webnovel

Situasi Ini Tak Betul!

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Radiant sebenarnya tidak pasti yang ada bos telah muncul. Mereka cuma menempatkan pemain mereka di sekitar dunia Glory dan memerhatikan keadaan. Pada akhirnya, pemain Radiant menemui pergerakan aneh dari Conquering Clouds di lokasi Pokok Dunia lalu membuat laporan.

Sewaktu Radiant mendengar berita ini, mereka teruja! Jika pihak lain sudah berkumpul, ia bermaksud mereka bakal menyerang bos. Jika Radiant bergegas untuk menyerang hendap, mungkin mereka akan dapat mencuri bos itu?

Radiant membentuk dua kumpulan pemain dan bergegas ke Pokok Dunia. Para pemain Radiant melihat pemain Conquering Clouds menghalau mereka dan ini mengesahkan rasa syak wasangka mereka. Bos liar telah muncul di sini.

"Rempuh melepasi mereka!"

Mendengarkan para pemain mereka dihalau, ketua Radiant mengarahkan dua kumpulan pemain untuk bersedia membereskan Conquering Clouds sekaligus.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com