webnovel

belum bersedia menjadi bapa

pang!!!!!....

bergegas ku najah berlari ke arah bunyi kuat diikuti surti.

" mak engku.. potretnya pernikahan tuan muda sulunh jatuh.." maklum surti terkejut melihat gambar perkahwinan yang megah tergantung di dinding villa utama itu jatuh berderai.

" mesti tak kuat diorang gantung pakunya ni.." tebak ku najah menyelinap rasa tidak senang di hatinya.

" mungkin mak engku.." surti mengiakan dengan pantas mengangkat gambar itu dan meletaknya ke tepi.

" sayang.. pecah habis kacanya..." tergeleng-geleng ku najah melihat keadaan itu.

" mak engku duduk dulu.. saya sapu ini.." suruh surti takut serpihan kaca terkena kaki wanita itu.

ku najah mengangguk sambil melabuh punggung di kerusi berangkainya. janyungnya terasa berdebar-debar. otaknya terfikirkan keadaan anak-anaknya. bagai ada sesuatu yang bakal terjadi.

puan rahimah tekun menyiram bunga sebelum dipeluk orkid dari arah belakangnya. kedua belah matanya ditutup orkid.

" cuba teka...siapa.." tanya orkid membuat suaranya kecil.

" hmm.... bau masam badan kamu..mama dah hafal dah.." puan rahimah sudah tahu siapakah gerangan yang suka mengacaunya itu.

orkid ketawa. dia melepaskam tangannya di mata puan rahimah.

" masam-masam pun... mama sayang juga.." ceria suara orkid mengusik mamanya.

" awal balik hari ni?" tegur puan rahimah apabila anak bongsunya itu pulang awal.

" budak-budak takde kelas petang hari ni.." maklum orkid melabuh duduk di pangkin khas dibina oleh tukang kebun upahan mamanya.

" baguslah.. eh.. kamu ada telefon kakak tak?" tanya puan rahimah meneruskan kerja tertangguhnya tadi.

" ada.. dia sekarang sibuk hal persatuan ma.. persatuan bini-bini orang kaya.." cerita orkid perlahan suaranya.

" hmm.. harap-harap pandailah kakak jaga dirinya.. kadang-kadang mulut mak-mak datin ni boleh buat kita sakit hati.." puan rahimah berkata melalui pengalamannya. pantang melihay seseorang lebih maka akan ada isu pertikaian. harap anak gadisnya itu bersabarlah.

" ma... masuk dulu ya.. nak rest.." orkid meminta diri sambil menguap. dia seronok bekerja sebagai cikgu tabika kemas. tetapi mengajar anak bawah 7 tahun,faham-fahamlah. semuanya mempunyai gelagat yang boleh memeningkan kepala.

" ha.. macam mana dengan projek kamu dengan kakak? jadi tak?" tiba-tiba puan rahimah teringat program kebajikan yang sedang dirancang oleh cempaka dan orkid.

" dont worry ma.. kiteorang ada dana yang sangat mencukupi.. mama tunggu sahaja.. mungkin lagi dua bulan nanti akan kami lancarkan. lagipun kami dah dapat banyak dana yang tak terbatas.." suka orkid bercerita tentang program yang dirancang bersama cempaka hampir dua tahun.

cempaka membawa turun dulang yang berisi pinggan kotor ke dapur.

" cik puan.... kenapa tak panggil saya.." tegur mira cepat-cepat mendapatkan duoang di tangan cempaka.

" eh..eh.. takpe.. saya boleh buat mira...kalau semua benda maid nak buat.. saya nak buat apa.." tolak cempaka terus berjalan ke sinki tanpa memperdulikan mira yang terkebil-kebil.

mira menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" cik puan nak minum air oren?" tanya mira. selalu orang mengandung kan suka benda masam-masam. jadi mira ingin membuat eksprimens.

cempaka menggeleng. perutnya terasa dah penuh dengan makanan. padahal makan sikit sahaja. kecacingan kut.

" cik puan nak minum air apa-apa tak? nak makan apa-apa ke? nanti saya minta chef atau mak pah masakkan." mira memusingkan soalannya lagi. masih tidak berpuas hati selagi tidak mendapat jawapan tepat.

" ermmm.. nak makan apa? nanti lah saya fikirkan.." jar cempaka sambil mengelap pinggan yang dicucinya dengan kain khas yang disediakan.

mira mengambil pinggang mangkuk di tangan

cempaka lalu disusun ke rak.

" mira.. panggilkan dayana dengan jeff ke ruang rehat sekejap lagi.." arah cempaka sambil melangkah keluar dari dapur.

ikran hanya diam mendengar satu persatu penerangan jefri di talian. tiada satu pun suaranya keluar. wajahnya serius.

" itu sahajalah..kalau ada benda lain lagi yang saya tahu..saya akan maklum kepada tengku.." jefri akhirnya selesai mengemaskini segala maklumat berkenaan aktiviti dan perkara-perkara yang berlaku di malaysia semenjak ketiadaan ikran.

" lagi?" tanya ikran.

" hmm... takde apa-apa dah rasanya.. ha.. lagi satu.. rasanya lah.. tapi tak tahu betul ke tak.. lady boss mungkin hamil.." jefri mengambil kesempatan memaklumkan kepada ikran. mungkin ikrana ada cara untuk membuat cempaka sudi ke hospital membuat pemeriksaan. mereka semua sudah tidak sabar untuk mengetahui khabar baik itu.

" hamil?? cik puan tak cakap apa-apa ke?" tanya ikran terkejut juga.

" kami pun masih tak pasti lagi.. sebab rasanya cik puan sendiri pun tak tahu menahu lagi.."

ikran memejam mata sebentar. kalau betul cempaka mengandung sekarang macam mana rasanya? ikran merasakan masih terlalu awal pula. perasaannya jadi was-was. dia belum bersedia lagi untuk bergelar bapa.

" tengku?" panggil jefri pabila merasakan talian sunyi. yang kedengaran hanya deru nafas ikran.

" hmm.. tolong tengokkan cik puan.. ada perkara penting.. terus maklumkan saya dan selesai urusan puan esok di melaka.. terus bawa puan buat pemeriksaan ke klinik dan bagitahu saya keputusannya.." akhirnya setelah diam berfikir ikran bersuara memberi arahan.

" baiklah tengku.." talian sudah mati.