"Awak nak minum atau makan apa-apa tak?"
Beryl memandang wajah Jay yang sedang meneliti setiap gerai di sekitar mereka. Pandangan matanya tajam bagaikan helang yang sedang mengawasi mangsanya.
"Hei, janganlah serius sangat. Di sini aman jadi awak tak perlu terlalu risau." Beryl berbisik di telinga Jay agar tidak didengari oleh jurujual di hadapan mereka.
"Saya hanya berjaga-jaga,cik muda."
"Awak nak makan tak?"
"Cik muda pesanlah apa-apa. Saya tak kisah."
Beryl kemudian memesan dua bungkus roti bersalut sosej serta dua strawberry milkshake. Setelah menerima pesanan dan membayar semuanya,Beryl mengajak mereka berdua duduk di sebuah bangku yang ditutupi oleh rimbunan pokok bunga yang cantik.
"Jay, duduklah. Awak tentu dah penat seharian berdiri kerana menjaga saya." Beryl menepuk-nepuk tempat duduk kosong di sisinya.
Bodyguardnya akur lalu duduk di sebelah cik mudanya. Beryl menyerahkan sebungkus roti sosej kepada Jay dengan senyuman manis di bibir peach tersebut.
Jay mengambil bungkusan dari tangan gadis itu. Beryl menggigit roti sosejnya dengan berselera sekali.
"Hmm... sedapnya. Tak sangka ada karnival makanan hari ini. Makanan pulak berbagai jenis. Saya rasa nak beli semua jenis makanan bawak balik." Gadis itu tersengih ke arah Jay.
"Cik muda tak takut gemuk?Sebab kebanyakan makanan di sini kalorinya tinggi." Jay mengunyah makanannya perlahan. Beryl menjuihkan bibirnya.
"Habis tu awak tak takut gemuk ke?Awak pun makan makanan yang berkalori tinggi jugak tu."
"Saya tak risau sebab setiap hari saya pasti akan bersenam sedangkan cik muda tak pernah bersenam kan?"
Kata-kata lelaki itu bagaikan pisau tajam yang menusuk dadanya. Beryl terbatuk-batuk kecil. Jay dengan pantas mengambil minuman cik mudanya lalu dihulurkan padanya. Beryl segera menyedut minumannya untuk melegakan tekaknya yang serasa tersekat oleh roti.
"Saya bersenam atau tidak,kenapa awak nak peduli?" Beryl menjeling tajam Jay di sisinya yang telah selesai memakan rotinya.
"Kerana kesihatan tubuh itu penting."
"Awak ni dah macam cikgu,tau tak? Kenapa tak jadi guru saja?"
"Pekerjaan itu terlalu membosankan."
"Jadi awak rasa jadi bodyguard ni lebih seronok lah?"
"Depends." Jay menghirup minumannya.
"Depends on what?"
"Depends on what type of person I'm taking care of."
"Which means?" soal gadis itu lagi.
Jay merenung gadis itu tajam.
"You're asking too much questions."
"Is that a crime?" Beryl sudah mulai belajar menjadi seorang yang menyebalkan seperti Jay.
"Yes. A total big crime."
"Why?" Beryl tidak gentar hendak membalas tatapan mata hazel tersebut.
"Because..." Jay mendekatkan tubuhnya ke arah Beryl.
Gadis itu kelihatan terkejut melihat tindakan lelaki itu yang secara tiba-tiba. Detak jantungnya sudah mulai tidak keruan. Dia tidak mampu hendak menolak tubuh Jay bahkan hendak bergerak sedikit pun dia tidak berdaya.
Jay mendekatkan wajahnya ke wajah Beryl sehinggakan gadis itu dapat merasakan nafas Jay di pipinya. Dia tersenyum sinis melihat tubuh gadis itu yang kaku di tempatnya.
Perlahan-lahan Jay mengangkat jarinya lalu menyapu hujung bibir gadis itu dengan menggunakan ibu jari kanannya. Beryl yang merasa sentuhan hangat jari lelaki itu pada bibirnya membuatkan detak jantungnya lebih laju dari biasanya.
Sentuhan hangat itu terasa lembut membuai perasaannya seketika. Entah kenapa Beryl merasa berdebar-debar dengan tindakan kecil dari Jay meskipun dia sudah berusaha untuk mengawal hatinya.
Dia juga dapat merasakan bahawa Jay mempunyai satu sisi lain yang lebih lembut dan hangat yang cuba ditutupi dengan sikap dinginnya.
