webnovel

Beautiful You [Malay]

Cinta itu sungguh cantik. Seperti dingin kepingan salju turun kala musim sejuk. Persis dedaunan kering mapple yang gugur pada musim luruh. Atau kembangan bunga semasa musim bunga. Dan hangatnya mentari tatkala musim panas. Tapi, bila kita tidak menghargainya, segalanya akan hilang dibadai angin bayu. Kita dipertemukan di bawah renek-renek hujan yang gugur dari langit lazuardi. Aku terpaut pada setiap nada lagu yang dimelodikan oleh suara serak basahmu. Atas dasar kemanusian, aku terus mencelah dalam kehidupanmu yang kusangka seperti aku juga, yang tidak sempurna. When a successful accountant and a beggar met, how their story will fold?

Serena27 · Urbain
Pas assez d’évaluations
5 Chs

Chapter 2

"I don't choose a messy life. But Allah choose me to go through it. I should be thankful."

****

"Mana Hanna Ayesha?? Mana betina tak guna tu? Mana?!" Bagaikan halilintar suara Melissa mengamuk. Terkejut bukan kepalang satu Account Department melihatkan seorang wanita berbaju kurung melolong sambil sebilah pisau menggawang di udara. Macam mana perempuan ni masuk pun tak tahulah. Access card mana yang dia rembat?

"Tenang cik tenang." Seorang rakan sekerja Hanna cuba menenangkan keadaan. Terbantut kerja mereka. Ada yang lari keluar daripada department sebab takut kalau ada pertumpahan darah yang berlaku.

"Aku tak boleh nak tenang selagi si betina Hanna tu tak muncul depan aku. Panggil dia sekarang! Sekarang!" Emosi Melissa makin tidak terkawal. Pisau yang dibawa diacukan ke arah mereka yang cuba mengawal keadaan.

"Sabar cik sabar. Bawak bertenang." Sekali lagi Melissa cuba ditenteramkan. Suasana jadi kecoh sehinggakan dapat dihidu ke department yang lain. Pekerja yang lain mula kecut perut dengan tindakan gila perempuan itu.

Hanna keluar dari toilet setelah merapikan wajahnya dengan foundation. Punyalah terlambat dia pagi ini sehinggakan tak sempat mengenakan make up langsung. Keluar-keluar saja Stephy terus menjerit.

"Hanna, parah ni! Parah!" Stephy pun ikut panik.

"Apa? Apa benda bunyi bising-bising tu?" Kebingitan dari departmentnya terdengar sehingga ke luar toilet.

"Ikut I sekarang." Cepat Stephy menarik tangan Hanna menuju ke department mereka. Terpinga-pinga Hanna dibuatnya.

"Haaa sampai pun kau betina sundal. Mati kau hari ini." Melissa menerpa ke arah Hanna. Suasana jadi semakin tegang. Pisau diangkat ke udara mahu menikam Hanna. Hanna memerhatikan hujung pisau yang tajam. Mindanya tak dapat dicerna dengan baik.

'Hanna, jangan. Jangan, Hanna.' Rintihan suara itu mula berlegar dalam fikiran. Hanna mengerutkan dahi. Sakit kepalanya mendengar kembali suara itu.

Stephy menggenggam pergelangan tangan Melissa kuat. Nampak macam tak waras perempuan ni. Hanna ni pun satu. Dah terang lagi bersuluh perempuan ini cuba menikamnya, boleh pula masih tercegat di situ.

"Hanna! Hanna!" Panggil Stephy sambil bergelut dengan perempuan ini. Pisau terlerai daripada genggaman Melissa. Hanna seakan tersedar dari realiti. Kenapa dengan dirinya ? Argh kepalanya sakit. Bayangan bilah pisau tajam yang disimbah darah kembali menerjah.

"Jangan halang aku untuk bunuh perempuan ni. Luar je nampak baik. Padahal menyundal dengan laki orang. Banyak-banyak laki, laki aku jugak kau nak rembat! Betina sundal!" Melissa menghayun tangannya mahu menampar Hanna. Lekas Hanna menepis dari ditampar.

