Selina berlari anak menyeberangi jalan raya cuba untuk mengelakkan dirinya daripada basah kuyup dek hujan yang semakin lebat. Hari ini dia terpaksa balik ke rumah dengan menaiki bas kerana Pn.Amily terpaksa ke lapangan terbang untuk menghantar papanya ke Perth lagi. Orange pula balik lewat kerana menyiapkan tugasan di perpustakaan bersama Noah. Dia pula tidak mahu balik lewat kerana mahu berehat di rumah selepas penat dengan perjumpaan kokurikulum hari ini.
Pon! Pon!
Selina hampir terlompat di perhentian bas kerana terkejut mendengar bunyi hon tersebut. Dia menyumpah-nyumpah di dalam hati, suka hati sahaja menyebabkan dia terkejut. Kemudian dia tersenyum lebar melihat pemilik kereta tersebut sambil berlari anak kearah kereta yang berhenti betul-betul di hadapan perhentian bas tersebut. Tanpa was-was dia masuk ke dalam kereta sambil membetulkan rambutnya yang kusut-masai ditiup angin.
"Thank you, tumpangkan saya." Ujar Selina kemudian memasang tali pinggang keledar. Kereta tersebut kemudiannya meluncur laju meninggalkan kawasan sekolah.
********
Pn. Amily mundar-mandir di ruang tamunya, sekejap ke hulu dan sekejap lagi ke hilir. Wajahnya penuh dengan kerisauan, tidak ada secalit senyum pun yang terukir. Orange yang sedang duduk di sofa juga kelihatan tidak tenteram, sesekali dia melihat skrin telefon bimbitnya. Tangannya menggeletar kerana terlalu risau dan gementar. Dia tidak tahu apa yang perlu dia fikirkan saat itu, fikirannya butuh.
"Selamat petang, Orange..."
Satu suara memanggil namanya di pintu utama. Orange dan mamanya saling berpandangan, kemudian Orange cepat-cepat ke pintu utama dan membukanya.
Pn.Thalia tersenyum manis sambil memeluk Orange dan masuk ke dalam rumah. Kelihatan dibelakangnya ialah Noah, Orange hanya tersenyum tawar mempersilakan Noah masuk.
"Amily?"
Ujar Pn.Thalia apabila melihat Pn.Amily yang masih mundar mandir. Dia berhenti seketika mengamati wanita yang sedang berdiri di hadapannya kemudian satu senyuman terukir di wajahnya.
"Thalia." Dia menjawab kemudian segera memeluk wanita tersebut. Dia tidak menyangka yang dia akan bertemu lagi dengan rakan lamanya itu.
"How are you? Setelah lama tidak bertemu, akhirnya kita bertemu hari ini dalam keadaan begini." ujar Pn.Amily sambil mengesat air matanya yang sudah bertakung di kelopak mata.
"I'm fine...don't be sad. Everything will be okay. Sabar, okay. Kamu sudah laporkan kepada polis ke tentang hal ini?" Pn.Thalia bertanya, Pn.Amily mengangguk lemah.
Petang tadi apabila Orange balik dari sekolah, mamanya hairan kerana Selina tidak balik bersama dengannya. Dia ingatkan anak bongsunya itu balik bersama-sama Orange kerana sewaktu dia datang ke rumah, tidak kelihatan bayang-bayang Selina. Namun, dia masih berfikiran positif yang Selina akhirnya mengambil keputusan untuk balik bersama kakaknya itu. Dia mulai tidak sedap hati apabila Orange cuba menghubungi telefon bimbitnya berkali-kali tetapi tidak berjawab. Pelbagai kemungkinan muncul di fikirannya.
Ini bukan kali pertama dia membiarkan Selina balik sendiri tanpa dijemput, lagi pun dia bukan lagi budak kecil untuk tidak tahu menaiki bas. Kalau dikira darjah kematangan, Selina lebih matang berbanding Orange dan lebih pandai menjaga diri. Namun, kali ini dia benar-benar risau dengan anaknya itu. Selina tidak pernah mengabaikan panggilan tanpa tidak disambut.
Hujan yang turun semakin lebat, menyebabkan keadaan lebih gelap padahal jam baru menunjukkan jam6.00 petang.
"What the police said?" Noah bertanya kepada Orange yang duduk di sebelahnya. Pn.Thalia dan Pn.Amily pula sedang berbual di ruang makan dapur.
"They said, we need to wait till 24hours. Manalah tahu dia keluar dengan rakan-rakan tapi saya sangat pasti yang Selina tidak keluar bersama rakan-rakannya. Mama sudah hubungi teman-teman rapatnya tapi semua sudah pulang ke rumah masing-masing. They said that Selina going home right after school today." Orange menyandarkan tubuhnya ke sofa sambil mengurut-ngurut kepalanya yang mulai diserang sakit kepala. Perasaan menyesal juga timbul dalam hatinya tiba-tiba, dia terbayang wajah kecewa Selina apabila dia memberitahu adiknya itu yang dia akan balik lewat untuk membuat tugasan. Kenapalah banyak-banyak hari, hari ini juga dia membawa Noah agar stay back untuk menyiapkan tugasan.
