webnovel

Masing-Masing dengan Pemikiran Tersendiri

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Dalam perlawanan rasmi, peraturan perlawanan pasti akan dijelaskan kepada para pemain.

Namun, memandangkan ini bukannya perlawanan rasmi, Huang Shaotian tidak diberitahu yang suaranya telah dibisukan.

"Sekali lagi! Sekali lagi!"

Huang Shaotian sudah bangkit kembali dan menuntut pertarungan semula.

"Celaka, kamu nak lawan lagi? Beraturlah!"

"Ya! Kamu pergi beratur di hujung barisan!"

"Giliran saya! Giliran saya!"

Ramai pemain profesional mahu mencuba. Mereka tidak puas hati dengan sekadar menonton sahaja. Ada yang hendak merasakan sendiri pengalaman bertarung dengan Unspecialized. Mereka semua bertelagah sesama sendiri, tetapi mereka semua bersetuju yang Huang Shaotian tidak dibenarkan berlawan semula kerana gilirannya telah tamat.

"Lontar dadu! Siapa dapat nombor paling besar, dia menang!" cadang seseorang.

"Kepala otak kamu. Ada lebih 100 pemain di sini. Macam mana semua orang nak lontar dadu?"

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com