webnovel

IRDINA

seorang gadis berada di taman bunga di belakang rumahnya...menutup matanya menikmati apabila angin membelai dirinya....dia kesejukan tapi dia bersikeras tak ingin masuk membuatkan para maid dan pengawal risau dengan tuan mereka

irdina melihat bulan kemudian mengulurkan tangannya...dia tersenyum sendiri

"ah...2 bulan dah berlalu apa kami semua akan bertemu semula? tapi nada sudah pergi ke perak...dan ana....dia pasti berada di kelantan....haihh semuanya berada di tempat yang jauh..." irdina mengeluh senyumnya yang semanis gula tadi luntur serta merta mengingat hal itu

"ya allah aku tak meminta perkara yang sukar...aku hanya ingin disatukan semupa dengan sahabat sahabatku semula" kata irdina kemudian mengaminkan doanya

para pengawal dan maid pun berdoa di dalam hati mereka....tuan mereka ialah permata di dalam hati mereka...tak sanggup melihat gadis yang beranjak remaja itu sedih dan murung

cukuplah kematian ibu bapanya 2 tahun yang lalu membuatnya depresi...nasib ada kawan - kawannya yang lain datang ke rumah cuba untuk menghiburnya

"cik dina....sekarang sudah pukul 8.40 isyak baru sahaja masuk sebentar lagi...masuklah ke dalam ....lagi pula angin sejuk tak baik untuk badan cik...

esok ialah hari pertama cik di sekolah menengah" kata mak teh mengingatinya...

mak teh ialah pengasuhnya dari kecil dan pak yam ialah pemandunya...mereka berdua ialah pasangan suami isteri...tapi apalah daya mereka tiada anak...berulang kali mereka menetapkan di dalam hati mereka 'mungkin tiada rezeki' lalu mereka melayan irdina seperti anak mereka....

irdina memalingkan kepalanya melihat mak teh lalu bangun "baiklah mak teh terima kasih..."

"tak mengapa cik...itu memang tanggungjawab saya sebagai pembantu dan juga orang islam..."

💦💦💦💦💦💦

irdina baru sahaja selesai solat tanpa lupa mensedekahkan surah al-fatihah kepada semua saudara saudara (semua orang islam di dunia )....dan tak lupa memohon supaya dapat berjumpa dengan kawan kawannya semula

irdina menyidaikan telekungnya....lalu mengemas buku...dia melihat jadual 'em...banyaknya buku....aku tengok buku buku ni pun dah tahu berat...ah lantak ah kesah apa aku!!'

TOK!! TOK!! TOK!!

pintu biliknya diketuk dari luar...

irdina bangkit lalu membuka pintu memunculkan kepalanya yang kecil di sebalik pintu kemudian tersengih

"yee...mak teh kenapa?"

mak teh tersenyum melihat tingkah tuannya itu "mak teh nak bagitau yang makan malam dah siap...yg lain semua dah tunggu..."

yang lain tu bermakna para maid dan pengawal ...rumah tu sunyi sekarang jadi irdina suruh mereka makan bersama dia...kecuali beberapa orang pengawal kerana mereka perlu memastikan keselamatan rumah itu...

irdina membuka pintu lebih luas dan keluar sebelum itu dia menutup lampu,kipas dan penghawa dingin di biliknya...

"baiklah mari makan" irdina berlari anak menuruni tangga yang tingginya bukan main...

"cik dina...hati hati...." mak teh ingin menyusul irdina tetapi dia mendengar jeritan amaran "mak teh....jangan guna tangga...guna lift...tangga ni dahla tinggi panjang pulak tu...nanti mak teh sakit,sape nak jagaaaaa????"

mak teh hanya tersenyum kerana hatinya tersentuh mendengar ucapan itu...

"hai semuaaaaa" irdina tersenyum girang menuju ke meja makan yang sangat panjang bahkan ada berbela belas kerusi....

para maid dan pengawal segera berdiri lalu menunduk hormat "cik...." irdina tersenyum "duduklah"

seorang pengawal bergegas menarik kerusi membiarkan irdina masuk "terima kasih" pengawal itu mengganguk

"baiklah kita tunggu mak teh kemudian kita boleh makan" kata irdina disertai anggukan semua orang

tak lama kemudian mak teh muncul lalu memohon maaf "maaf cik...saya terlambat membuatkan cik dengan yang lain menunggu"

irdina hanya melambaikan tangannya tanda tidak mengapa lalu mempersilakan mak teh duduk

mereka membaca doa makan diketuai oleh pak yam...

irdina memasuki biliknya selepas mengucapkan terima kasih kepada tukang masak dan mengucapkan selamat malam..

"hem...agak agaknya siapa kawan sekelas aku....haih cikgu pun satu...bagi tahu aku kelas C je ...."

irdina baring di tempat tidurnya kemudian membaca doa tidur...dan tak lama kemudian dia terlelap pergi ke alam mimpi....agak agaknya mimpi apalah tu?!

✨✨✨✨✨

irdina baru sahaja selesai memakai baju sekolahnya...dia berdiri di hadapan cermin yang panjang lalu memutar mutar tubuhnya...

"wahhhh feel nak pergi sekolah kali ni terasa lain lagi lagi baju aku berwarna putih sebelum ni kan biru kerana pengawas...emm....kali terakhir aku pakai baju putih ialah waktu tahun 1 waktu tu memang tak ada jawatan pengawas jadi cikgu lantik aku sebagai penolong ketua kelas...."

irdina melihat dirinya lagi...tudung putih...baju kurung putih...kain berwarna biru cerah....memakai jam tangan...dan juga handsock...

"cik...mari kita dah nak terlambat...."

irdina bergegas mengambil beg sambil mengutuk dirinya 'apalah sibuk perhatikan baju nasib tak terbabas waktu....'

irdina turun kemudian seorang maid menyuruhnya duduk untuk sarapan...

dia makan dengan tenang walau ada maid yang menyarungkannya stoking kemudian kasut...

irdina kemudian berlari kecil sambil berteriak memanggil pak yam "pak yam...o....pak yam....jom pergi"

tak lama kemudian terlihatlah sebuah kereta berwarna hitam yang tak menonjol tapi kalau orang yang mengerti tentang kereta akan membelalakkan matanya kerana terkejut akan harganya....

seorang pengawal membuka pintu kemudian meletakkan tangannya di paras yang sama dengan bumbung agar irdina tidak terhantuk "terima kasih..." dan biasalah mereka akan mengganguk...

perjalanan mengambil masa 20 minit...irdina cuba untuk menenangkan dirinya yang sedari gelisah lalu dia membuka phone...melayari internet untuk mengurangi rasa gugupnya...

irdina perasan kereta berhenti lalu bertanya "kenapa pak yam? kereta rosak ke?" tanya irdina pelik seingatnya kereta ni baru beli semalam...tak kan cepat betul rosaknya?

"tak de yang rosaknya cik...kita dah sampai dah pun..."

"haaa?...alhamdullilah ..huft..."

"terima kasih pak yam..." "sama sama cik"

irdina memakai begnya kemudian menarik nafas sebelum keluar

dia melihat tanda sekolah di hadapannya SMK ENGKU HUSAIN

'ahh...akhirnya 6 tahun aku berada di sekolah rendah...ya allah kau permudahkanlah urusanku di sini'

irdina melambai ke pak yam walaupun cermin kereta nya gelap tapi dia tahu pak yam sedari tadi melihatnya...