"Because..there's something on your lips,madame," bisik Jay lembut ke telinganya.
Serta-merta pipinya merona merah. Pastinya ada sisa sos di bibirnya. Ya Tuhan! Pasti nampak comot sekali,desis hatinya malu.
Dalam masa yang sama dia turut hairan bagaimana lelaki itu dapat mengucar-kacirkan perasaannya dengan mudah sedangkan lelaki itu sentiasa memasang ekspresi dingin.
Beryl mencuba untuk mengatur kembali nafasnya yang serasa terhenti sejak lelaki itu mendekati dan menyentuh lembut bibirnya tadi.
Dengan selamba Jay kembali menyedut minumannya sehingga cawannya kosong seolah-olah tiada apa yang berlaku. Beryl benar-benar bingung dengan sikapnya yang berubah sekelip mata.
"Cik muda masih nak jalan-jalan?"
"Emm..saya nak ke pantai,boleh?"
Jay melihat jam Rolex di tangan kirinya.
"Baiklah. Kita masih sempat pergi sebelum makan malam takut nanti Tuan Ivan dan Puan Rosy mencari cik muda."
Beryl angguk lalu mereka kembali ke kereta.
Mereka tiba di pantai sekitar jam 6 petang. Kawasan pantai agak lengang dan hanya beberapa orang saja yang berada di situ bersama pasangan masing-masing.
Beryl menjadi malu pula melihat ada pasangan yang tidak segan-segan bercumbu di dalam gelap tidak jauh dari mereka. Dia berjalan agak menjauh dari mereka.
Pemandangan matahari terbenam benar-benar membuat fikirannya tenang. Bunyi ombak yang menghempas kaki pantai kedengaran seperti alunan muzik yang membuai telinga, menenteramkan jiwa.
Di sini,gadis itu dapat menenangkan fikirannya dengan mudah. Dia lebih sukakan ketenangan laut daripada di kota. Andai saja dia dapat menikmati pemandangan seperti ini setiap hari.
Seketika Beryl terlupa ada sepasang mata yang sedang tekun memerhatikan tingkah lakunya sedari tadi. Saat gadis itu terleka menikmati keindahan matahari terbenam di ufuk barat, sepasang mata hazel sedang mengamati raut wajah tenang gadis itu.
Rambutnya yang panjang ikal beralun lembut ditiup angin sepoi-sepoi bahasa,seakan menggamitnya untuk membelai rambut yang indah itu.
Sebahagian anak rambut yang menutupi wajah gadis itu mengganggu pandangannya untuk terus menikmati keindahan wajah putih nan polos itu.
"Cantik,kan?" tanya Beryl tanpa mengalihkan pandangannya dari laut yang terbentang luas di hadapannya.
"Cantik," jawab Jay tanpa sedar dan matanya masih lagi tidak berganjak dari menatap wajah cantik di hadapannya kini.
"Saya rasa tenang di sini dan kalau boleh,rasa nak tinggal di tepi pantai. Dapat menikmati pemandangan cantik macam ni setiap hari adalah anugerah terindah bagi saya."
Beryl menghirup udara segar dari laut biru yang tidak tercemar itu. Seketika gadis itu menundukkan tubuhnya, mengutip beraneka siput laut kecil yang tertimbus di antara pasir putih itu.
Bentuknya yang kecil kelihatan begitu comel di mata gadis itu. Dia berniat hendak mengutip dan menyimpannya sebagai hiasan.
"Saya akan buat hiasan siput untuk awak."
Senyuman lebar gadis itu membuatkan wajah cantik itu bertambah manis dan Jay tidak berniat hendak merosakkan lagi mood yang baik itu lalu dia sekadar mengiyakan saja.
"Terpulang pada cik muda."
Gadis itu tersenyum girang. Nampaknya kali ini Jay tidak menolak lagi seperti biasa. Hal itu membuatkan Beryl lebih bersemangat lagi hendak mengutip siput yang cantik-cantik untuk dibawa pulang.
Melihat cik mudanya yang kelihatan gembira kerana penerimaannya tadi, lelaki itu tanpa sedar tersenyum sendiri. Andai saja Beryl menoleh dan melihat senyuman lelaki itu,mungkin saja gadis itu akan pengsan.
"Awak tolong saya cari siput yang cantik. Saya nak ambil banyak nak bawak balik." Beryl menghampiri Jay bersama siput di genggamannya.
"Saya tak pandai cari."
