webnovel

Cinta Untuk Dijual

PAID VERSION DAPATKAN DI NOVELPLUS Sabrina Pearl 28 tahun, sejak dibuang oleh ayahnya selepas lelaki itu berkahwin buat kali kedua, ibu kandung Sabrina ditinggalkan dalam keadaan gantung tidak bertali sehingga tidak sedarkan diri kerana sakit. Sabrina bekerja keras demi kelangsungan hidup, Sabrina memutuskan pertalian hubungan dengan ayah kandungnya selama 12 tahun sejak dia berusia 14 tahun. Sabrina tidak lagi ambil kisah lagi soal hidup ayahnya itu. Suatu hari, Sabrina didatangi oleh ayahnya sewaktu Sabrina terdesak memerlukan wang untuk pembiayaan ibunya. Dan ayah Sabrina datang bukan dengan niat hendak melawat. Lelaki itu hanya datang memegang gelaran seorang ayah di atas kertas dan membawa satu perjanjian. Perjanjian yang membuatkan Sabrina terpikat terpenjara. Seperti Rapunzel yang dikurung dalam menara, menunggu Prince Charming datang menyelamatkannya, dapat ke Sabrina bebaskan diri dari kekangan ayahnya yang menggunakan ibu Sabrina sebagai cagaran untuk permainan lelaki itu. Tanpa diduga Mr. Arrogant yang dia temui gara-gara kemalangan kereta yang tidak disengajakan itu,adalah klien yang Sabrina perlu kendalikan. "Awak tahu, mata tu digunakan untuk pandang bukan sebagai perhiasan dekat muka cantik awak tu je. Sebab tu mata dicipta dekat muka bukan dekat kaki..."beritahu Arden. "Dan awak tahu otak tu diberi untuk berfikir bukan untuk disimpan. Sebab itu ada pepatah kata, fikir dulu sebelum bercakap?"sabar Sabrina menipis bila lama-lama menghadap Mr. Arrogant depannya itu. Ibarat air dan minyak, bagaimana pengakhiran kisah Sabrina bersama Arden nanti? Nak tahu lebih lanjut mari la baca Love For Sale!

TintaHitamTanpaAra · Urbain
Pas assez d’évaluations
6 Chs

Bab 2

Kerusi ditarik sebelum punggungnya dihenyak ke atas kerusi. Beg tangan dan plastik berisi makanan tadi diletak elok atas almari sebelah katil meletakkan beg tangan di atas katil sebelah badan ibunya.

"Hai ibu...maaf la hari ni Sabrina lupa hari lahir ibu....sekali lagi."tuturnya perlahan semasa capai tangan yang ada di atas perut. Dia genggam lembut. "Maria yang ingatkan kalau tidak saya sendiri tak ingat..."senyumnya selepas itu.

Wajah Puan Elizabeth Faye masih sama sejak empat tahun yang lalu selepas jatuh koma akibat pembedahan untuk membuang tumor. Kalau bukan disebabkan pembedahan yang dijalankan ibunya tidak akan dalam keadaan begini. Mata terbuka tetapi tidak bergerak. Diam hanya kaku di situ seperti patung.

Selama 12 tahun Sabrina harungi pelbagai dugaan dan ujian di dalam hidupnya sejak ayahnya berkahwin dengan Wanita simpanan lelaki itu. Selama itu tidak pernah sekalipun lelaki tersebut menjenguk atau bertanya khabar. Sampaikan Sabrina merasakan dia ini anak Yatim tanpa ayah dan enggan mempercayai dia mempunyai seorang ayah. Cubalah bayangkan, pada usia dia 16 tahun, dia dapat tahu ayahnya bersama dengan perempuan lain semasa masih bersama dengan ibunya. Paling parahnya hubungan ayah dia dengan perempuan simpanan itu sudah terjalin hampir berbelas tahun lamanya. Namun yang hairannya, ayahnya tidak pernah menceraikan ibunya dan ibunya juga enggan menceraikan lelaki tidak guna itu.

Akhirnya, ibunya jatuh sakit dan mereka dibiarkan gantung tidak bertali sehingga ke hari ini. Duit makan, duit perubatan semuanya datang dari Sabrina.

Bukan merungut atau mengeluh, cuma kesal.

Awalnya mereka keluarga bahagia, Namun disebabkan orang ketiga hancur musnah kehidupan yang dibina.

Klik~!

Tidak semena pintu bilik terbuka. Doktor bertugas yang merawat ibu Sabrina berjalan masuk. Wanita bersanggul tersebut terus menyapa.

          "Hai Sabrina.."

Kepala Sabrina ikut tersentak ke arah pintu. Bila saja dia bertentang mata dengan Doktor Gina, senyuman nipis terukir di bibir.

          "Oh. Doktor Gina. Selamat siang.." sapanya semasa bangun.

          "Awak datang awal hari ni nak sambut hari lahir Puan Elizabeth?" papan carta di hujung katil Doktor Gona ambil. "Saya dapat tahu dari nurse bertugas mengenai hari special beliau..."

Air muka Sabrina menjadi mendung selepas dengar. Hari ini genap umur ibunya yang ke 58 tahun, tapi buat kali ke 12 ayahnya tidak menjenguk mereka.

         "Ya.."

        "Kalau begitu saya mahu minta maaf terlebih dahulu dengan awak. Bukan niat saya hendak rosakkan mood awak..cuma ianya hal penting."

         "Kenapa doktor?Adakah ia mengenai keadaan ibu saya?"

Doktor Gina menarik nafas panjang lalu berkata.

         "Medical check up semalam beritahu keputusan yang kurang memberansangkan. Cecair di dalam otak ibu awak semakin serius. Jadi kami perlu jalani pembedahan untuk menebuk tengkorak ibu awak dan mengeluarkan cecaira tersebut...sekiranya dilengahkan saya risau ianya akan membawa kepada perkara yang tidak sepatutnya..."

Nafas Sabrina tertahan. Mata kirinya berdenyut tidak semena. Makluman itu cukup untuk buatkan darahnya berderau deras!

        "Berapa kos pembedahan tu?" dia tidak mempunyai banyak wang lagi, kebanyakan insurans dia telahpun digunakan sepenuhnya untuk kos perbelanjaan hospital ibunya. Pinjaman yang dia ambil pun belum dibayar penuh dengan pihak bank. Sabrina konflik.

        "200k termasuk ubat-ubatan dan mesin sokongan selepas pembedahan itu."

Drop terus tekanan darah bila dengar.

Tak pasal-pasal kepala dia pening hendak pitam.

Banyaknya!

Mana dia nak cari wang sebanyak tu?

Dia sendiri bekerja beri upah dekat orang. Manalah dia simpan wang sebanyak tu.

        "Baik...saya akan pertimbangkannya." angguk Sabrina dengan lemah.

        "Jangan lama-lama ya.."pesan Doktor Gina saat tunduk memeriksa tiub iv yang terpasang pada tangan Puan Elizabeth. Selepas yakin semuanya lengkap sempurna dia catit waktu pemeriksaan dan tandatangan carta perubatan tadi.

Tidak lama selepas Doktor Gina buat pemeriksaan, wanita itu berjalan keluar. Meninggalkan Sabrina sendirian di situ.

         "Ibu..."panggil Sabrina dengan renungan terkilan. Dia tunduk memandang wajah Puan Elizabeth dalam-dalam. "Semangat ya!Tunggu Sabrina cari jalan untuk sembuhkan ibu...Sabrina janji...ibu akan sembuh." lafaznya perlahan sebelum tunduk mengucup dahi itu dengan lama.