webnovel

CEO itu bukan bos aku.

Lyn asyik menikmati kopi Americano yang dibeli bagi menghilangkan ketagihan kafein yang sangat dicintainya, seawal pagi yang sangat sibuk hanya sekarang sempat mencari kesukaanya itu,sambil matanya liar memerhati manusia yang lalu lalang menjalani kehidupan masing-masing.Cemburu melihat pasangan yang bermanja dan bermesra,dia mengalih pandangan matanya melihat jam di pergelangan tangan ."Sudah jam 9 malam, ahh cepatnya masa berlalu, baru nak mencuci mata sebentar",fikir Lyn yang lelah mengadap hari-hari yang sama setiap hari.Sudahlah hidupnya serasa tiada kebebasan tiada kesempatan untuk berlibur dan hampir tiap masa walau hari cutinya,ketuanya,Tuan Arman Shah yang sangat-sangat cerewet dan sentiasa mencari salah sentiasa mengarahkan dia untuk melaksanakan tugasan mengikut rentak dan suka beliau.Memang la dia di bayar untuk setiap kerja lebih masa tapi.... 'Aku pun manusia juga yang nak memanjakan diri dan menghabiskan masa dengan keluarga dan teman, tiada masa untuk bersosial hanya kerja dan kerja..'. Dia baru berkhidmat tidak sampai tempoh sebulan untuk sang ketua. Sebelumnya dia berkhidmat dengan Puan Kasmah.Andaian diri bila berubah ketua hidupnya lebih aman kerana selalunya ketua perempuan yang lebih cerewet namun dia silap kerana ketua yang baru ini walau nampak sebaik malaikat, bak kata orang tua-tua pijak semut pun tak mati. Mampu kah Lyn untuk terus menjadi setiausaha kepada Tuan Arman Shah, CEO muda yang berkaliber dan gila bekerja?

NorST · Général
Pas assez d’évaluations
35 Chs

Bicara dua mata

"Shah, bagi masa pada Lyn ya, I need time to prepare myself,yes this is my decisions but as per our mutual engagement before you fahamkan apa yang Lyn cuba terangkan",Lembut suara Lyn berbicara tika itu bila mana di rasakan Arman makin mesra, bukan dia tidak pernah dan tidak tahu apa yang di mahukan oleh si suami namun dirinya masih tidak terbuka hati setulusnya untuk si dia kerana mereka berkahwin pun atas dasar yang dia sendiri kurang pasti, mungkin kerana terlalu mengikut perasaan, benar kata Suhana seharusnya dia berjumpa doktor psikiatri untuk memastikan keadaan mentalnya samada waras atau ada gangguan yang tidak sepatutnya.

Mendengar akan bicara Lyn, Arman seolah-olah tersentak dari keasyikan dan kemesraan yang di tonjolkan olehnya. "Opsss", spontan ayat itu terkeluar dari mulut Arman."Lyn tak selesa ya, sorry sayang,Shah over sikit, teruja Lyn tidak menolak seperti sebelum ini",jelas Arman lanjut namun tangannya masih memegang tangan Lyn dan matanya memandang dengan lembut wajah si isteri."Lyn tahu hukum menolak ajakkan suami tapi Shah jangan terasa.Benar Lyn isteri sah Shah namun situasi hati ini belum lagi ",ucap Lyn memandang mata Arman seolah-olah meminta si suami memahami dirinya."Andai Lyn tidak selesa just lontarkan sahaja perasaan itu, Shah tidak kisah menjadi pendengar sebab Shah tahu Shah masih belum mendapat tempat dihati Lyn".Arman tahu he need to earn the heart not to force into.Well he been there and sure he know well.Be a gentleman.

'Benar kata Suhana bercakap serta meluahkan secara jujur dan berhadapan begini memberikan ketenangan pada diri.'Minda tanpa sedar Lyn berbicara sendiri.

"Shah boleh kita tidur, malam sudah makin larut esok kita berdua harus ke pejabat", utara Lyn masih memandang Arman dan cuba mengalihkan tangan dari pegangan si dia.Tanpa melepaskan tangan Lyn, Arman membaringkan dirinya sambil berbicara membalas,"Okay, jom tidur dengan syarat Lyn bagi Shah pegang tangan boleh?Alah tak luak pun kena pegang dengan Shah, dapat pahala tau",usik Arman sambil sebelah tangan lagi meguis lembut hidung Lyn kemudianya dia berlalu menutup lampu dan baring semula lalu mencapai semula tangan Lyn digengam lembut sebagai azimat untuk mimpi yang indah.

SELAMAT MALAM DUNIA.