan tak

guna! Maaf la Hazama. Lepas ni aku dah tak

kisah dah kau nak buat apa, kau nak pergi

mana, dengan siapa tapi aku harap aku tak

jumpa kau lagi dan kau jangan datang cari

aku atau ganggu aku lagi! Berambus

kau dari sini. Aku tak nak tengok muka kau

lagi! Pergi!

Hazama: Jangan la macam ni. Jauh aku datang

cari kau. Bagi la aku peluang sekali lagi.

Aku janji aku akan settle kan semua ni.

Aku: Please, Hazama! Jangan keruhkan lagi

keadaan ni. Cukuplah dengan apa yg dah

berlaku semalam. Aku tak mampu nak fikir

lagi sekarang. Leave me alone for now..

Please..

Hazama: I wont let u go, Lisa. Your are mine for

ever. Its never change that! I still waiting

for u forever. U always be mine..

Aku menutup telinga dengan menekup kedua belah tanganku dan menjerit. Dia mengangkat aku. Aku terus bangun dan menolak dia terus keluar dari rumah aku dan aku terus menutup daun pintu di hadapan mukanya. Kakiku terus lemah dan aku tersungkur menangis di belakang daun pintu itu. Aku tidak mahu mendengar apa-apa alasan lagi darinya. Ketika itu, aku langsung tidak dapat fikir dengan betul. Hatiku betul-betul sakit dan tidak mampu melihat wajahnya. Dia cuba mengetuk-ngetuk pintu rumah beberapa kali sambil melaung namaku. Aku tidak mempedulikan panggilanny dan aku terus menuju ke bilik dan mengunci pintu bilik itu.Selepas beberapa jam aku mengurungkan diri di dalam bilik. Aku tidak mendengar lagi ketukan pintu. Mungkin dia sudah pun pergi. Aku terus melangkah semula ke dalam bilik dan merebahkan diri ke atas katil. Pikiran aku mula melayang dan berfikir. Setelah jauh aku memikir, aku telah mengambil keputusan utk pulang sahaja semula ke tanah air tapi kepulangan aku kali ini tidak akan diketahui sesiapa pun termasuklah tok ayah dan mak tok aku sendiri. Kali ini aku betul-betul nekad utk belajar hidup sendiri dengan cara aku sendiri. Aku sudah sedia utk hadapi segala dugaan yg bakal berlaki nanti. Sebelum berangkat pulang, aku telah pun mencari rumah utk kesenangan aku ketika pulang ke sana nanti.

Selepas selesai berhenti kerja dan urusan jual beli rumah, Aku pulang ke Malaysia dan terus menetap di Bangi. Aku berkerja di butik pereka fesyen yg agak terkenal di sana. Kerja aku banyak habis masa di pejabat. Selama aku berada di sana, langsung telah melupakan segala kejadian yg berlaku ke atas diriku. Sepanjang itu jugalah, aku telah pun berkenalan degan seorang lelaki yg amat baik dan amat memahami diriku. Dia banyak membantu aku dari segi kewangan dan pengangkutan. Hampir 3 tahun kami berkawan dan akhirnya kami bersetuju utk menjadi pasangan kekasih. Pada mulanya hubungan kami amat baik sehingga suatu hari ketika kami sedang bersantai sambil minum petang di sebuah cafe di pinggir kota. Keadaan yg agak lengang membuatkan kami selalu berkunjung ke cafe itu utk ber'dating'. Aku terserempak dengan Sufi. Dia datang ke arah kami dan terus duduk bersama kami tanpa di jemput. Kehadirannya membuatkan Amri tidak senang duduk. Sufi seolah-olah tidak menghiraukan lelaki itu. Dia juga menganggap aku teman wanita nya sedangkan aku telah kenalkan Amri padanya. Tapi dia langsung tidak pedulikan perasaan lelaki itu. Keadaan itu buat aku menjadi rimas dan dalam keadaan segera, kami meminta diri dan terus menuju ke arah kereta. Ketika berada didalam kereta, Amri tidak banyak bercakap. Dia hanya mendiamkan diri. Akhirnya, aku membuka bicara dengan meminta maaf padanya. Sikapnya seolah berubah setelah berjumpa dengan Sufi. Dia tidak banyak bercakap, sekadar mengangguk dan terus menghantar aku pulang. Sepanjang perjalanan kami hanya bertemankan muzik yg berkumandang di radio. Dia juga sempat menukar beberapa siaran utk mencari lagu kegemarannya. Seolah-olah dia tidak mahu bercakap denganku.