webnovel

Cinta Untuk Dijual

PAID VERSION DAPATKAN DI NOVELPLUS Sabrina Pearl 28 tahun, sejak dibuang oleh ayahnya selepas lelaki itu berkahwin buat kali kedua, ibu kandung Sabrina ditinggalkan dalam keadaan gantung tidak bertali sehingga tidak sedarkan diri kerana sakit. Sabrina bekerja keras demi kelangsungan hidup, Sabrina memutuskan pertalian hubungan dengan ayah kandungnya selama 12 tahun sejak dia berusia 14 tahun. Sabrina tidak lagi ambil kisah lagi soal hidup ayahnya itu. Suatu hari, Sabrina didatangi oleh ayahnya sewaktu Sabrina terdesak memerlukan wang untuk pembiayaan ibunya. Dan ayah Sabrina datang bukan dengan niat hendak melawat. Lelaki itu hanya datang memegang gelaran seorang ayah di atas kertas dan membawa satu perjanjian. Perjanjian yang membuatkan Sabrina terpikat terpenjara. Seperti Rapunzel yang dikurung dalam menara, menunggu Prince Charming datang menyelamatkannya, dapat ke Sabrina bebaskan diri dari kekangan ayahnya yang menggunakan ibu Sabrina sebagai cagaran untuk permainan lelaki itu. Tanpa diduga Mr. Arrogant yang dia temui gara-gara kemalangan kereta yang tidak disengajakan itu,adalah klien yang Sabrina perlu kendalikan. "Awak tahu, mata tu digunakan untuk pandang bukan sebagai perhiasan dekat muka cantik awak tu je. Sebab tu mata dicipta dekat muka bukan dekat kaki..."beritahu Arden. "Dan awak tahu otak tu diberi untuk berfikir bukan untuk disimpan. Sebab itu ada pepatah kata, fikir dulu sebelum bercakap?"sabar Sabrina menipis bila lama-lama menghadap Mr. Arrogant depannya itu. Ibarat air dan minyak, bagaimana pengakhiran kisah Sabrina bersama Arden nanti? Nak tahu lebih lanjut mari la baca Love For Sale!

TintaHitamTanpaAra · Urbain
Pas assez d’évaluations
6 Chs

Bab 4

        "200k?Itu kos pembedahan ibu kau?"

Sabrina mengangguk dengan senyuman.

         Derek menggeleng kepala seolah tidak terkata. "Banyak tu...kau ada duit tak untuk tu?"Matanya tajam menikam memerhatikan Sabrina. "Bukan ke beberapa bulan lepas kau buat pembayaran untuk ubat-ubatan dia?"ujar Derek lagi.

         Sabrina mengerutkan dahinya. Dia sedia maklum mengenai hal itu. Jangan ditanya lagi ada ke tidak. Jelas-jelas la dia tiada modal untuk kos pembedahan ibunya. "Sebab itu aku datang jumpa kau..."

Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam sewaktu Sabrina tiba di kedai Derek. Ingin berbual dan meluahkan isi hatinya kepada rakan baik dia ini.

          "Kau perlukan duit?Kalau kau nak aku boleh pinjamkan dekat kau. Bayar kemudian pun tak apa.."cadang Derek tidak berfikir panjang. Derek sudah menjadi sebahagian hidup susah senang Sabrina selama ini. Dan lelaki ini telah banyak mengetahui liku-liku yang dihadapi oleh Sabrina sepanjang perkenalan mereka. Jadi dia memang tidak akan ragu-ragu hendak menghulurkan bantuan.

Kali ini Sabrina menggeleng.

         "Tak payah. Kau dah banyak tolong aku. Hutang aku dengan kau tempoh hari pun belum terlunas-lunas sehingga sekarang..jangan tambahkan lagi. Aku serba salah dengan kau.."tolak Sabrina serta merta.

         "Ah!Peduli la aku. Kau ni macam tak biasa pulak dengan aku ni. Bukan sehari dua kita berkenalan Sab...hampir seumur hidup dah. Nak serba salah apa pulak. Ibu kau tu dah macam ibu aku sendiri. Kalau kau betul-betul perlukan wang tu, aku akan bank in terus ke akaun kau. Untuk operate ibu kau nanti."