"Maaf cik. Saya cuma bercinta dengan seorang lelaki saja dalam dunia ni. Tak pernah sekalipun saya bercinta dengan sesiapa selain daripada tunang saya." Hanna tidak akan membiarkan dirinya dituduh secara melulu-lulu. Lagipun, siapa pula perempuan ni? Ini pertama kali dia berjumpa.

"Dah ada tunang. Tapi nak menggatal dengan laki aku. Kenapa kau menggatal dengan Daniel? Kemaruk sangat ke tak cukup dengan sorang laki? Betina tak tau malu! Perosak kebahagiaan orang lain!" Bertubi-tubi Hanna diasak dengan kata-kata nista. Malu dia diperlakukan di depan rakan sekerja yang lain. Mulalah mereka berbisik sesama sendiri.

"Cik dah keterlaluan ni. Dalam kes ini, yang bagi hadiah kat Hanna ialah Daniel. Jadi, yang menggatal sekarang ni ialah Daniel. Lagi satu, Daniel cakap dia single. Kenapa cik tak tanya suami cik sendiri? Jangan main serang orang tak bersalah macam ni. Suka salahkan sebelah pihak. Haiyya ini perempuan banyak gila!" Kata-kata Stephy ibarat menuang minyak ke api. Geram betul dengan perempuan ini. Macam tak ada adab. Pagi-pagi dah bikin masalah.

"Saya minta maaf kalau saya ada buat salah. Tapi saya nak tegaskan yang saya tak ada niat nak rampas sesiapa. Saya bukan perempuan yang seperti cik bayangkan. Saya kerja kat company ni untuk karier saya. Bukan sebab untuk merampas jodoh orang lain." Ingat dia perempuan tak ada maruah ke?

Daniel meluru masuk mendapatkan Melissa. Tak sangka isterinya setekad ini. Jatuh air mukanya.

"Melissa! Apa yang you buat kat sini? Jom balik!" Daniel menarik lengan Melissa menyuruhnya pulang.

"Tak nak!" Melissa berdegil. Wajahnya kelihatan sangat bengis memandang Hanna.

"You tak pernah belikan I apa-apa, tapi untuk perempuan ni, you bagi dia macam-macam! Ingat I tak tahu?" Mana tak luluh bila si isteri tahu yang suaminya sendiri menghadiahkan Hanna macam-macam. Lagi sakit hati, suaminya sendiri menyimpan begitu banyak gambar Hanna dalam galeri phone dalam senyap. Siapa yang tak sakit hati?

"Jom balik. Kita bincang kat rumah. Bukan kat sini." Danial sudah naik gila dengan perangai degil isterinya.

"You sukakan Hanna kan? Lebih dari I? Lebih dari isteri you sendiri? I nampak you banyak simpan gambar-gambar Hanna. Jangan ingat I tak tahu."

Melissa memuntahkan segala rahsia. Hanna bukan main lagi terkejut. Apa yang dah jadi ni?

"Ya. Aku sukakan Hanna. Aku sayangkan Hanna. Sekarang, puas hati?" Daniel terlepas kata. Dia sedar yang kata-kata tidak dapat diundur kembali.

"What, Daniel? You dragged me into your problematic marriage and now people will put all the blames on me. Sedar tak?" Berpusing kepala Hanna dibuatnya.

Daniel tidak berani memandang Hanna. Pintu ditolak mahu cepat keluar dari situ. Melissa memanggilnya banyak kali. Perut Melissa terasa senak. Dipegangnya demi menahan sakit. Dia mengaduh sendiri.

"Daniel, sampainya hati you." Darah mula mengalir melepasi betis dan menitik atas lantai. Pandangan mulai kabur dan balam-balam. Melissa rebah namun sempat disambut oleh dua orang pekerja di situ. Daniel berpatah balik.

