webnovel

kena tinggal lagi

selesai urusannya di bilik mandi,cempaka memulakan tugasnya mengutip semua pakaian yang bersepah di atas lantai dan memasukkannya ke dalam bakul. suaminya sudah hilang entah ke mana. matanya menangkap satu bekas baldu berbentuk hati. cempaka mengambilnya. di dalamnya terletak cantik gelang 30 jutanya. cempaka tersenyum. bekas itu dimasukkan ke dalam laci sisi katil yang berkunci.

" duduk diam-diam dalam ni ye.. sok kalau takde duit..kita lelong awak ye.." pesan cempaka dengan tawa manjanya. dia ingin berdiri,namun saat itu terasa pinggangnya tiba-tiba sakit.

" adoiii... ingatkan lepas mandi air suam kurang sikit sakit dengan lenguh-lenguh badan ni.." rungut cempaka sambil menarik nafas menghembus perbuatan yang sama diulang berkali-kali.

" ni semua abang punya pasal lah ni.. cakap tak suka.. tapi.. sabar je lah.." bebel cempaka berjalan perlahan-lahan dengan berpaut di dinding

" puan....sakit ke?" tegur mira yang sedang membersihkan ruang rehat tingkat 3 villa.

cempaka membuat isyarat tidak dengan tangannya. perlahan-lahan dia berjalan ke arah tangga.

" meh sini saya tolong.." mira memegang bahu cempaka. membantu cempaka berpaut padanya.

" tuan ada?" tanya cempaka.

" tuan tengah baca surat khabar dekat ruang utama."

" cukuplah.. saya rasa okey sikit dah ni.. lenguh sikit sahaja." cempaka menolak bantuan mira apabila sudah sampai di ruang bawah.

ikran yang sedang santai membaca,menoleh pada riuh di tangga.

" sini.." pamit ikran melambai tangannya kepada cempaka. harini seharian ingin dihabiskan masanya bersama cempaka. mungkin selepas ini bulan depan kut dia akan bersua muka dengan isterinya.

cempaka memeluk leher ikran dari arah belakang sofa.

" awal abang bangun.." bisik cempaka mengucup manja pipi ikran.

ikran menepuk ruang kosong disebelahnya menyuruh cempaka duduk di situ.

" kalau abang tidur lagi.. abang takut awak tak bangun-bangun lagi.."

cempaka mencubit lengan ikran. wajahnya memerah. tahu sudah maksud kata suaminya itu.

" abang tak kerja?" tanya cempaka merebah kepalanya di bahu ikran. tangan lelaki itu yang dicubitnya,diusap.

" tak suka abang duduk rumah?" tanya ikran menarik rapat tubuh cempaka. badan itu dipaut ke dalam pelukannya.

" hmm... suka.. tapi.. tak suka.."

ikran ketawa. mana satu yang betul? keningnya dikait.

cempaka menolak pelukan ikran apabila perasan kelibat mak pah membawa sarapan pagi ke ruang utama.

" terima kasih mak pah.." ucap cempaka dalam nada ceria.

mak pah mengangguk sahaja. baru dia dapat melihat wajah ceria dan berseri cempaka. beberapa hari ini wajah puannya itu monyok sahaja.

" suka ke tak?" ikran masih tidak puas hati lagi.

" suka la.. sebab dapat tengok muka abang puas.. tak suka sebab abang tu.. gatal je.. sakit sini.." jawab cempaka memuncungkan bibirnya. tangannya mengusap-usap pinggangnya.

" mana sakit..?" tanya ikran menarik cempaka kembali ke pelukannya.

" sini.." cempKa menunjukkan pinggangnya.

ikran mengurut perlahan pinggang cempaka.

" ermm leganya...sini.. sini.." amboi.. bagi betis mintak peha pula cempaka.

" esok abang dekat pejabat.. mungkin balik lewat.. lusa.. abang takde.. next month kita akan jumpa.." ikran mula memberitahu cempaka jadualnya.

" bulan depan?" melengking suara cempaka. kena tinggal lagi.

ikran mengangguk. tangannya membelai rambut cempaka dan menyelitnya di tepi telinga.

