Zyon, Safiy dan G-gong menumpang satu bas terapung ke sebuah pasar raya yang terletak di kawasan pedalaman bandar Typhoon. Pasar raya itu dari luar catnya buruk dan seram. Namun, dalamnya sangat cantik. Mereka masuk. Zyon pergi ke kedai pakaian manakala Safiy dan G-gong mencari keperluan sendiri.
Di kedai pakaian, Zyon sedang mencari mantel untuk menyesuaikan dirinya. Kebetulan di situ ada Yunus sedang mencari topeng. Dia ternampak Zyon.
"Hei...Zyon, kita berjumpa lagi..."
"...."
Doody datang dan menyorok di belakang Yunus.
"Dia makan roh untuk membesar, bukan?", tanya Zyon.
"Ha? Er....tak taulah mungkin? Dia ni takut sikit dengan orang lain... maklumlah kecil lagi..."
"Dekat bandar ni pun banyak roh boleh cari, cuba cari..."
"Takpelah...nanti aku cari...", Yunus berjalan ke kaunter untuk membuat bayaran. Kemudian, dia keluar dari tempat itu.
Selepas itu, Zyon menjumpai mantel yang diidamkan. Dia memakai kain mantel di belakang. Dia terus membayar. Zyon tunggu Safiy dan G-gong di luar pasar raya tersebut. Tiba-tiba, banyak kereta datang mengepung Zyon. Banyak robot keluar daripada kereta. Ada satu cyborg besar berbincang dengan rakannya.
"Boss, mengikut CCTV kita curi, dia tulah yang bunuh adik bos"
"Cis, nak kena dia ni!"
Cyborg itu berjalan ke arah Zyon dengan kekerasan yang teramat di hati.
"Hari ini ialah hari terakhir kau hidup, berani kau bunuh adik aku..."
"....."
"Berani kau membisu...datang ke bandar ni, bunuh adik aku dan masuk kawasan aku sesuka hati. Geng bersedia...jangan biar dia terlepas...ambik kau!"
DUMM!, cyborg itu tumbuk tanah. Tanah merekah bergerak ke arah Zyon. Zyon terus lompat mengelak. Salah satu geng guna bazooka kepada Zyon.
BOOM!, Zyon hilangkan diri.
BOM! BOM!, beberapa robot meletup musnah akibat serangan Zyon.
BUSH!, Zyon ditumbuk dan terpelanting ke dinding pasar raya. Dia jatuh ke bawah.
"Hahaha..lemah juga kau ni...aku ingat kau ni kuat sangat..."
"...."
DUSH!
*****************************************
"Zyon, kau perlu tunjukkan kekuatan kau pada mereka, bunuhlah mereka semua dan tunjukkan siapa lebih berkuasa!!", tegas satu suara.