webnovel

CEO itu bukan bos aku.

Lyn asyik menikmati kopi Americano yang dibeli bagi menghilangkan ketagihan kafein yang sangat dicintainya, seawal pagi yang sangat sibuk hanya sekarang sempat mencari kesukaanya itu,sambil matanya liar memerhati manusia yang lalu lalang menjalani kehidupan masing-masing.Cemburu melihat pasangan yang bermanja dan bermesra,dia mengalih pandangan matanya melihat jam di pergelangan tangan ."Sudah jam 9 malam, ahh cepatnya masa berlalu, baru nak mencuci mata sebentar",fikir Lyn yang lelah mengadap hari-hari yang sama setiap hari.Sudahlah hidupnya serasa tiada kebebasan tiada kesempatan untuk berlibur dan hampir tiap masa walau hari cutinya,ketuanya,Tuan Arman Shah yang sangat-sangat cerewet dan sentiasa mencari salah sentiasa mengarahkan dia untuk melaksanakan tugasan mengikut rentak dan suka beliau.Memang la dia di bayar untuk setiap kerja lebih masa tapi.... 'Aku pun manusia juga yang nak memanjakan diri dan menghabiskan masa dengan keluarga dan teman, tiada masa untuk bersosial hanya kerja dan kerja..'. Dia baru berkhidmat tidak sampai tempoh sebulan untuk sang ketua. Sebelumnya dia berkhidmat dengan Puan Kasmah.Andaian diri bila berubah ketua hidupnya lebih aman kerana selalunya ketua perempuan yang lebih cerewet namun dia silap kerana ketua yang baru ini walau nampak sebaik malaikat, bak kata orang tua-tua pijak semut pun tak mati. Mampu kah Lyn untuk terus menjadi setiausaha kepada Tuan Arman Shah, CEO muda yang berkaliber dan gila bekerja?

NorST · Général
Pas assez d’évaluations
35 Chs

Permulaan tahun yang baru

"Welcome Aidel to Damai Sutra",ucap Arman menyambut tangan yang dihulurkan oleh Aidel dan di goncang akan beliau gengaman tangan mereka berdua tanda bersyukur dan lega .Tidak tergambar kegembiraan Arman dengan kedatangan orang kanan yang sangat di percayainya itu. Aidel datang melapor diri pada Arman dengan di iringi oleh staff dari jabatan sumber manusia bagi tujuan berkenal-kenalan dengan semua ketua bahagian sedia ada dan staff Damai Sutra yang mana mereka sempat terserempak. Aidel akan menjawat jawatan Vice Presiden Damai Sutra untuk mengelolakan semua project on going Damai Sutra yang sedang berlangsung aka sedia ada. Bagi project join venture semua akan di bahagi-bahagikan kepada department yang sesuai. Beliau akan memastikan semua hand over berjalan lancar. Aidel datang sebagai consultant sahaja dan tidak berniat kekal dengan jawatan tersebut,mungkin untuk tempoh setahun dua sahaja.

Elok sahaja Lyn mahu beransur untuk pergi ke pantry untuk berehat, tiba-tiba beliau di panggil oleh Iqbal yang datang dari arah pintu masuk dengan muka yang sangat-sangat ceria dan gembira.

"Lyn, hang dah tengok dak Mr Aidel?",sembang Iqbal membawa gosip terkini.

"Awat?", spontan Lyn bertanya.

"Awat hang kata?, aku yang hak jantan ini pun tengok bukan main mulus lagi kulit dia dah macam artis K-pop, handsome ya amat", tanpa selindung Iqbal dah macam makcik-makcik bawang.

"Dah.Tadi dia ada mai masa Rosli bawa bilik Tuan Arman, hang ini dah macam apa dah. Hang tu anak dah lima Iqbal oiii, muka jambu macam tu hang suka ka?", tanya Lyn sambil tersenyum dan mengeleng-geleng kepala.

"Hang ini Lyn, bukan kat aku, aku ini lelaki sejati, aku habaq kat hang la, mana la tau kalau hang berkenan",perlahan dan lembut Iqbal menjawab,rupanya dia cuba mengenalkan Lyn dengan VP baru .(Opsss Iqbal ini nak cari pasai ka? Tau kat boss dia mampuih hang)