"Awak carilah yang macam ni. Cari yang cantik-cantik." Beryl membuka genggaman tangannya lalu menunjukkannya kepada Jay.
"Kenapa nak ambil banyak? Itu dah cukup."
"Kalau awak tak nak cari,tak perlu! Saya boleh cari sendiri."
Gadis itu mendengus geram lalu berlalu pergi menjauh dari Jay. Jay sekadar melihat cik mudanya yang merajuk bersama bebelannya yang sayup-sayup kedengaran. Dia sekadar menggeleng melihat telatah cik mudanya.
Geram dengan layanan dingin Jay membuatkan Beryl ingin menjauh dari lelaki itu. Namun dia tahu lelaki itu pasti akan dapat menjumpainya walau ke manapun dia pergi.
Ketika Beryl sibuk mengomel sendirian, tiba-tiba dia terdengar sayup-sayup suara seseorang menyapanya dari kejauhan. Beryl tidak mengenali orang itu pada mulanya sehinggalah sosok itu mendekat.
"Hey,Beryl," sapa lelaki yang mendekatinya. Orangnya berwajah tampan dengan kulit yang sedikit gelap.
"Hi Adam. Buat apa kat sini?" Beryl mengukir senyuman setelah mengenali sahabat sekampusnya itu.
"Saya yang patut tanya awak soalan tu. Awak buat apa ke sini?"
"Oh,saya cuma jalan-jalan nak ambil angin petang."
"Awak seorang je?"
"Taklah. With my bodyguard."
Beryl menunjuk ke arah Jay yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka. Adam menoleh melihat ke arah Jay. Jay memandang keduanya dengan pandangan yang sukar ditafsir ertinya.
"Oh,baguslah ada yang temankan awak. Tak elok juga keluar bersendirian petang macam ni."
"You know I can't always be on my own."
Adam tergelak mendengarnya kerana dia tahu benar Beryl tak akan pernah dibenarkan keluar rumah seorang diri.
"Kenapa ketawa? Seronok lah tengok saya menderita."
Gadis itu mencebik geram.
"Taklah. Cuma lucu saja sebab awak dijaga ketat macam permata." Lelaki itu tertawa perlahan.
"Perli lah tu." Kedua-duanya tertawa lepas. Mereka berbual-bual seketika sambil bergurau-senda.
Jay melihat aksi mesra di antara kedua manusia itu. Matanya tajam memandang lelaki di sisi cik mudanya. Tiba-tiba tangannya dikepal erat.
Beryl tidak menyedari kehadiran Jay di sebelahnya kerana terlalu asyik berbual dengan Adam.
"It's time to go home now,my lady. It's getting late." Suara keras Jay menghentikan perbualan keduanya. Beryl tidak menyedari langsung riak muka ketat bodyguardnya.
"Alright Adam. I gotta go. See you in class tomorrow." Beryl mengakhiri perbualan mereka sambil tersenyum.
"Alright,see you tomorrow." Adam membalas senyuman gadis itu. Kemudian mereka berpamitan pulang.
Ketika hendak masuk ke dalam kereta,Jay menahan Beryl yang hendak duduk di belakang.
"Duduk di depan," arah Jay seraya membuka pintu di sebelah duduk pemandu. Beryl pelik kenapa Jay tiba-tiba memintanya duduk di hadapan.
Enggan bersoal-jawab,dia akur sahaja pada arahan bodyguardnya itu. Dia tahu benar sikap Jay yang tidak suka ditanya soalan. Jay menutup pintu kereta setelah cik mudanya masuk. Kemudian dia turut masuk namun tidak segera menghidupkan enjin.
"Who was that guy?" Suaranya datar dan terkawal.
"You mean Adam? We're in the same faculty," jawab Beryl tenang.
"You seems fond of him."
Jay memegang stereng kereta dengan kuat. Tanpa sedar emosinya berubah namun dia mengawalnya dengan baik.
"What? What do you mean? It's just that he's kind and friendly. That's all."
"Just because everyone treats you the way you wanted,doesn't mean they're genuinely kind."
Beryl mendengus mendengar kata-kata yang meluncur keluar dari bibir itu. Dia menoleh memandang wajah Jay dengan rasa tidak puas hati.
"What is wrong with you,Jay? Seriously? Why would you always judged someone based on how they look but you don't seem to see their true side? What is your problem? You know nothing at all."