"Melissa!" Tubuh Melissa segera dicempung. Bola mata memerhatikan tompokan darah di kaki. Dalam hati dia menyumpah diri sendiri.

Hanna dan Stephy berpandangan sesama sendiri. Walaupun tindakan perempuan itu di luar jangkaan, Hanna masih berharap tiada benda buruk yang berlaku ke atas dirinya. Emosi wanita kadang-kadang sukar dikawal.

****

"Hari itu tunang dia belasah si Daniel. Semalam bini si Daniel datang serang dia."

"Eee betul ke dia perampas? Budak tu baru je kerja kat sini tapi macam-macam hal yang dia dah buat."

"A potential homewrecker. Better stay away from her. Takutnya hubby I kena kebas dengan dia."

"Tulah. Dia tu mesra sangat dengan semua orang. Camtulah jadinya."

"Kesian bini si Daniel. Gugur kandungannya. Dahlah anak pertama."

"Tak taulah nak kesian kat siapa. Bini si Daniel pun salah. Daniel pun salah."

Hanna dengar dengan jelas suara-suara sumbang tentang dirinya. Semasa dia mahu punch card, semasa di dalam lif, sesama di pantri, mereka semua tak berhenti bercakap tentang dia. Salahnya hanya satu. Terima pemberian daripada Daniel. Tunangnya marah. Bini Daniel pun mengamuk. Lepas ni, dia takkan terima hadiah dari mana-mana lelaki. Dia pun tak tau yang Daniel sudah berkahwin. Lagilah dia tak tau yang Daniel ada perasaan terhadap dirinya. Sebab gaya Daniel langsung tak ubah seperti kawan baik.

"You remind me of my old best friend. Tapi dia dah tak ada."

Ayat yang selalu Daniel katakan kepada dia.

Disebabkan pengakuan cinta berani mati Daniel, Hanna dicop si homewrecker. Bukan itu je. Encik Farid merangkap bosnya yang sudah separuh abad tidak berhenti memberi kerja yang banyak kepada dia. Sampaikan sudah dua minggu dia terpaksa balik lewat malam. Kata bos, masalah peribadi jangan dibawa masuk dalam tempat kerja. Balasannya, Hanna seorang yang tanggung.

Daniel? Senanglah dia. Terus pindah tempat kerja lain. Tak pernah dia mahu bersemuka dengan Hanna untuk menjelaskan segalanya. Penakut!

"Hanna, dah pukul 8 malam ni. Jomlah balik." Ajak Stephy sambil menguap. Sebenarnya kerja dia dah lama beres. Sengaja tunggu Hanna yang kerjanya tidak siap-siap. Bos dah melampau. Saja nak menyusahkan Hanna. Dahlah bagi kerja tiba-tiba. Lepas tu, nak juga siap sekarang. Tak ada toleransi langsung.

"Baliklah dulu. Kerja I tak siap lagi. Kalau tak siap hari ni, matilah I esok kena balun dengan bos. You tahulah dia macam mana. Esok pula dia nak meeting. Report ni tak siap, I juga yang kena." Hanna menekan-nekan keyboard komputer. Matanya pun sudah naik juling melihat formula-formula dalam Excel. Diri masih digagahkan untuk menyiapkan juga kerja.

"Alah. Lantaklah bos tu. You dah lah tadi tak sarapan. Lunch makan sikit. Dinner pun tak makan lagi. Dua minggu dah you macam ni." Stephy membebel. Penat tadi dia masak tapi sikit pun Hanna tak jamah. Terasa la jugak.

"Don't worry. Nanti balik I makan." Pujuk Hanna.

"Kalau I jumpa balik Daniel tu, cukup I pang-pang kan dia. Apalah lelaki pengecut. Dah buat salah, lari!" Omel Stephy.

"You pang-pang dia pun, benda dah jadi. Nak buat apa lagi?" Wajah ditolehkan ke arah Stephy. Nampaklah dia pun sama menahan kantuk.

"Life is so unfair kan Hanna?"