"Don't worry, she'll be okay. Awak sudah try call dia lagi? Manalah tahu, tadi dia sibuk shopping atau membawang. Awak faham-faham sajalah kalau kaum hawa sudah mulai kupas bawang." Ujar Noah sambil tersengih-sengih cuba untuk menyedapkan hati Orange.
"Awak nak kata yang perempuan nie kuat membawanglah? Am i one of them?" Orange menjawab sambil menjegilkan matanya memandang lelaki tersebut.
"Well, if you are a woman then you're one of them."
Pantas Orange mencapai lengan lelaki tersebut untuk mencubitnya tetapi Noah lebih pantas mengelak.
"Stop! Jangan nak cubit-cubit boleh tak. Sakit okay..." Noah menjarakkan dirinya, manalah tahu Orange akan mencuba lagi mencubit lengannya. Walaupun tangannya agak sasa tapi sakit juga jika dicubit.
"Awak tak nampak ke saya tengah risau? Boleh pula awak buat lawak bodoh lagi...kena cubit tahu pula sakit." Orange membebel. Noah mengabaikannya kemudian mulai bermain dengan telefon bimbitnya.
"Try to call her again..." Hanya itu sahaja yang dia katakan.
Orange mencebik kemudian pantas mendail nombor Selina sekali lagi. Namun, kali ini panggilannya sudah tidak dapat disambungkan. Sama ada telefon bimbit Selina kehabisan cas bateri atau ditutup. Dia menoleh kearah Noah pantas, perasaan gementar dan takut datang bertandang kembali. Dia tidak dapat mencari kata-kata untuk memberitahu Noah. What if something happen with her little sister?
"Why?" Noah yang menyedari Orange senyap tiba-tiba merenung gadis tersebut.
"Phone Selina tidak dapat dihubungi. Tadi sewaktu mama yang call masih boleh dihubungi. Apa yang saya perlu lakukan sekarang?" Suara Orange bergetar hampir mahu menangis. Fikirannya kini benar-benar butuh. God, please help me. Jagakan Selina untuk kami, janganlah ada apa-apa yang terjadi kepadanya. Dia berdoa di dalam hati.
"Cuba berikan saya nombor telefon Selina. Manalah tahu, phone awak kehabisan kredit." Noah cuba menenangkan hati Orange.
Setelah mendapatkan nombor telefon Selina, Noah cuba menghubunginya tetapi mengalami nasib yang sama. Orange memandangnya penuh harapan, berharap yang tekaan Noah adalah tepat iaitu dia kehabisan kredit.
Noah menggeleng kemudian mencuba lagi. Masih sama.
"Mama! Phone Selina tidak dapat dihubungi!" Ujar Orange kuat kemudian air matanya mulai mengalir. Pn.Amily dan Pn.Thalia yang berada di dapur bergegas keluar.
"What Orange? Phone siapa yang tidak dapat dihubungi?" Pn.Amily bertanya resah. Melihat Orange yang sudah mulai bercucuran air matanya cepat-cepat dia memeluk anak gadisnya itu.
"Don't cry my dear. Selina tidak akan apa-apa. Mama percaya dia dalam keadaan baik-baik sahaja. Kejap lagi baliklah dia tue." Pn.Amily cuba untuk menenangkan Orange walaupun dia sendiri hampir mahu menangis bersama tapi dia tahu dia perlu kuat supaya Orange juga kuat. Shes a strong mother.
Pn.Thalia dan Noah saling berpandangan, mereka tahu kedua beranak tersebut sedang risaukan Selina. Tambahan lagi, En.Philip tidak berada di Malaysia sekarang. Kapalnya juga belum mendarat, kerana dari Sabah ke Kuala Lumpur sudah mengambil masa selama 2 jam setengah dan dari Kuala Lumpur ke Perth mengambil masa lebih kurang 5 jam. Jadual penerbangannya dari Kuala Lumpur baru saja berlepas pada jam 2.30 petang tadi ada lagi sejam setengah barulah dia akan mendarat di Lapangan Terbang Perth.
"Don't worry, Orange. Selina tidak akan apa-apa." Ujar Pn.Thalia sambil membelai lembut kepala gadis tersebut.
"Lets go to Police Station. Mana boleh tunggu sehingga 24jam, kalau benar-benar ada apa-apa yang terjadi kepada Selina. Kita tidak boleh membazir masa walau seminit pun." Noah yang melihat keadaan dua beranak tersebut semakin tidak keruan. Dia risaukan keadaan Orange.
"I'll go with you. Mama and auntie stay di rumah sahaja. Kalau Selina balik, call us as soon as possible." Orange dengan pantas menawarkan diri sambil meleraikan pelukan mamanya dan mengesat air matanya. Noah merenungnya lama.
