webnovel

perlukan seseorang yang patuh

nadia memandang dezrin. wajahnya memuncung. geram pula dengan cempaka. terlalu menurut sangat. baru beberapa minggu cempaka dah jadi sebegini patuh. entah ubat apa yang diberi oleh ikra untuk membuat cempaka yang selalu dingin dan berlagak sombong dengan makhluk bernama lelaki menjadi sepatuh-patuh wanita. meluat juga ada.

" sorry ya encik al fateh.." cempaka menunduk kepalanya. walau tidak suka atau tidak senangi dengan cara nadia dan pandangan al fateh kepadanya,cempaka tetap harus menunjukkan sifat yang bagus. sekarang dia membawa nama baik seseorang disampingnya.

" babe.. kalau aku tahu macam ni.. aku tak ajak kau join sekali.."nadia menunjukkan protesnya.

" nadia... aku bukan sengaja.. kau kena faham.. satu hari nanti kau dan dez juga akan rasa apa yang aku rasa." cempaka mempertahankan dirinya.

nadia memeluk tubuh. terus hilang seleranya.

" puan cempaka nak saya hantarkan ke kereta.." al fateh cuba berbahasa.

cempaka menggeleng. dia tidak mahu menambah bara api lagi.

al fateh seperti memahami. melihat dari sikap huru hara cempaka pasti ikran ada buat sesuatu. huh.. lelaki itu.. tidak akan berubah. tahu untuk mempertahankan haknya dan sikap over protektif itu tidak berubah.

cempaka akhirnya melangkah meninggalkan restoran itu.

ikran mengepal penumbuknya. jelas urat timbul di kekura tangannya. dia bukan marah kepada cempaka sebenarnya. namun marah kepada insan yang duduk di sisi cempaka itu. al fateh radzi. setelah sekian lama,akhirnya kau muncul. apakah tujuan utama kemunculan kau? kenapa kau memilih untuk muncul di sisi cempaka? isterinya. ikran melihat jam di dinding. telefon bimbitnya dikeluarkan. nombor telefon villa didail.

suara butler mario menyahut panggilannya.

" mario.. puan dah sampai?" tanya ikran setelah bertanya tentang keadaan di villa.

" puan baru sampai tuan.." maklum mario.

cempaka yang kebetulan baru memasuki ruang utama villa terus merapati butler mario.

butler mario menyerahkan telefon kepada cempaka.

" baru sampai?" tanya ikran mendatar suaranya. tiada nada marah atau suka. rindu apatah lagi. jauh sekali rasanya.

" haah.. "

" lain kali jangan keluar makan dengan orang yang tak dikenali..abang tak suka." pesan ikran.

" okey.."

" dengar ke tidak?" desak ikran.

" saya dengar saya takkan buat lagi.. saya minta maaf.kebetulan dia hanya client kepada nadia dan dez.." cempaka merasakan dia harus menerangkan kedudukan sebenar. apakah selama ini selepas mereka menikah,ikran menghantar orang mengintip perbuatannya? keliru cempaka. apakah selepas ini kebebasannya tiada?

" abang hantar orang ikut saya ke?" tanya cempaka dalam nada curiga.

ikran mendengus. cempaka itu isterinya. memang dia ada hak untuk menghantar sesiapa pun rasanya.

" itu bukan isunya. abang tak suka selepas ini awak berjumpa dengan mana-mana lelaki pun."

cempaka mengeluh. jelas di pendengaran ikran.

" maaf tentang hari ni.. saya pun tak tahu benda akan jadi macam ni.." cempaka memilih jalan mudah. mengalah. sepanjang beberapa minggu bergelar isteri ikran,dia belajar. ikran je is yang dominan. dengar dan patuh arahannya,segala akan jadi mudah. senang.

" baiklah.. so hati-hati selepas ni. jaga jarak dengan nadia tu.. abang tak berapa suka dengan dia.." satu lagi teguran dari ikran. nyata. dari awal malam perkahwinan mereka dia sudah ada firasat buruk tentang nadia.

" we are close frieand.."

" jaga jarak.." tegas nada itu.

" bila abang balik?" cempaka ubah topik.

" esok.. tetapi abang tak balik villa.. terus ke pejabat dan malam minggu nazim akan ambil awak untuk makan malam penting. ramai orang business akan datang." ikran me-relax-kan suaranya. sedar cempaka cuba mengubah perbualan mereka.

" owhh.. saya seorang..?" risau juga cempaka sendirian di jamuan besar-besar ni.

" abang ada..tapi abang lewat sikit sebab petang tu abang ada acara sign contract.."

cempaka lepas nafas lega.fuhh.. ada ikran okey. sekurangnya takdelah dia rasa janggal sangat.

" okeylah.. jumpa nanti.. take care.." ikran akhirnya menamatkan perbualan.

" abang juga.. saya tunggu abang.."

talian mati. cempaka duduk di sofa buatan itali di ruang utama itu. badanya disandar. merehatkan tubuh. telefon bimbitnya dikeluarkan dsri beg tangannya. tangan ligat menghantar satu pesanan untuk ikran.

'abang nak isteri yang macam mana?'

pesanan dikirim.

ikran yang baru ingin memasukka telefon ke poket seluarnya, tidak jadi berbuat demikian kerana terasa ada getaran di tangannya. pesanan whatsapp dari cempaka dibaca dan tangan lincah membalas.

' abang perlukan seorang yang patuh. hanya patuh'

pesanan dikirim.

cempaka membaca balasan pesanan ikran dengan satu tekad. kalau itu yang ikran mahukan,itulah yang akan dia dapat. dia akan pastikan selepas ini tiada lagi peristiwa sama berulang.