Dunia mana pernah adil untuk kita. Dulu Hanna sangat anti-sosial. Tak suka sangat baik dengan orang. Sampaikan dia kena tegur sebab tak reti bergaul. Tapi, lepas dia berubah, ramai pula tersalah anggap. Being not friendly is wrong. Being too friendly is also wrong.

"Dah yang you ni jadi balik ke tak?" Sindir Hanna cuba menghalau. Tak naklah Stephy menyusahkan diri dia.

"Okey-okey! I balik la ni. Tapi nanti kalau Fariz call ke mesej ke tolonglah balas. Kalau tak nanti dia yang mengganggu hidup I tanya pasal you macam-macam. Tau tak? Rimas. Okeylah. Bye."

"Bye-bye." Hanna meletakkan dua jari di dahi sambil dihayun kecil. Trademark dia tiap kali mengucapkan selamat tinggal.

"Oh my god!"

Tatkala menolak pintu syarikat alangkah terkejutnya Stephy menatap Fariz yang sudah terpacak di situ. Siap bawa sejambak bunga ros merah pula tu. Belum apa-apa soalan yang keluar dari mulut Fariz, Stephy terus memberi jawapan.

"Hanna lambat lagi. Mungkin lagi dua jam?" Stephy tercium bau wangi di sekeliling Fariz. Mamat ni nak bawa Hanna pergi mana malam-malam macam ni? Siap dress up lagi. Biasa kalau Hanna nak keluar temujanji dengan Fariz, Hanna pasti bagitau. Pergi dan balik bila.

"Kau best friend dia kan? Kenapa tak nak tunggu dia? Kenapa biarkan Hanna sorang-sorang balik?" Cakap terima kasih pun tidak, Fariz terus menyalahkan Stephy.

"Aku pun ada life. Lagipun kau kan ada. So, kau jelah yang tunggu dia." Stephy memulangkan paku buah keras. Makin lama perangai Fariz sangat menjengkelkan. Dia bukannya tahu yang tiap hari Stephy setia menunggu Hanna. Cuma kali ini dia ada hal yang perlu diselesaikan.

"Hak alah. Apa jenis kawanlah. Selain aku, kau orang yang paling dekat dengan Hanna. Kalau aku tak ada, kaulah yang jaga Hanna. Bukan tu ke yang pernah aku cakap kat kau dulu." Fariz mengimbas kembali janji mereka tika dahulu.

"Hanna bukan lemah macam dulu. Sekarang, dia dah boleh jaga diri dia sendiri. Kau ingat Hanna tak boleh ke hidup berdikari? Kau ni aku perhati benda kecil pun nak diperbesarkan. Benda kecik pun nak dibawa gaduh. Dahlah! Malas nak bertekak dengan kau." Aduh-aduh. Sakitnya hati Stephy. Ungkit-ungkit janji lama. Stephy tahulah masa bila dia kena lindungi Hanna.

Stephy pergi meninggalkan Fariz. Kunci kereta diraba dalam tas tangan dengan sumpah seranah.

"Ya Tuhan, putuskan la hubungan mereka. Berikan Hanna lelaki yang lebih baik budi pekertinya berbanding lelaki yang sekarang." Tak baik betul doanya. Tapi itu yang terbaik untuk hidup Hanna.

Fariz menunggu Hanna dalam kereta. Sengaja dia tak maklumkan yang dia akan menjemputnya hari ini. Bunga ros merah dihidu.

"Wangi."

Waktu sudah menghampiri angka 9. Kelibat Hanna tidak juga muncul di depan syarikat. Fariz masih setia menanti sehinggalah jarum jam melepasi angka 9.30 malam.

Akhirnya wajah yang tersayang muncul juga. Lantas Fariz keluar dari perut kereta bersama jambangan bunga. Senyum tersungging di bibir.

Hanna menggosok-gosokkan anak mata menahan kantuk. Rambutnya yang ikal mayang dibawa ke belakang telinga. Perut mula berkeriuk minta untuk diisi. Penatnya hari ini!

