webnovel

Awanama Kosmos

Bahan ujikaji yang dibawa oleh angkasawan kedua negara ke stesen ISS tiba-tiba bertindak balas dan menghidup pada graviti sifar. Makhluk berkenaan telah diberi nama 'Awanama Kosmos' oleh NASA kemudiannya telah jatuh ke permukaan bumi lalu menjadi pandemik.

HdinHafizuddin · Romance
Pas assez d’évaluations
34 Chs

Bab 24

BEBERAPA keping gambar dan juga video-video amatur telah tular di media sosial. Ini berkenaan berita satu makhluk tanpa nama yang datangnya daripada angkasa lepas telah terlepas ke permukaan bumi. Beberapa petikan berita atas talian juga menyebut tentang kehilangan penduduk kampung secara misteri di Wilayah Kinshasa, Democratic Republic of Congo. Laporan itu memetik berita tempatan yang menyatakan bahawa seramai 155 orang penduduk kampung tersebut hilang secara misteri, tanpa meninggalkan apa-apa kesan darah mahupun organ. Penduduk kampung di Wilayah Kinshasa ini merupakan komuniti pelombong mineral intan dan juga mineral timah yang membekalkan bahan-bahan berasaskan logam terbabit kepada Syarikat Apple pada kos yang lebih murah. Kawasan ini juga terkenal sebagai kawasan 'konflik mineral yang tidak berkesudahan'.

Namun, lokasi kawasan jatuhnya stesen ISS masih belum dapat di akses oleh pihak berkuasa tempatan oleh kerana kawasan geografi kampung berkenaan yang terletak amat jauh daripada kawasan bandar terdekat. Tiada akses jalan raya mahupun keretapi yang baik untuk ke kawasan berkenaan. Hanya laluan matau dan juga laluan pembalak haram yang boleh digunakan. Kawasan tersebut terletak di tengah hutan belantara dan juga keadaan berbukit bukau yang menyukarkan lagi misi menyelamatkan lebih ramai penduduk sekitar kawasan tersebut. Oleh kerana faktor tersebut jugalah, pihak NASA dan juga ROSCOSMOS tidak dapat untuk melakukan siasatan terperinci berkenaan punca terhempasnya stesen ISS di bumi.

***

Setiap kru ISS akhirnya berjaya menghubungi stesen angkasa milik negara masing-masing kecuali Nora Yuhanis. Setelah banyak kali mencuba, namun, stesen angkasa GEMILANG-01 masih belum dapat dihubungi. Dia adalah orang terakhir yang berjaya menghubungi stesen GEMILANG-01 oleh kerana kedudukan stesen angkasa terbabit terletak jauh daripada stesen angkasa YOUSHÉNG, yang berjarak lebih 1,223.3 kilometer.

***

"Assalamualaikum Nora," Kapten Daeng Mustakim memulakan komunikasi dengan Nora Yuhanis melalui radar Roosevelt yang terpasang di stesen GEMILANG-01 tersebut.

"Wa'alaikum salam. Daeng?" Nora Yuhanis kelihatan seperti semangatnya kembali apabila mendengar suara daripada rakan senegaranya itu.

"Yup. Daeng disini. Nora sihat?" Kapten Daeng Mustakim bertanyakan berkenaan keadaan kesihatan Nora Yuhanis, seperti pasangan kekasih lagaknya.

"Alhamdulillah. Semua kru kat sana sihat?" Nora Yuhanis pula bertanyakan tentang kesihatan kru-kru yakni rakan-rakan seperjuangannya di stesen angkasa GEMILANG-01 tersebut.

"Alhamdulillah, kami semua di sini sihat. Cuma, kami masih hendak sesuaikan diri dengan keadaan kat angkasa ni. Nora okay tak ni? Semua orang kat tanah air risau pasal keadaan Nora, especially ibu Nora, Aunty Anne. Dia tak putus-putus memohon doa agar Nora selamat dan sihat." Daeng Mustakim menyatakan hasrat kerisauan lebih 50 juta rakyat Malaysia terutamanya ibu Nora, Aunty Anne.

"Ibu Nora?" tiba-tiba Nora Yuhanis merasakan sebak dan homesick terhadap ibunya.

"Iya. Tapi kami dah maklumkan kepada Aunty Anne yang Nora selamat. Seluruh negara berdoa dan mengadakan solat hajat memohon agar Nora Yuhanis diberikan kesihatan dan keselamatan yang berpanjangan. Alhamdulillah, Nora selamat."

Air mata Nora Yuhanis perlahan-lahan mula berlinangan, mengalir membasahi pipinya. Dia merasa sebak dan sayu apabila memikirkan tentang insan-insan yang berada di tanah air khususnya ibunya, rakan-rakannya dan semua yang ada. Dia tidak sanggup untuk menceritakan apa yang telah terjadi di hadapan matanya tempoh hari. Dia tidak sanggup untuk memberitahu tentang apakah yang bakal terjadi nanti. Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak baik dan buruk bakal terjadi, sesuatu yang hampir sama dengan kejadian ketika pandemik Covid-19 merebak pada tahun 2020-2022 dahulu.

