Di pengkalan rahsia JSDF. Satu mesyuarat sedang diadakan antara pihak JSDF bersama dengan kabinet menteri. Perdana Menteri Jepun tiba di lokasi mesyuarat. Kelihatan kabinet menteri dan wakil-wakil dari JSDF sudah bersedia.
"Tuan kami ada berita penting tentang Projek PORTAL." kata komander Shin sebelum menekan butang pada alat kawalan jauh. Satu slaid muncul pada skrin di hadapan.
"Ni. Senarai tester. Apa yang awak cuba sampaikan ni komander?" kata Perdana Menteri.
"ESCOM rakan kongsi kita untuk projek PORTAL ni sedang mengumpulkan tester-tester projek ni ke negara kita."
"Well, kalau kamu tanya saya, mungkin ESCOM ada alasan yang munasabah untuk perkara ni." kata salah seorang ahli kabinet.
"Secara logiknya negara kita yang ada jumlah tester paling ramai." seorang lagi ahli kabinet mencelah.
"Saya tak fikir niat mereka macam tu." kata komander Shin.
"Apa maksud kamu?" soal Perdana Menteri.
Komander Shin menoleh ke arah Leftenan Kagamine.
"Izinkan saya untuk memberi penjelasan." Kagamine bingkas berdiri.
Slaid bertukar kepada rakaman sidang video Eliana tempoh hari.
"Nama dia Eliana. Dia mengaku sebagai bekas kakitangan ESCOM."
"Apa kaitannya dengan perkara yang kita sedang bincangkan ni?" soal seorang lagi ahli kabinet.
"Sejak hari pertama lagi tester-tester diserang dan cuba diculik oleh organisasi yang kami belum pastikan siapa. Tapi kami dengan maklumat yang kami ada setakat ni, semua merujuk kepada satu sahaja suspek utama. ESCOM sendiri." kata komander Shin.
"ESCOM?"
Dewan mesyuarat mula riuh.
"Jangan buat tuduhan melulu komander." kata Perdana Menteri. "Kita penyumbang terbesar untuk projek ni!"
Video CCTV menunjukkan kedua ibu bapa Rin dicampak ke dalam PORTAL dimainkan.
"Dengan teknologi yang kita ada sekarang mudah je nak edit video macamni. Kamu pasti ke komander video ni sahih?" tanya Perdana Menteri.
Komander Shin menjelaskan bahawa pesawat yang terhempas yang dikatakan didalangi oleh pengganas itu merupakan pesawat yang membawa Rin ke sini. Kagamine pula menceritakan pengalamannya bertempur dengan penculik yang mempunyai senjata PORTAL.
"Kenapa baru beritahu saya sekarang?"
"Kami perlu kumpulkan bukti kukuh untuk ni. Macam yang tuan cakap kita tidak boleh tuduh sembarangan. Dengan bukti yang kita ada ni dah cukup untuk tahu niat sebenar ESCOM hantar tester semua ke sini. Mereka mahu kita keluar dari kontrak tu."
"Projek ni dah dalam pengetahuan umum lah ye." kata Perdana Menteri.
"Tak belum lagi. At least bukan sekarang. Mungkin organisasi besar dunia dah tahu tentang projek ni." kata Shin.
"Saya rasa kamu semua perlu lihat ni." kata salah seorang ahli kabinet.
Rin dan tester lain sedang lepak di ruang tamu rumah Kagamine. Mereka sedang membincangkan tentang situasi semasa yang dihadapi mereka.
"Ada lagi korang kena attack lepas kejadian haritu?" soal Rin.
"Takde, JSF dah ketatkan kawalan dekat tempat penginapan kami." balas Jennifer.
"Argh, harap benda ni settle secepat mungkin. Discord server kami dah penuh tu. Entah bila lah dapat stream lagi." keluh Sarah.
"Kejadian haritu?" kata Okumura.
"Yep masa first day kitaorang sampai. Dekat maid kafe di pinggir bandar." kata Jennifer.
"Best tau date dengan kepten." usik Sarah.
"D..date?!"
"Takdelah, mana ada date korang ni."
"Rin, tengok ni." Orihara memasang televisyen.
"Berita terkini. Ini adalah berita yang sangat baik untuk gamers di seluruh dunia. MMORPG Elguard Online yang menjadi kegilaan semua orang akan diadaptasi menjadi VRMMORPG! Projek ini diumumkan sendiri oleh pereka dan pembangun permainan video Elguard, Zarif di laman twitternya tadi."
"Apa?!" mereka semua terkejut mendengar berita tadi.
"10 tester terawal sudah dipilih dan mereka akan tiba di Putrajaya pada lewat petang esok."
Discord server Jennifer dan Sarah semakin menggila. Ramai sedang bertanya tentang perkembangan VRMMORPG yang baru sahaja diumumkan tadi.
Di suatu lokasi yang tidak diketahui. Zarif, Eliana dan Azim sedang bersembunyi di sebuah rumah terbiar.
"Awak pasti ke ni je caranya?" tanya Azim.
"Saya rasa ni jalan terbaik. Not even Japan could make a move right now. Tangan diorang terikat dengan kontrak. Pengumuman ni bukan ja dapat mengalihkan perhatian ESCOM kepada media, Rin dan yang lain juga akan dapat peluang untuk masuk ke PORTAL untuk selamatkan Profesor Aizat dan isterinya." jelas Zarif.
"Korang, shh." kata Eliana. Dia sedang memerhati keadaan di luar.
"Kita diekori?"
"Tak, kita selamat buat masa sekarang. ESCOM betul-betul nak kita mati." kata Eliana. "Apalah nasib kita sekarang ni."
"Lepas Rin dan yang lain dapat keluarkan Prof Aizat dan Prof Alia dari PORTAL nama kita konfem akan bersih punya." kata Azim.
"Harap apa yang aku buat ni benfit both our world and theirs." bisik hati Zarif.
Eliana menepuk bahu Zarif.
"Hey, awak tak perlu tanggung beban ni sorang-sorang. Kita kan satu party. First isekai party at that." kata Eliana sambil memberikan senyuman yang manis untuk menenangkan hati Zarif.