"Awak pasti, awak boleh melakukannya Orange? Biar mama yang pergi dengan Thalia, awak stay di rumah dengan Noah." Pn.Amily kurang percaya dengan keadaan Orange. Orange menggeleng laju.
"No, mama. Biar Orange dan Noah sahaja yang pergi. I'm fine, don't worry. Lagi pun, Orange ada Noah."
Noah berpura-pura memeriksa telefon bimbitnya, pipinya merona merah mendengar kata-kata Orange. Orange ada Noah. Okay, dia hampir mengukir senyum lebar mendengar kata-kata Orange. Dia gembira kerana gadis itu rupanya percaya dengan dirinya.
"Amily, betul kata Orange itu. Biarkan mereka yang pergi ke balai polis dan kita tunggu di rumah. Jika ada apa-apa masalah jangan lupa untuk menghubungi kami dan Noah, hati-hati membawa kereta. Sudahlah hujan turun dengan lebat. Jaga Orange betul-betul. Jangan tinggalkan dia." Ujar Pn.Thalia panjang lebar. Noah mengangguk faham.
"Okay, mama will stay but be careful Orange, Noah tolong auntie jaga Orange baik-baik tau."
Noah tersenyum sambil menoleh memandang Orange.
"Saya naik ke atas dahulu sekejap, i need to bring my wallet." Kata Orange sambil berlari anak menaiki anak tangga ke biliknya.
"Noah, tengok-tengokkan Orange tau. Dia nampak di luar sahaja kuat tapi dia lemah sebenarnya. Auntie risau dia boleh pengsan bila-bila masa bila sudah terlalu menyimpan perasaan. Jangan pergi jauh dari dia, okay." Pn.Amily berpesan lagi.
"Okay, auntie. Auntie jangan risau. Saya akan jaga Orange baik-baik. Auntie and mama pun jangan terlalu mengikut perasaan, okay. Try to chill out." Noah juga memberikan pesanan. Pn.Amily tersenyum kemudian memandang Pn.Thalia.
"Banyak benda yang kami mahu bualkan. Semoga boleh mengalihkan sedikit perhatian kami supaya tidak terlalu risau."
Noah menghela nafas berat. Kenapalah perkara begini boleh terjadi dengan keluarg Orange. Dia juga sebenarnya bingung kerana Selina tiba-tiba tidak dapat dihubungi. Perkara ini membuatkan dia teringat kembali kepada Leon, semoga tidak ada apa-apa yang buruk akan terjadi. Noah cuba untuk mempositifkan dirinya. Dia tidak mahu kelihatan lemah di sisi Orange kerana dia perlu melindungi gadis tersebut.
"I'm ready to go..."
Pn.Amily memeluk Orange erat kemudian mengucup dahi anak gadisnya itu. Dia seakan trauma dengan Selina yang belum balik-balik dan kini Orange pula mahu keluar. Orange tersenyum kemudian memandang kearah Pn.Thalia.
"Thank you, auntie and sorry sebab susahkan auntie and Noah."
Pn.Thalia menggeleng perlahan.
"Its okay, Orange. Selepas selesai urusan di balai polis, balik terus tau." Orange mengangguk kemudian memandang semula kearah mamanya. What if something happen on Selina? Persoalan itu bertandang kembali ke fikirannya tapi cepat-cepat dia membuangnya jauh-jauh. Dear heart, tidak akan ada apa-apa berlaku kepada Selina. I am positive. Orange berusaha untuk menyenangkan hatinya sendiri.
"Mama jangan lupa call papa nanti dalam jam8.00 malam. Saya rasa papa sudah sampai ke Perth waktu itu." Orange mengingatkan mamanya supaya papanya tahu akan kejadian yang sedang berlaku di rumah mereka.
"Tell him not to worry too much." Pn.Amily cuba mengukir senyum. "Be safe, dear."
Orange mendahului Noah untuk keluar, mereka perlu cepat ke balai polis agar tindakan dapat diambil dengan cepat. Dia tidak tahu apa yang perlu dia harapkan saat ini, dia tidak tahu bagaimana keadaan Selina. Semoga dia sedang berjoli di mall dan bukan dalam kesusahan. Dia tidak dapat membayangkan ketakutan yang dihadapi oleh Selina jika dia berada di dalam kesusahan. Orange tidak sanggup untuk memikirkannya. Jika nanti Selina balik ke rumah, dia mahu memeluk adiknya itu erat-erat dan tidak mahu memarahinya. Orange terlalu takut sehingga tanpa dia sedari air matanya jatuh menitis.
Noah yang sedang membetulkan tali pinggang keledarnya berhenti sejenak, melihat titisan air mata Orange.
"Don't worry, Orange. Saya percaya Selina berada dalam keadaan yang baik. Dia mungkin berada dalam perjalanan sekarang untuk balik ke rumah." Ujarnya seraya meraih tangan gadis tersebut dan menggenggamnya erat. Be strong, Orange. Dia berbisik di dalam hati. Orange mengangguk perlahan, cuba untuk mempercayai kata-kata Noah. Selina, come back home.