cempaka menyua mangkuk kecil berisi bubur kacang kepada ikman yang kelihatan emosional.
" man... along ada kekasih sebelum ni?" tanya cempaka. dia mengawal riak tidak sabarnya.
ikman diam sambil menikmati bubur kacangnya.. enak.. pandai chef kak iparnya. namun diwaktu yang sama, otaknya ligat bekerja memikir kisah cinta abangnya.. tiada.. abangnya itu mempunyai ramai peminat namun tiada seorang pun yang sangkut.
" kalau mengikut firasat man.. takde pula. along tu..perempuan pun takut nak dekat dia."
cempaka senyum kesukaan mendengar cerita ikman itu. kiranya dia wanita pertama yang rapat dengan ikran dan dapat berdiri rapat di sisi ikran.
" ermm.. dah tu.. takkan along tak pernah sekali pun bercinta?" soal siasat cempaka lagi.
ikman menggeleng.
"hanya perempuan buta atau gila je yang nak dengan along tu.." selamba ikman menutur katanya.
cempaka berdehem. adakah dia perempuan buta dan gila?
ikman tersengih tersedar ketelanjuran kata-katanyam
" kak long tak.. kak long baik,cantik dan tak buta tak gila.." ikman ambil kembali hati kakak iparnya. nanti kalau kakak iparnya mengamuk dan kecil hati, habislah mereka. big boss akan bertukar jadi singa lapar yang tak sabar nak menerkam mangsanya.
" man tolong kak long tengok-tengokkan abang di pejabat ya.. tolong kak long jaga kesihatan along di pejabat." cempaka sangat-sangat berharap ikman membantunya.
ikman membuat tanda tabi hormat di kepalanya.
" baik puan.."
cempaka tergelak.
" nanti kalau man ada masalah dengn along.. man maklum kak long.. insyaallah mana yang boleh kak long bantu.. kak long bantu.." janji cempaka. orang memberi kita menerima. orang berbudi kita berbahasa.
" okey.. man akan jaga along dan tak bagi satu pun perempuan dekat dengannya.." janji ikman.
" terima kasih man.. nah tambah lagi bubur ni.." cempaka menambah bubur kacang hijau untuk ikman.
ikman makan tanpa malu-malu.
ikran terbatuk-batuk di bilik hotelnya.
" siapa yang mengumpat dia belakang-belakang-belakang ni." bebel ikran bangun dari duduknya menuang air kosong untuk diminum.
telefon bimbit ikran berbunyi tanda ada whatapps masuk. pasti isterinya itu.
ikran menekan ikon whatappsnya. muncul gambar secawan nescafe,lepat pisang dan bubur kacang. ikran tersenyum. cempaka rajin menghantar whatapps berupa gambar-gambar kepadanya. dia melihat tanpa membalas. biarlah isterinya itu.
cempaka merebahkan dirinya di atas katil. jam sudah menunjukkan pukul 11 malam tetapi matanya sudah mula mengantuk. perlahan-lahan matanya tertutup tetapi terbatal. telefonnya berbunyi. cempaka menjawap panggilan tanpa melihat nama si pemanggil.
" ermmm..." tanya cempaka dalam nada malas.
" babe... kau tengah tut ke tu.." tanya nadia tanpa berlapik.
mata cempaka terus segar. tut? nak tut dengan siapa? dengan bantal peluk? gila otak nadia ni.
" nak tidur dah.. laki aku takde.."
nadia ketawa kuat. seram pula kalau debgar betul-betul.
" babe.. jom shopping esok? boring lah.." ajak nadia setelah ketawanya terhenti.
" nak pergi mana?aku kena tanya laki aku dulu.. kalau laki aku bagi aku pergi." cempaka kena minta kebenaran ikran dahulu. itu janjinya kepada ikran.
" lah.. kenapa pula.. bukan laki kau takde.." sejak bila cempaka yang nadia kenali mnjadi penurut.
" memanglah dia takde.. tapi aku tetap kena minta kebenaran juga. nanti jadi sesuatu.. biar dia tahu." cempaka membla dirinya bila terasa nadia mula mempersoalkan tingkah lakunya.
" hmm yelah.. kita perempuan je lah yang kena ikut semua arahan orang lelaki.. yang lelaki.. suka hati sahaja nak buat apa.. " nadia memprovoke cempaka.
" babe.. aku tanya laki aku dulu. nanti kalau laki aku bagi jawapan aku text kau.." cempaka malas nak cakap banyak dengan nadia. jenia nadia ni kalau kita makin melawan katanya.. makin banyak pula provkasinya. so jawapan selamat diamlah.
" iyalah babe.. mintalah kebnaran tu dulu.. sedangkan kau tahu ke apa yang dia buat sekarang.."
cempaka menghela nafas mendengar nada bicara cempaka. sakit hatinya.
" aku letak dulu ya.. aku nak call laki aku.." cempaka terus meletak panggilannya. malas nak dengar suara nadia.
dia mula menaip sesuatu di telefonnya.
' abang esok saya nak jumpa nadia.'
ringkas pesanannya.
selang beberapa minit telefonnya berbunyi tanda ada whatapps masuk.
' pergilah.. jaga diri.. jangan bagi lelaki lain sentuh hak abang dan jangan pakai seksi.'
cempaka senyum. suka dengan text yang dibalas ikran.
selepas membalas whatapps cempaka, ikran mendail nombor telefon nazim.
" nazim tolong sediakan orang untuk ikut puan esok." arah ikran.
nazim terpinga-pinga mendengar arahan big bossnya. nak ke taknak turutkan sahajalah. big boss always right