Beryl melampiaskan kemarahan di hatinya. Matanya memandang tajam ke dalam mata indah lelaki itu,mencuba menyelami isi hatinya namun dia tidak menemui apa-apa pun.
Hanya pandangan kesal dan marah yang menyapa pandangannya. Secara tiba-tiba Jay mendekatkan tubuhnya ke arah Beryl membuatkan gadis itu tersandar hingga ke sisi kereta.
Dadanya berdebar kencang kerana belum bersedia dengan aksi spontan lelaki itu. Jay terlalu dekat sehingga dia dapat menghidu aroma cologne dari tubuhnya.
Beryl sempat menangkap pandangan tajam mata lelaki itu menyapu wajahnya yang mulus. Dadanya terasa sesak dengan perilaku lelaki itu yang tidak dapat dijangka. Dia dapat merasakan sendiri detak jantungnya yang tidak normal.
Seketika dia seperti terlupa hendak bernafas. Jay melihat cik mudanya yang kelihatan terkebil-kebil memandangnya. Mata amber cik mudanya seakan memukau dirinya untuk terus mendekati gadis itu.
Tanpa sedar Jay menghulurkan jemarinya merapikan rambut gadis itu yang menutupi sedikit wajahnya. Lelaki itu seakan menikmatinya saat jarinya yang kasar bersentuhan dengan kulit mulus cik mudanya.
Beryl menahan nafas ketika merasakan sentuhan lembut di pelipisnya. Matanya terpejam rapat, tidak berupaya hendak bergerak.
Melihat gadis itu yang memejamkan matanya, membuatkan Jay dapat melihat dengan jelas betapa lentik dan panjangnya bulu mata gadis itu tanpa sebarang solekan.
Seketika Jay memuji kecantikan semulajadi cik mudanya. Dia dapat mendengar dengan jelas bagaimana lajunya detak jantung gadis itu kerana suasana parkir petang itu yang telah lengang dan sunyi.
Entah kenapa dia merasa seronok dapat membuatkan gadis itu tidak keruan dengan perilakunya yang tidak dapat diduga sama sekali. Beryl mencuba bernafas seperti biasa tapi sentuhan lelaki itu seakan mampu melumpuhkan seluruh sistem sarafnya.
Pandangan lelaki itu seperti mampu menembusi jantungnya yang dengan mudah dapat diperkotak-katikkan oleh Jay hanya dengan sentuhan kecil darinya.
Kasihan melihat cik mudanya yang sudah tidak dapat mengatur nafasnya dengan betul membuatkan Jay menghentikan perbuatannya. Sebaliknya dia menarik seat belt di sebelah gadis itu lalu memasangnya dengan baik.
"Please put on your seat belt,my lady."
Jay kembali memfokuskan pandangannya ke hadapan lalu mulai memandu setelah memasang seat belt untuk dirinya sendiri.
Beryl mencuba menutupi kegugupannya dengan membuang pandang ke luar,malu hendak menatap wajah tampan di sebelahnya. Dia mengutuk diri sendiri kerana membiarkan dirinya hanyut dalam perasaan sebentar tadi.
Entah apa yang merasukinya sehingga dia membiarkan lelaki itu menyentuhnya. Seketika dia menyesali perbuatannya yang dengan mudahnya terleka dengan perilaku mengejut lelaki itu.
Jay memandang sekilas cik mudanya yang senyap sedari tadi. Dia dapat melihat dari sisi wajah dan telinga gadis itu memerah.
Dia sekadar senyum sinis lalu kembali fokus memandu sehingga mereka tiba di pekarangan mansion. Kepulangan mereka disambut oleh Tuan Ivan dan Puan Rosy yang nyata menanti mereka.
"Kenapa lambat balik? Kamu berdua ke mana sepanjang hari?" Nada risau sang ibu menyambut kepulangan keduanya.
"Kami pergi shopping lah mommy," jawab Beryl sambil memeluk ibunya manja.
"Shopping apa?Buku lagi?" tanya Puan Rosy seraya mengelus rambut anak gadisnya itu.
Beryl angguk kecil sambil tersenyum. Tuan Ivan dan Puan Rosy sudah faham benar dengan minat anak gadis kesayangan mereka itu,tak lain tak bukan iaitu novel.
"Baguslah kamu berdua sudah pulang. Mommy risau sebab seharian kamu berdua keluar."
"Kenapa nak risau mommy? Beryl bukannya keluar sendirian pun."
