webnovel

Birunians||C208 dan kebangkitan kegelapan

Permulaan 1(Sinopsis) : Pada zaman dahulu, terlahirlah dua kuasa membawa kestabilan dunia iaitu kuasa cahaya dan kuasa kegelapan. Pada mulanya, mereka berperang sesama sendiri untuk dapatlan keadilan,takhta juga meluaskan empayar, namun kedua-dua pihak telah menambil keputusan untuk berdamai bagi mengelakkan percetusan huru-hara dan mereka mengahwinkan sesama pihak raja untuk mengeratkan hubungan. Suami daripada kegelapn dan isteri daripada cahaya berkahwin, mereka hidup aman damai bersama anak-anak kelahiran yang mempunyai kuasa elemen bumi. Selepas itu, salah seorang daripada pihak kegelapan mengambil kesempatan membunuh kesemua penduduk kegelapan satu per satu walaupun ada yan berjaya larikan diri dan menhasut sang suami lalu membangkitkan makhluk jahat dalam tubuhnya. Pihak cahaya terkejut dan menyuruh sang isteri menjauhkan diri kerana kuasa cahaya yang paling kuat bagi melawan kuasa gelap masih tidak dilahirkan dalam diri sang isteri lagi. Sang suami marah dan hendak menghancurkan isterinya. Kemudian, sang isteri melahirkan satu cahaya yang kuat dan pada akhirnya sang suami mati. Cucu-cicit sang isteri banyak dilahirkan. Sang isteri memberikan amanah kepada anak-anaknya agar menghapuskan kejahatan membawa keamanan dan kebenaran. Kisah itu diingatkan sehingga hari ini. Cerita ini dijadikan sejarah kepulauan Bandar Zygon, dan seorang pelajar bernama Fawwaz akan menghadapi pelbagai rintangan setelah tiba di sekolah baharunya. Mahu lebih lanjut, bolehlah baca.

Fallkrai_Fallen · Anime et bandes dessinées
Pas assez d’évaluations
34 Chs

*-PAAM akhir-*

Pada malam hari terakhir PAAM, orang ramai sudah bersedia.

"Hari ini ialah hari terakhir PAAM!! Mengikut rekod, kita ada dua kumpulan juga bukan semua akan bertanding! Jadi!! Dua kumpulan itu adalah C208 lawan kumpulan Saga!!", pengacara itu berjalan ke luar gelanggang.

Setiap penjuru keluar dua kumpulan berikut.

Penonton hari ini terdiri daripada Bandar Zygon dan juga beberapa orang dari Bandar Typhoon. Orang yang tinggal di kepulauan jauh hanya menonton televisyen.

"Pertandingan akan bermula dengan Afiq vs Saga!!"

Afiq lompat masuk gelanggang. Saga memasuki gelanggang dengan membawa pedang besarnya.

"Aku akan hapuskan kau Saga!!"

"Kau..jangan haraplah, aku dah belajar teknik baru..."

"Teknik apa? Jadi sampah?! Hahaha.."

SSSRRR!!, Saga bergerak melepasi Afiq. Pertukaran Afiq menjadi tak aktif lalu dia kembali menjadi manusia semula dan pengsan. Semua penonton terkejut.

"Apakah ini!!! Saga ada gerakan baru!! Afiq disahkan terkeluar! Pemenangnya Saga!! Diminta pasukan penyelamat memasuki gelanggang... perlawanan berehat selama 15 minit.."

Safiy memasuki tandas dan pergi ke singki untuk mencuci muka.

"Dari mana pula dia belajar gerakan? Macam mana aku nak menang? Boleh ke pasukan aku memenangi PAAM kali ni?? Aku pulak tak reti kawal kuasa terkuat aku!!"

Safiy berhenti mencuci muka. Dia memandang ke belakang. Tiada apa-apa. Dia pandang cermin semula dan satu pintu tandas tertutup. Ada bunyi air dibuka.

"G-gong!! Hang jangan buat lawak! Kau keluar sekarang!"

Air pili dari tandas terhenti. Pintu terbuka. Ada dua mata merah keluar.

TUMP!, lampu tandas tertutup. Selepas beberapa minit, lampu terbuka semula dan Safiy hilang. G-gong memasuki tandas.

"Eit..siapa tak tutup air ni?", G-gong menutup pili air singki dan masuk tandas.

Selepas 15 minit, pengacara itu kembali semula dengan muka kecewa.

"Maafkan saya .seorang ahli C208 dilaporkan hilang dan tak dapat dijumpai... seterusnya, G-gong akan berlawan dengan Saga!! Dipersilakan!!", namun G-gong juga tiada di situ.

"G-gong..anda diminta masuk gelanggang atau dikeluarkan terus..."

"Biar aku saja yang masuk...", kata Zyon.

"Tetapi... perlawanan masih berjalan, erk!", hujung pedang Zyon berada tepat pada leher pengacara.