" jadi?" soal cempaka meletak kepalanya di dada ikran.

" esok nazim akan uruskan dua bodyguard untuk jaga awak.. nak pergi mana-mana bawa mereka.." terang ikran.

" kalau pergi kfc dengan starbuck dekat depan ni pun kena bawa jugak?" tanya cempaka lagi.

ikran mengangguk. dia risau sebenarnya nak biarkan cempaka selepas pertemuan dengan al fateh tempoh hari. dia tidak dapat mengagak apakah langkah lawannya itu. namun melihat al fateh yang mencuba mendekati cempaka,dia terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga.

" okey.." cempaka malas nak cakap banyak. setuju sahajalah. ikran lebih tahu yang terbaik untuknya.

" fon awak asyik berbunyi dari tadi.. ada hal penting?" tegur ikran mula terganggu dengan telefon bimbit cempaka.

" biarlah.. saya pun tak perasan..entah siapa masukkan nama saya dalam group mak-mak datin." maklum cempaka. mengambil telefonnya dan menunjukkan kepada ikran.

" cubalah berkawan dengan mereka. luaskan pergaulan..mungkin ada sesuatu yang boleh buat awak tak bosan duduk rumah." saran ikran. dahulu uminya juga begitu. suka mengikuti aktiviti persatuan-persatuannya.

" boleh?"

" boleh... asalkan ada had dan batas.." ikran setuju namun tetap meletak syaratnya. sekurangnya kalau cempaka sibuk bermain diluar,dia tiada masa untuk diganggu al fateh.

" ermm.."

" abang.. terima kasih.." bisik cempaka memeluk ikran.

" kenapa?"

" sebab sudi luangkan masa dengan saya hari ini.."

ikran senyum. belakang cempaka diusap.

" reward?"

" siang-siang buta minta reward.." marah cempaka mencubit lengan ikran.

" haruslah.. ingat senang ke abang clearkan jadual abang semata-mata nak temankan awak seharian.." maklum ikran mengucup leher cempaka.

" iyalah... terima kasih.."

" sama-sama.."

kedudukan mereka berdua kini saling berdepanan. cempaka sudah duduk di atas peha ikran sambil ikran mendakapnya. semua pembantu rumah menghilang. tidak mahu mengganggu saat-saat romantis pasangan suami isteri itu.

" abang... balik cepat tau.. cepat-cepat siapkan kerja abang saya tunggu abang dekat sini.." pesan cempaka menanggalkan butang t shirt ikran. part paling dia suka di badan ikran adalah tahi lalat di dadanya.

" okey.."

" jaga diri..jaga makan.. jaga mata..." pesan cempaka lagi.

ikran mengangguk namun keningnya dikaitkan.

" mata?"

"iya.. jangan tengok perempuan lain.. "

ikran ketawa.

" baiklah..baiklah.. awak pun jadi budak baik.. jaga rumah.. nanti abang balik bawa reward.."

cempaka memuncung. tahu dah reward ikran tu. tapi dia suka.

" saya sayang abang.." bisik cempaka di telinga ikran.

" lagi?"

" saya nak abang sekarang..."

" sekarang?! bukan ke awak sakit pinggang. " ikran sengaja menduga cempaka. padahal dia juga sudah tidak sabar menerkam cempaka.

" ermm... "

" jom.." ikran mencempung cempaka ke bilik tetamu yang paling terdekat dengan ruang utama.

"cepatlah kak engku dapat cucu macam ni.." maklum mak pah kepada mira yang mengutip gelas-gelas kosong di ruang utama. sesekali wajah kedua mereka merah apabila terdengar bunyi raungan dan desahan pasangan suami isteri itu.

" jomlah mak pah kita ke belakang.. seganlah saya. " ajak mira cepat-cepat berjalan.

al fateh duduk bersandar di kerusi malas di balkoni biliknya. taman bunga bondanya ditenung dalam. semenjak pemergian ayah dan adiknya villa ini terasa kosong. bondanya sudah tidak seperti dulu. semua angkara ikran sekeluarga. dendamnya pada ikran masih merah menyala. wajah ayu cempaka yang kelihatan bahagia disisi ikran mencarik-carik nalurinya.