          "Eh..kau jangan nak mengada-ngada. Aku kata tak payah maknanya tak payah. Kau bank in, aku bank out balik.."balas Sabrina.

          "Habis tu kau nak cari duit macam mana untuk pembedahan ibu kau tu?"

Sabrina merenung wajah temanya itu.Derek Stone, 29 tahun. Rakan baik sejak sekolah rendah Sabrina. Yang dikenali melalui pertemanan ibubapa mereka suatu masa dahulu sewaktu kecil. Kebetulan waktu itu mereka tinggal berjiran. Sehingga sekarang Derek berkawan dengan Sabrina. Menjadi rumah kedua Sabrina setiap kali Sabrina memerlukan seseorang di sisi. Derek merupakan tuan punya kafe dan bakeri tempat Sabrina selalu singgah beli sarapannya. Dan lelaki ini juga merupakan seorang peguam yang bekerja di sebuah firma peguaman terkenal.

         "Tahu la aku nak selesaikannya. Aku datang cuma nak cerita dengan kau aje...bukan selalu dapat jumpa kau masa tengah free dari handle kes..takkan setiap kali tengok muka aku kau terus fikir pasal duit je."duganya terasa hati.

         Derek menepuk dahinya. "Aduh kau ni...bukan itu maksud aku. Kau boleh datang bila-bila masa nak jumpa aku. Tapi masalahnya dekat sini kalau dah degilnya datang...cakap apapun memang tak jalan dengan kau ni...Kalau kau susah nak aku tolong aku boleh tolong...tak ada nak berkita bagai.."

Sabrina mendengus.

          Derek di meja itu pandang hadapan dimana Sabrina duduk. "Ayah kau ada hubungi kau tak??"

          Entah. Dia tidak peduli untuk ambil tahu. Entah hidup entah mati, dia tidak tahu. Lelaki itu sama sekali melupakan mereka di sini. "Tak."jawab Sabrina.

          "Aku ada buat siasatan sikit tentang keberadaan ayah kau. Kalau kau nak aku boleh berikan maklumat peribadi dia kepada kau untuk kau temui dia..kau nak?"

Wah!

Untuk apa kalau dia temui ayahnya itu.

Entah-entah lelaki itu enggan menemui dia. Paling teruk, ayahnya pasti tidak akan ingat yang lelaki itu ada anak perempuan.

 

           "Aku tak tahu Derek...kalau aku hubungi dia...kau nak aku cakap apa pada dia?12 tahun dah...aku pun hampir lupa yang aku ni ada seorang ayah.."Sabrina melemparkan pandangan ke luar cermin kafe. Melihat kawasan laluan pejalan kaki dan jalan raya yang masih sibuk dengan lalu lintas dan orang ramai malam itu.

           "Sekurang-kurangnya kau cuba la cari.."

 

           "Buat aku macam terdesak?Merangkak kepada lelaki yang sanggup tinggal keluarga sendiri untuk seorang perampas?Aku rasa tak kut.."beritahu Sabrina semasa mencapai gelas berisi air kosong di depannya lalu disisip sedikit. Seusai itu dia kembali memandang keluar cermin.

Sementara Derek diam memandang wajah penuh masalah Sabrina dengan perasaan simpati dan kasihan. Dia masak dengan sikap Sabrina. Diam Wanita ini diam yang penuh dengan masalah. Bukan tidak cuba dibantu, tapi enggan dibantu. Hendak dia bagaimana lagi?Sabrina sendiri orangnya pantang mengalah.

          "Selagi aku boleh uruskan hidup aku dan ibu aku...selagi tu aku akan lakukannya sendiri...tanpa ayah aku atau tidak.."lafaz Sabrina saat termenung.

Derek tidak mengatakan apa-apa selepas itu. Dia hanya mengangguk kepala faham. Terpulang pada Sabrina...dia ada di sini sekiranya Sabrina memerlukan seseorang.