webnovel

Bukan Crush Aku

"Kau lepak dengan aku nanti kat kafeteria nanti nak?"

-Okay

Aku tak banyak cakap bila dia dah mula ajak aku pergi sini sana. Yela kontrak aku dengan dia tiga bulan sahaja. Aku takut kalau dia buat macam-macam dekat aku.

Kafeteria

"Eh sejak bila korang duduk rapat sama. Uits, aku tak pernah nampak kau pun sebelum ni?" seseorang menyapa aku.

Omg Hans tegur aku- "Err, aku teman Zayn makan, dia yang suruh aku temankan" Aku pandang Zayn. Dia buat tak tahu je.

Lock datang menghampiri Adam, dia lalu meletakkan tangan kanannya di atas bahuku. -pipiku memerah kelihatan, aku malu tapi berpura supaya tidak kelihatan.

"Kau kawan Zayn eh? Aku Lock kawan si Zayn tu." Dia perkenalkan diri sambil mengukir senyuman manis.

Semua orang memperkenalkan diri, suasana tampak ceria, aku tidak sangka aku dapat rapat dengan crush aku, kecuali si Zayn, mencuka semacam, dia langsung pergi meninggalkan meja makan usai menyantap makanan.

-Dia tu dah kenapa?

Aku leka bermain telefon bimbit aku, membuka tik tak bagi membuang rasa bosan. Ulangkaji nya bila Adam?

Ting, bunyi pesanan ringkas.

-Dia ni dah kenapa? Marah ke?

***

Ni tenuk-tenuk ni dah kenapa ada kat sini-Omel ku

Biasanya mereka lepak dekat bawah pokok sebelah perpustakaan, ni baru kali pertama aku tengok mereka nak makan dekat kafeteria.

Si Adam ni pula dah kenapa happy semacam, mentang-mentangla crush kau tegur, kau boleh pulaukan aku kat sini.

Usai makan aku teruskan tinggalkan mereka. Adam tu taula aku nanti macam mana nak kerjakan kau nanti.

Tengah hari

-Oi

-Kau teman aku gi mall petang nanti.

Pesanan ringkas aku balas melalui whatsapp. Saja aku buat ringkas, bagi hint aku tengah marah.

"Kau sajakan nak buat aku marah. Kalau kau nak tahu, antara lelaki yang handsome kat situ, aku seorang sahaja. Tapi, kenapa nama aku tidak ada dalam buku diari kau ni hah?" Omel ku. Serabut kepala aku, takkan dia takda taste dekat aku?

Petang itu aku menunggu dia di hadapan bangunan Pavillion, selang beberapa minit aku melihat kelibat Adam datang mendekati.

Aku diam sejenak, pakaian ringkas dikenakan oleh Adam, Aku tidak menyebunyikan apa-apa perkataan.

"Comel" Gumamku.

Dia memandangku kehairanan "Apa kau cakap" sambil mengusap lembut cuping telinganya. Barang kali dia tidak beberapa dengar apa yang aku bisikan. Aku harus berhati-hati.

"Kau tahukan yang kau perlu teman aku shopping harini? Aku tak suka tengok kau rapat dengan kawan aku."

"Aku taula kau tak nak orang macam aku dekat dengan kawan kau"

Ekspresi wajahnya musam sedikit. "tak bukan itu maksud aku" Bisik hatiku.

Semenjak memasuki ke dalam bangunan, Adam tidak banyak bercakap, hanya balasan ringkas ya dan anggukan setiap kali Zayn bercakap dengannya.

"Aku nak beli aiskrim ilxo ilxo, kau nak perisa apa?"

"Aku okay je apa yang kau beli"

Aku kemudian kembali, memandang Adam sangat kecil di atas kerusi. "Nah ada taburan orea, favorite kau."

Aku melihat wajahnya sekilas sekali, pipinya memerah sedikit. Kali kedua aku mengucapnya,

Comel

Saya kebelakangan ini sangat sibuk dengan kerjaya saya, walaubagaimanapun, saya terinspirasi untuk menulis cerita ini. Oleh kerana saya akan mendapatkan banyak masa terluang, saya akan terus mengupload kisah ini. Sila nantikannya

Sakurada_Hanukocreators' thoughts