"Hey, sweetie." Suara garau Fariz datang menyapa.

Hanna menoleh ke belakang. Tak tau pula yang Fariz datang menjemput. Ke dia lupa nak baca WhatsApp? Rasanya tak.

"For you." Jambangan bunga ros merah bertukar tangan. Hanna menghargai apa yang Fariz buat untuk mengambil hatinya, tapi mungkin malam ini dia terlalu penat sampai rasa gembira itu hilang.

"You tak cakap pun nak datang ambil. Lama ke tunggu?" Soal Hanna.

"Takdelah lama sangat. Dalam sejam setengah."

"Seriously? Ala. Kenapa tak cakap? Tak payahlah tunggu I lama-lama kat sini." Sebenarnya Hanna tak suka membuat orang tertunggu-tunggu walaupun mereka rela. Nanti dia makin rasa bersalah.

"Jom ikut I." Ajak Fariz. Ceria sungguh gayanya.

"Pergi mana?" Tanya Hanna keliru. Kalau pergi makan tak apa. Sebab perutnya dah mula meragam.

"Adalah. Surprise."

Mereka berdua jalan seiringan ke arah kereta Nissan Almera. Sesekali Hanna mencium bau bunga ros di tangannya. Kuntuman bunga dikira. Tujuh bilangannya.

'I'm infatuated with you?'

****

Syah memerhatikan keadaan dirinya pada pantulan sliding door pusat beli belah. Nampak dah tak serupa orang. Seluar panjang lusuh yang sudah berhari tidak bertukar ganti dan baju t-shirt terkoyak sana sini masih tersarung pada tubuh.

Itulah dia. Bersama gitar kapok yang dikutip dari tong sampah besar untuk dijadikan sumber pendapatan. Gitar itu masih elok. Tak ada sebarang tali pun yang terputus. Tak tau siapa yang membuangnya. Ukiran 'I Love You' beserta not muzik klef trebel masih jelas terlihat pada badan gitar.

"It has been a long time. And I'm still here."

Monolognya sendirian. Syah masih menghukum diri sendiri. Satu kesalahan itu langsung tak dapat nak dimaafkan. Untuk menebus kesalahan itu, dia memilih untuk jadi gelandangan. Mengemis di kaki jalan dengan gitarnya. Tidur beralaskan kepingan-kepingan kotak yang dicantum menjadi tilam nipis. Kadang dihalau oleh penguat kuasa sebab mengemis pada zon dilarang mengemis.

Pusat beli belah hampir tutup tatkala jam sudah melewati 10 malam. Penantiannya sia-sia. Dah dua minggu bertapa di sini. Sengaja dia tak menyanyikan lagu itu sepanjang tempoh itu. Saja simpan untuk gadis itu. Waktu itu dia tak sempat pula ucapkan terima kasih. Tak tahu kenapa dia masih berharap yang gadis itu akan datang kembali ke sini. Bukankah dia sendiri yang menyimpulkan yang kisah mereka hanya sekadar si pejalan kaki dan si pengemis?

Stranger. Both are strangers.

Syah kembali berpijak di bumi nyata. Tak naklah terbuai dengan perasaan. Mungkin sebab jarang sekali dia melihat orang asing yang betul-betul ikhlas untuk membantu pengemis jalanan. Yang ikhlas itu memanglah banyak. Tapi yang menghina itu melebihi segalanya.

"Kat sini kau rupanya. Haih. Puas aku cari. Nah!" Hud menghulur sebungkus nasi bujang dan sebotol air mineral.

Penampilannya pun lebih kurang sama dengan Syah. Sama selekeh, sama-sama memegang title 'si pengemis'. Sepasang selipar jepun dihulur kepada Syah.

"Nah! Aku ada selipar baru untuk kau. Tengok selipar yang kau pakai sekarang. Tapak dah haus." Hud menyengih melihatkan keadaan selipar temannya.

