webnovel

fake queen

nadia mengepal penumbuknya. perasaan marah kepada cempaka masih berbaki lagi.

" mengada-ngada.. macam dia sorang je ada laki dalam dunia ni.." cemuh nadia sewaktu memasuki kereta dezrin.

" you.. kenapa? cem tu kan bestie you..?" lembut suara dezrin bertanya. dia terkadang pelik dengan makna persahabatan nadia dan cempaka. mereka berkawan baik namun kerap bertingkah dari berbaik. tak ke pelik tu..

" cempaka tu la.. sejak nikah ni dah berubah.. semua benda i cakap mesti terselit suami dia.." rungut nadia dalam nada manja.

dezrin ketawa. tangannya mengusap kepala nadia.

" well you pun sama juga macam tu nanti kalau kita dah sah.. sure you akan utamakan i punya.."

nadia ketawa.

" dah..dah.. drive carefully.."

ikran menyelesaikan segala tugasannya sebelum bertolak pulang esok. mujur segala programnya di negara matahari terbit ini berjalan dengan mudah. kini dia hanya perlu menyerahkan urusan seterusnya di bawah seliaan ikwan pula. satu pesanan ringkas dihantar kepada ikwan.

ikwan bersandar malas di kerusi ruang kerjanya. pesanan dari ikran dipandang sepi. satu persatu tid menakluk dunia. nampaknya ikran benar-benar mengotakan kata dan hasratnya. tid bukan hanya gah di malaysia namun harus di dunia dalam pelbagai sektor. tetapi,kalau dia mengikut kehendak ikran ni.. bila agaknya dia nak kahwin? apakah nasib perkahwinannya macam ikran? tidak.. !!! dia taknak isterinya ditinggal-tinggalkan.

" tuan... taknak balik lagi?" tegur setiausahanya. sulili. gadis dari kota sabah. cantik.

" belum lagi.. saya masih ada sedikit lagi kerja nak buat." lembut nada suara ikwan menjawab. kepalanya yang tak berapa nak berdenyut di tekan-tekan.

" tuan sakit?" tanya sulili prihatin.

ikwan menggeleng tanda tidak.

sulili terus berlalu meninggalkan bosnya yang seperti tidak mahu diganggu itu. esok pasti akan ada arahan penting di mejanya apabila ikwan berkeadaan seperti itu. sudah tiga tahun bekerja bersama lelaki itu,apa yang dia tidak tahu. semua dalam genggaman sahaja.

ikwan kembali merenung nasibnya setelah sulili berlalu. sambung berangan sebelum bermulanya hari sibuk.

" bro... kau dapat tak mesej dari big boss?"

serangan hendap tanpa salam daripada ikman.

ikwan yang sudah jauh berkhayal terkejut. dia hanya mampu mengangguk.

" aduh.. kau tahu tak aku sekarang sibuk dengan proses pengambil alihan syarikat hiburan k.." ikman mula merungut. belum selesai satu tugas bertambah satu lagi tugas.

" macam mana?" ikwan bertanya tentang kerja ikman.

" 95% dah selesai.. cuma bidang entertainment ni.. kau fahamlah.."

ikwan mengangguk.

" serahkan kepada N.G" ikwan memberi saranannya. kalau dah 95%,baik serahkan kepada pengurus sahaja. mereka cuma memantau sahaja. senang.

" on.. thank bro.. aku nak balik rehatlah.. nak call kak long.. minta belanja makan malam.." ikman pantas bangkit dari duduknya dengan penuh keazaman.

" kak long??" ikwan mengerut dahi. sejak bila adik bongsunya itu rapat dengan cempaka?

"kau nak join? kita makan dekat rumah along.." pelawa ikman tanpa malu. dia sudah siap-siap memaklum kepada cempaka pagi tadi melalui pesanan whatsapp.

" pukul?" ikwan tetiba rasa nak turut serta sekaki.

" 8 malam.. jangan lewat. nanti habis aku makan.." pesan ikman berlalu.

cempaka membantu chef razin memasak. dia menyediakan hidangan ringkas sahaja malam ini untuk menjamu adik iparnya dan si orked yang akan bertandang untuk makan malam bersama. seronok juga dia dengan kedatangan kedua adik iparnya itu. boleh dia mengorek rahsia si ikran.

" puan.. adik puan dah sampai..." maklum mira mengenai kedatangan orked.

" okey.. bawa dia ke ruang rehat.. sekejap lagi saya datang." suruh cempaka dengan tangannya lincah memotong daun saderi.

" puan.. puan pergilah..takpe urusan dekat sini puan serah dekat saya.." mak pah yang turut membantu bersuara. takkan nak biar adiknya sendirian kut cempaka ni.

" kejap ye mak pah.. saya nak habiskan ni..dah habis nanti baru saya ke depan." cempaka mempunyai satu prinsip, dia tidak suka uat kerja separuh jalan. apa yang dimulai harus disudahi.

" wa...sedapnya bau..." tegur orked yang entah bila muncul.

cempaka tersenyum. saderi yang dipotongnya diserah kepada chef razin. apron ditanggalkan lantas dia mencuci tangannya.

" jom ke depan.. jangan kacau master chef aku masak.." cempaka mengajak orked ke ruang hadapan.

orked menurut.

" kak.. banyak jugak kau masak ni.. sapa je yang join?" tanya orked.

" man dengan wan.."

" ooo..." bulat mulut orked.

" ingatkan tadi si fake queen.." orked ingatkan nadia dan tunangnya.

" sape?" tanya cempaka melabuh duduk disisi orked.

" sapa lagi.. bff akak lah.. " terjuih mulut orked macam gaya mak nenek pula.

" tak baik engkau cakap gitu.. nadia tu dia memang mengada sikit..tapi dia baiklah.." cempaka seperti biasa. mempertahankan nadia. dia mengenali nadia dari zaman pop yeh yeh.. zaman tomok rambut belah tengah.. takkan dia boleh silap menilai nadia.

" iyalah.. bff akak..haruslah baik dan suci seperti debu.." orked tidak suka dengan nadia. gelagat gedik dan lepas laku nadia membuatnya mual.