webnovel

BAB 1

Selepas habis menduduki peperiksaan SPM, aku mula mencari kerja sementara menunggu panggilan dari universiti-universiti. Aku berazam untuk menyimpan duit yang dapat untuk membayar yuran pendahuluan untuk universiti yang akan aku diami.

"Qasha... mai makan ni. Mak dah siapkan makanan semua dah ni. Panggil abang-abang kamu mai turun makan sekali." Jerit Puan Asiab dari dapur. Puan Asiah terduduk kepenatan. Dia mula mengelamun 'apa la nak jadi dengan anak dara aku seorang ni. Masak tak reti, buat kerja rumah tak reti. Lepas-lepas SPM duduk terperap dalam bilik je kerjanya. Huh.' Puan Asiah mengeluh memikirkan tentang anak perempuannya.

'Ops termengelamun kejap' aku tersedar dari lamunan aku selepas mendengar ibu ku memanggil. Itu semua angan-angan aku untuk kerja dan sebagainya. Pada alam realiti, akulah manusia yang paling pemalas. Selepas keluar dari asrama, aku langsung tak menolong ibuku. Memasak, kemas rumah dan sebagainya semua ibuku lakukan sendiri. Bukan tidak mahu menolong, tetapi apabila aku memegang batang penyapu, mulalah abang-abang aku akan menyakat aku. Dan selepas disakat, sudah pastinya mood aku untuk menolong akan lenyap begitu sahaja. "Baik bu. Kejap Qasha kemas bilik kejap" aku menyahut panggilan ibuku.

"Abang, jom makan ibu dah siap masak." Aku memanggil abang-abang ku untuk makan.

"Wah!!! Banyak nya makanan... Ibu nak bagi kat satu kampung ka?" aku terus mengambil pinggan lalu mencedok nasi.

"Ish, ish, ish... Apa nak jadi dengan kamu ni Qasha... Kamu tak reti nak basuh tangan, cuci muka dulu ka?" marah ibu kepada aku. Aku hanya senyum mendengar bebelan ibuku. "Ehh adik, kau dah makan? Tak baik tau makan tak tunggu orang lain" sergah abang Lokman merangkap abang sulung ku. "Suka la. Dah abang long dengan abang ngah asyik bersembang ja dari tadi. Dari adik membiarkan perut adik bernyanyi dengan lebih kuat, semata-mata menunggu abang-abang kesayangan adik, baik adik mengisi perut adik yang lapar. Betul tak ibu?" ibu ku hanya senyum melihat gelagat kami bertiga.

"Ibu mana abah? Abah tak makan sekali ka dengan kita? Angah tak nampak muka abah dari subuh tadi?" abang Aidil mula bertanya tentang abah ku yang tidak kelihatan dari pagi tadi. "Tu la bersembang lagi sampai abah ada ke tak da pun tak perasan" aku mula mencelah. "Ehh engkau ni... Kau ada nampak ke abah? Tak kan. Baik kau makan ja tak payah masuk campur" abang ngah aku mula memcari gaduh dengan aku. "Ada, adik nampak abah dalam mimpi adik" aku senyum melihat muka abang ngah aku yang kemerahan menahan marah.

"Dah, dah tak elok gaduh depan rezeki. Abah kamu awal-awal pagi dah keluar. Katanya, ada qiam di surau dan terus nak solat subuh kat sana. Tapi sampai sekarang tak balik-balik tak tau la ayah kamu pegi mana." Terang ibuku panjang lebar. "Ala bu, abah pergi lepak kat kedai mamak la tu. Macam ibu tak kenal perangai abah tu. Dah bu makan" abang long memberi nasi kepada ibu

Selesai makan, kami pergi ke ruang tamu. "Dik, kau nak sambung belajar kat mana nanti?" tanya abang long. "Entah la abang long. Adik tak pikir lagi la" aku menjawab soalannya dengan endah tak endah. "Ish kau ni, orang tengah bercakap tengok la dia ni tak tengok kat tempat lain."

"Eh, eh yang abang ngah nak sibuk kenapa? Abang long tanya adik la bukan abang ngah. Jelous la tu." Aku kenal sangat perangai abang ngah aku seorang ni. Suka sangat menyakat aku. Antara abang long dan abang ngah, aku lebih rapat dengan abang ngah sebab dia suka bagi nasihat dan banyak luang masa dengan aku. Abang long terlalu sibuk dengan kerja dia sampai tak ingat nak luang masa dengan aku. Tapi aku tak salahkan abang long, dah tu tanggungjawab dia. "Dah la malas nak layan abang ngah majn phone lagi bagus" aq keluarkan phone dari poket seluar ku. "Huh tu la budak zaman sekarang. Asal ada masa lapang, main phone. Bukan ingat nak mengaji ke solat sunat ke" dia mula berceramah.

"Hak eleh cakap kat orang kau pun sama ja dengan adik. Tak payah nak bagi ayat sentap sangat la ngah oi. Kau pun tak buat mende tu" along mula mencelah. "Hahahahaha. Ni makin sayang bang long ni. Muah cikit"

"Eleh kau dik, kalau along sokong baru nak sayang. Kalau along tak sokong adik cakap tak sayang along. Apa lah adik ni. Dari adik main game, baik adik tengok universiti mana adik nak sambung belajar. Kalau tak tau nak buat macam mana, boleh tanya along waktu along free ni. Ni waktu along busy jugak la dia nak tanya macam-macam." Wah sekali terkena menusuk sampai ke kalbu. Ayat abang long tak pernah tak power. "Ye la adik cari. Sat na abang-abang kesayangan ku." Aq mula mencari nama-nama universiti.