"Kau nak diri kau jadi merah atau masukkan aku..", ucap Zyon dengan seram.

"Ba... baiklah!! G-gong tak dapat sertai perlawanan maka Zyon akan masuk gelanggang.."

"WAHHH!!", ramai penonton bersorak. Zyon berjalan masuk ke dalam gelanggang. Saga pikul pedang besarnya atas bahu.

"Kau patut menikmati penonton bersorak kepada engkau buat kali terakhir, Zyon.."

"Tak, ini akan menjadi kali pertama kau kalah di hadapan semua penonton.."

"Hah...apa kau cakap? Jangan merendahkan aku sangatlah...satu bandar ini akan jadi milik aku.."

"Aku tak kisah janji kau kalah!", Zyon mula gerakkan pedang dia.

"PAAM TERAKHIR! MULA!"

"Yargh!!", Saga berlari ke arah Zyon. Zyon hanya berdiri di tempatnya.

SSSRRR!!, Saga melalui Zyon. Zyon lesap. Saga pandang ke atas dan menahan serangan Zyon dengan pedang besar.

KRAK!, tanah bawah Saga merekah sedikit. Zyon lompat dan duduk berjauhan dari Saga.

"Cis, macam mana kau dapat elak serangan aku?!"

"....."

"Tak nak cakap ya! Aku paksa kau!!", Saga baling bola angin. Zyon membalas serangan yang sama.

BOOM!, angin kuat berlaku. Penonton walaupun terselamat dengan pelindung dapat merasai serangan itu. Mereka hampir terbang.

"Kuatnya serangan tu..."

"Mana pula dia hilang ni!! Hei penakut!! Keluarlah!!", jerit Saga.

BUSH!, Saga ditumbuk ke tempat lain. Dia memandang persekitaran. Zyon tiada.

"Cis, keluarlah!!"

DUSH!, Zyon menendang Saga ke udara. Zyon tukarkan tanah yang merekah tadi kepada banyak tanah berbentuk pisau. Semua pisau itu bergerak ke Saga dengan pantas.

Saga pusingkan pedangnya dan hancurkan kesemua pisau.

SRUK!!, satu pisau menikam dada Saga. Dia memuntahkan darah lalu jatuh terhempas ke tanah. Zyon bawa pedang dia ke Saga.

"Aku..Aku tak habis lagi..", Zyon terhenti seketika lalu berlari ke Saga. Namun, dia terlambat. Saga menarik keluar pisau pada dada dan menarik keluar. Keluar cecair biru dan membentuk sut perisai berwarna biru. Semua penonton terkejut melihat Saga dengan wajah baru.

"Yargh!!"

BOOM!!, keluar aura yang kuat. Zyon terpelanting bergolek-golek dan kembali berdiri stabil dengan bantuan pedangnya.

"Hahahaha! Zyon..kau ak-"

SRUKK!!!, tiba-tiba Zyon muncul di hadapan Saga dan menikam dia. Saga menolak pedang Zyon keluar dan Zyon terpelanting.

"Tengok..kau tak boleh lawan dengan aku.. terimalah nasib yang sama!"

"Tapi.."

KRAK!, sut Saga retak sedikit demi sedikit. Zyon mengumpul tenaga dia semula.

"Tidak!! Jangan!"

"Balasan!!"

SSSHRING!, pedang Zyon memecahkan sut Saga sepenuhnya. Darah keluar dari perut Saga. Dia rebah jatuh. Pasukan perubatan datang menolong Saga. Semua penonton ternganga.

"DENGAN INI PAAM HARI AKHIR DIMENANGI OLEH!!! ZYON!!"

"WUAHHH!!", semua penonton bersorak. Saga dibawa keluar.

"Dengan ini... dipersilakan pengetua untuk memberikan piala kemenangan!!", Rusyaidi bawa satu biasa bersama penolong dia dan memberikan Piala PAAM pada Zyon.

"Tahniah atas kemenangan kamu.."

"....."

Mereka berdua berjabat tangan. Rusyaidi beredar dari situ. Semua penonton berebut-rebut pergi ke Zyon dan menjulang tinggi Zyon yang menjadi juara PAAM.

******************************************

"Bagus Zyon..bagus. Tunjukkan kepada dunia siapa kau yang sebenarnya.. dengan dapatkan kepercayaan mereka.."

Makhluk itu bangun daripada kerusi dan memandang ke luar. Ada banyak persembahan bunga api di Bandar Zygon.

"Hahahaha....", makhluk itu kembali ke dalam kegelapan.

******************************************

Satu Bandar Zygon mengadakan perarakan besar-besaran bagi menyambut juara PAAM yang baru. Ramai orang bersorak keriangan. Beberapa polis menyambung pencarian Safiy yang disahkan hilang semasa PAAM. Penduduk menyambut nama Zyon.

"ZYON! ZYON! ZYON!"