"Itulah yang daddy bagitau pada mommy tadi. Nak risau apa kalau ada Jay yang jaga puteri daddy ni. Daddy percaya yang Jay dapat jaga puteri daddy dengan baik."
Tuan Ivan menepuk bahu lelaki muda itu dengan senyuman di wajah.
Jay tersenyum senang melihat betapa Tuan Ivan begitu meletakkan kepercayaan yang tinggi padanya untuk menjaga dan melindungi anak kesayangannya itu.
Beryl terpana melihat senyuman yang terukir di kedua ulas bibir itu. Inilah kali pertama dia melihat senyuman di wajah tampan itu.
'Tak sangka pandai jugak dia senyum,' bisik hati gadis itu.
"Terima kasih Tuan Ivan kerana telah percayakan saya. Saya pasti akan menjaga Cik Beryl dengan baik."
"Anggaplah kami seperti keluarga kamu sendiri. Tak perlu canggung atau segan pada kami. Kalau ada apa-apa yang kamu perlukan,katakan saja. Kami sedia bantu dari segi apapun." Puan Rosy memegang tangan Jay dengan lembut.
Jay merasakan betapa hangatnya sentuhan keibuan dari wanita itu. Perasaan hangat yang tidak pernah dirasainya terasa menjalar ke segenap tubuhnya.
Dia merasa tenang saat mengetahui bahawa kehadirannya diterima dengan tangan terbuka di rumah mewah ini sebagai keluarga dan bukannya pekerja semata-mata.
"Terima kasih Puan Rosy dan Tuan Ivan atas kemurahan hati anda menerima saya bekerja di sini."
"Tak perlulah terlalu formal anak muda. Panggil saja kami daddy and mommy. Kamu sudah seperti anak bagi kami."
Tuan Ivan menepuk-nepuk bahu Jay dengan lembut. Senyumannya tidak lekang dari bibir.
Jay kelihatan agak canggung dengan sifat keterbukaan keluarga itu,satu hal yang tidak pernah dia dapati di mana-manapun selama ini. Dia berasa bertuah kerana berjumpa dengan keluarga baik seperti mereka.
"Baiklah." Jay angguk sedikit sebagai tanda hormat.
"Pergilah mandi dulu lepas tu kita makan bersama."
Puan Rosy menepuk mesra belakang Jay. Jay sekadar angguk kecil lalu melangkah ke arah biliknya di tingkat atas yang terletak bertentangan dengan bilik cik mudanya. Beryl melangkah lambat-lambat di belakangnya.
Puan Rosy dan Tuan Ivan memandang Beryl dan Jay yang telah masuk ke bilik masing-masing.
"Harap anak kita tak menyusahkan Jay. Awak pun tau macam mana manjanya anak kesayangan awak tu. Takut nanti Jay kelelahan melayan kerenah dia," ujar Puan Rosy.
Tuan Ivan sekadar tertawa mendengar kata-kata isterinya.
"Awak tak perlu risau lah.Pandai lah Jay jaga dan lindungi dia. Jay bukanlah orang yang mudah melatah kalau sekadar menghadap keletah anak kita tu. Jay orangnya matang dan berfikiran tegas. Ada baiknya juga dia jaga Beryl."
"Betul juga tu. Jay benar-benar boleh dipercayai. Saya lega ada orang yang boleh dipercayai melindungi anak kita. Taklah saya terlalu risaukan anak kita tu bila keluar rumah."
"Eh,baru tadi awak gelabah macam apa bila anak awak seharian keluar rumah. Dah macam kucing lepas beranak." Tuan Ivan mengusik isterinya.
Puan Rosy menampar lengan suaminya perlahan.
"Tentulah saya risau. Dia anak gadis kita."
"Awak janganlah banyak fikir. Jay can be trusted. Just leave it to him."
Tuan Ivan merangkul bahu isterinya. Puan Rosy tersenyum mendengar kata-kata suaminya. Keduanya melangkah ke dapur bersama,melihat para maids mereka sedang menghidangkan makan malam.
Beberapa minit kemudian,Jay keluar dari biliknya setelah selesai membersihkan diri. Dia mengenakan seluar panjang berwarna biru gelap dan baju lengan pendek berwarna hijau muda.
Tubuhnya yang berotot jelas kelihatan tercetak di bajunya yang ketat. Jay melangkah menuruni tangga. Bunyi langkah kakinya hampir tidak kedengaran. Saat dia melangkah di anak tangga yang ke ketiga, terdengar bunyi pintu bilik cik mudanya dibuka kemudian ditutup.