     "Nora okay ke ni? " sekali lagi Daeng Mustakim bertanyakan keadaan Nora Yuhanis. Kini, dia terperasankan sesuatu yang asing pada diri Nora Yuhanis. Ketika masing-masing sibuk berkomunikasi, Nora Yuhanis tiba-tiba terdiam.

     "Daeng, saya nak cakap dengan ibu saya, boleh?" Nora Yuhanis tiba-tiba membuat satu permintaan.

     "Nora, kami bukannya tak boleh nak benarkan Nora bercakap dengan ibu Nora dari Roosevelt radar ni, tapi... ini bakal menyalahi end-to-end encrypted communication yang telah ditetapkan oleh MYSA. Lagipun, sekarang sudah pukul 3.40 pagi di tanah air. Macam ni, Nora. Saya ada satu cadangan," lantunan suara Daeng Mustakim tiba-tiba terhenti.

     "Cadangan apa tu yer, Daeng?" Nora Yuhanis mendengar cadangan daripada Kapten Daeng Mustakim dengan teliti.

     "Nora buat satu surat rasmi kepada ROSCOSMOS, CNSA dengan NASA, yang menyatakan bahawa Nora ingin dipindahkan dari stesen YOUSHÉNG ke stesen angkasa GEMILANG-01 ni. Kalau ROSCOSMOS dengan NASA dah bagi greenlight, kami akan jemput Nora dengan menggunakan MyVeSpace, " terang Kapten Daeng Mustakim kepada Dr. Nora Yuhanis.

     "MyVeSpace ni apa?" Nora Yuhanis kelihatan ragu-ragu dengan cadangan Kapten Daeng Mustakim.

     "Kapal pengangkut kita, Malaysia Vehicle Space (MyVeSpace)," Kapten Daeng Mustakim menjawab ringkas.

     "So, dari sana, Nora boleh contact ibu Nora la kan?" Nora Yuhanis mula menunjukkan minatnya.

     "Yup, boleh. Sebab apa-apa kami akan terus berurusan dengan agensi MYSA yang berpusat dekat Banting, lagi senang nak komunikasi ke tanah air," jelas Kapten Daeng Mustakim lagi.

     "Okay, baiklah. Nanti Nora inform Kapten Wang dulu, dan surat rasmi tu Nora cc ke MYSA sekali untuk proses pemakluman," Nora Yuhanis kembali bersemangat.

     "Okay baiklah. Apa-apa, Nora just update dengan kami. In case kalau tak dapat email, just contact thru Roosevelt radar. Insya-Allah kami akan cuba dapatkan signal sestabil mungkin." Kapten Daeng Mustakim mengakhiri perbualan komunikasi mereka berdua melalui Radar Roosevelt ini.

     "Okay Daeng. Baiklah. Terima kasih atas bantuan."

     "Sama-sama."

***

     Tepat dua puluh empat jam selepas kejadian terhempasnya stesen angkasa ISS di sebuah perkampungan kecil di Kinshasa, laporan terbaru daripada kerajaan Demokratik Republic of Congo menyatakan bahawa berlaku kehilangan penduduk kampung secara misteri turut berlaku di beberapa buah daerah terdekat iaitu di daerah Maluku, Kimbanseke dan juga di Selembao. Selain itu, ibu negara Republic of Congo, Brazzaville turut melaporkan kehilangan penduduk secara misteri.

     Dalam pada itu, Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengambil sampel-sampel yang berada di sekitar kawasan terhempasnya stesen ISS berkenaan. Antara sampel yang diambil termasuklah sampel pada bahagian badan ISS yang telah terbakar, sampel pada bahagian tanah yang telah menjadi kawah kecil akibat hentaman ISS, dan juga sampel pada bahagian dalam kompartmen bangkai stesen ISS berkenaan termasuklah di bahagian makmal Columbus dan juga makmal Destiny.

     Sampel berkenaan telah dihantar ke sebuah makmal di Geneva untuk dianalisis dengan menggunakan beberapa peranti makmal termoden. Menurut laporan awal hasil analisis makmal mencadangkan, terdapat DNA hablur bakteria yang terdiri daripada percampuran antara Helicobacter Pylori dan juga Acnetobacter. Kromosom bagi bakteria berkenaan dipercayai telah termutasi hasil daripada dedahan sinaran radiasi luar ISS dan kromosom berkenaan telah bercantum dengan sejenis bakteria yang tidak dapat dikenali. Bakteria berkenaan dipercayai 'datang daripada luar galaksi' dan saintis percaya bahawa bakteria ini telah melekat pada badan stesen ISS terbabit sejak beberapa bulan yang lalu.

     Akibat daripada kesan reaksi antara bakteria-bakteria ini dengan dedahan sinaran radiasi yang agak tinggi di orbit telah menghasilkan satu mutasi genetik antara bakteria Helicobacter Pylori, Acnetobacter dan juga bakteria 'dari luar galaksi'. Mutasi genetik antara ketiga-tiga jenis bakteria ini membentuk sejenis makhluk yang amat kuat, super bahaya terutamanya kepada manusia, mampu mengesan haba pada badan manusia dan haiwan, berbentuk seperti amoeba, mempunyai kelebihan menjadikan dirinya lutsinar dan sejenis pemangsa daging manusia. Saintis melalui WHO menamakan makhluk yang super bahaya ini sebagai 'Awanama Kosmos' (Anonymous Cosmos).

***