Kata-kata Ye Xiu kedengaran begitu serius dan menyentuh hati. Bahkan Tang Rou yang duduk di bahagian tepinya terdengar kata-katanya dan berasa tersentuh hati. Apatah lagi Chen Guo. Hatinya yang rapuh sudah pun berderai menjadi ribuan kepingan. Dia tidak tahu hendak berkata apa. Chen Guo benci kerana dia tidak boleh mengeluarkan hatinya dan menjualnya demi mencapai impiannya.
Di dalam permainan, Little Cold Hands berasa tersentuh juga, namun dia adalah seorang yang sangat tenang dan rasional. Dia tidak menyerah kalah sepenuhnya seperti Chen Guo. Setelah terdiam seketika, dia menyambung, "Masa hadapan seperti ini boleh diperoleh dengan menujukkan persembahan baik di dalam Liga Profesional rasmi juga kan?"
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com