"Tak nak. Kau curi dari masjid kan?" Teka Syah. Hud ni kadang bukan boleh percaya. Banyak kali dia curi selipar kat surau dan masjid. Bila jemaah semua tengah sembahyang, mulalah dia memulakan misi merembat selipar-selipar mereka.

"Kau ni tak baik tau tuduh aku. Aku dah bertaubat lepas kena ceramah dengan pak imam. Hehehe!" Tergelak-gelak Hud bila teringatkan saat itu. Gigih dia seluk selipar dalam baju. Sekali pak imam datang kejar dia sebab tu selipar pak imam. Adalah sekali pak imam ajak dia solat sekali tapi dia tolak dengan alasan tak nak cemarkan masjid.

"Dah tu kau dapat dari mana selipar ni?" Syah mencerlung tajam. Masih tak nak percaya.

"Aku belilah kat pasar. Hak alah. Aku beli pakai duit aku sendiri kut. Cubalah kau hargai sikit." Kecil hati Hud dibuatnya.

"Yeke? Hahahah! Terima kasihlah." Syah mencabut seliparnya yang sudah buruk lalu menyarungkan selipar baru. Macam tahu-tahu je Hud ni yang dia sukakan warna merah.

Nasi bujang dikeluarkan dari plastik merah.

"Syah. Kenapa kau ada kat sini?" Hud bertukar jadi serius.

"Kau pun kenapa ada kat sini?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Alahh aku lain. Aku ni memang keturunan gelandangan. Arwah mak aku pengemis. Adik-adik aku pun pengemis. Aku memang dilahirkan untuk hidup kat sini. Tapi kau tak. Kau masih ada tempat untuk pulang."

Serius tak suka dengan pernyataan Hud. Sebab apa yang dia kata itu ada betulnya.

Pulang? Belum tiba masanya untuk dia pulang.

"Ini hukuman aku. Sampai bila-bila pun aku akan tetap kat sini." Tegas Syah.

"Sampai mati? Kau nak mati kat kaki jalan macam aku? Kau nak sia-siakan masa muda macam aku?" Provok Hud.

"Apasal cakap pasal mati pulak ni?"

Nasi bujang yang terhidang di depan mata tak jadi dijamah. Hilang seleranya untuk makan.

"Kau ada degree. Kau masih ada masa depan yang cerah. Dan masih ada keluarga yang tengah tunggu kau." Tak memasal Hud jadi tukang nasihat malam ini. Dah banyak kali juga dia membahaskan hal ini. Tapi macam biasalah, semuanya ditendang keluar dari telinga Syah.

"Aku tak boleh maafkan diri aku lagi. Selagi itu, aku tetap berada kat sini. Lagipun, keluarga aku pun dah buang aku. Apa gunanya aku balik ke pangkuan mereka."

Sedih bila mengenangkan peristiwa dia dihalau dari rumah. Tapi, memang patut pun dia diusir. Hanya mencalarkan nama baik keluarganya saja.

"Susahlah kau ni. Aku sakit hati tengok kau yang ada pendidikan bagus tapi terdampar kat sini. Sebab kalau boleh, aku sendiri pun nak belajar tinggi-tinggi macam kau. Tapi, nasib aku hanya takat ni." Hud pun ada cita-cita tapi ianya takkan tergapai.

"Ini pilihan aku Hud." Teduh mata Syah memandang langit malam yang bertaburan bintang. Argh. Agaknya kalau dia tidak bertindak bodoh waktu itu, mungkin tempatnya bukan di sini. Tapi, bukankah itu satu pengajaran penting dalam hidupnya? Nikmat senang itu bila-bila masa saja boleh ditarik balik.

"Emm yang kau ni dah dua minggu asyik kat tempat ni buat apa? Aku dengar cerita, kejap lagi tempat ini akan jadi tempat dilarang mengemis." Hud menukar topik.

Syah mendongak lagi ke dada langit.

"Aku tunggu seseorang yang tak akan tiba."